DIARI PENGHIBUR


Assalamualaikum wbt, salam perkenalan untuk semuanya. Semoga anda gembira dan hidup dalam keselesaan yang Allah swt berikan tidak terhingga untuk kita semua. saya nak bercerita tentang diri saya sedikit, bukan apa, saya bukan maksudkan saya nak bercerita tentang diri saya 100%, sikit je. Saya nak kongsi sesuatu yang saya kira perlu untuk dikongsikan. Itu je.

Sebenarnya saya tak berniat nak buat blog ni, saya pernah buat satu blog sebelum ni, tapi terbengkalai kerana saya tak mempunyai masa dan pada masa tu saya sibuk dengan sekolah. Alhamdulillah, apa yang saya inginkan dah tercapai diperingkat ini. Saya tahu perjuangan belum selesai.

Tinggikan Azam Setinggi Bintang Di Langit & rendahkan hati Serendah Mutiara Di Lautan

Tinggikan Azam Setinggi Bintang Di Langit & Rendahkan Hati Serendah Mutiara Di Lautan

Bercerita tentang blog, sebenarnya saya nak buat mini site bisnes, tapi masih dalam perancangan, maybe sikit masa nanti saya dapat komersialkan, insyaAllah. Tentang dakwah Islam, sebenarnya terlalu ramai yang lebih berkelayakan untuk untuk menyampaikan dakwah, tapi setiap orang Islam wajib menyampaikan sesuai dengan kemampuannya. Ilmu pengetahuan sangat penting dalam menyampaikan dakwah.

Kemudian, perkara yang terpenting dalam menyampaikan dakwah adalah sikap lemah lembut, ilmu pengetahuan, maklumat-maklumat yang terkini yang boleh dikongsikan dan difikirkan bersama-sama, baik Muslim mahupun yang bukan Islam.

Pendekatan saya dalam menyampaikan Islam kepada umum adalah, saya suka membicarakan Agama sehingga kanak-kanak yang berusia 5 tahun boleh memahaminya dengan baik. saya tak suka merumitkan keadaan. Dengan pendekatan inilah saya dapat mengajak saudara bukan Islam berfikir seketika, dan apabila seseorang itu menunjukkan ia inginkan yang lebih formal, saya akan mengajaknya dan menghantar mereka ke Masjid, kerana disana ada guru yang boleh mengajar dengan formal, sama ada berkenaaan Teks Al-Quran, Hadith dan hal-hal lainnya.

Internet memang salah satu cabang komunikasi terbaik di dunia, dan kita seringkali melihat, ada pihak yang berlaku ajujur dan ada pula yang yang menggunakannya demi kepentingan peribadi. Saya jauhsekali dari hal sebegini. Apa juga pendekatan dan maklumat yang saya kemukakan, saya mengharapkan saudara sekalian supaya merujuk kepada mereka-mereka yang lebih arif, seperti Jabatan Agama Islam, Imam di Masjid. Anda boleh merujuk mereka ni di seluruh dunia, ataupun forum-forum yang diiktiraf dari Ustaz atau tokoh-tokoh lainnya yang kita sayangi, hormati lagi dikenali.

Akhirkata, saya bukan mempromosikan diri saya sendiri, apa yang saya ingin katakan disini, ‘Penghibur’ adalah simbolik dari Nama Nabi Muhammad saw, sama seperti Adnan Oktar menggunakan nama Harun Yahya, BUKAN BERMAKSUD Adnan oktar adalah Nabi seperti Nabi Harun a.s atau Nabi Yahya a.s. Semoga anda memahaminya dengan sebaik mungkin.

Salam Hormat dan Kasih Sayang Sesama Insan.

By, Penghibur

Komen-komen
  1. Hamba Allah berkata:

    SalaM…peNghibur…SlamAt mAju jAya dalam blOg kAmu..haRap kiTa dapat berkongsi ilmu dan meningkatkan ilmu masing2…SALAM.

  2. lan berkata:

    Doa elak dirogol – Amalkan…insya Allah berhasil…
    Salam..ish, byk benar kes rogol skrg ni ek? di mana silapnya? emmm…apa2 pun,wat para Muslimah, ni ada sedikit doa tuk diamalkan, mudah2an kita terselamat dr gejala ni..wat para muslimin yg rsa2nya syg kt saudara2 perempuan antum, ajarkanlah doa ni…x rugi…

    1)
    بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِي

    DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

    Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

    2) Ni plak, doa yg diamalkan oleh Siti Sarah – isteri Nabi Ibrahim a.s yg menyebabkan lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri…

    اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

    DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

    Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

    Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

    Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

    Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

    Fikirkanlah…

    (Sumber: http://www.zaharuddin.net/)

    “Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani”
    -Khalifah Ali bin Abi Talib

  3. Penghibur berkata:

    @Lan

    terima kaih atas sumbangan dan nasihat anda untuk saya dan semua rakan-rakan pembaca disini, semoga Allah swt terus melindungi kita dan merahmati kita serta memberi kekuatan kepada kita dengan izin dan limpah kurnia-Nya.

    @All Muslim

    Anda semua di alu-alukan untuk berkongsi dan menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh umat Kristian disini, ini kerana saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk membahasnya.

    Saya yakin anda diluar sana mempunyai pengetahuan yang mungkin harus kita fikirkan bersama. Saya mengalu-alukan kedatangan dan post anda dalam mana-mana thread.

    By, Penghibur

  4. Fitri berkata:

    Blog baru nih sepertinya.

    Salam kenal dari Indonesia, semoga negara Indonesia dan Malaysia tetap rukun.

  5. Penghibur berkata:

    @Fitri

    Ya saya juga mendoakan demikian, bagaimana dengan anda?

    By, Penghibur

  6. Fitri berkata:

    Ya, saya juga berharap begitu. Saya pernah lihat banyak blog-blog Indonesia dan Malaysia yang bertengkar dan saling menjelekkan. Padahal mungkin gara-gara wartawan berita yang suka membelokkan berita sebenarnya.

  7. Penghibur berkata:

    @Fitri

    Saya setuju dengan anda, perkara terpenting disini kita perlu bersatu terutama sebagai Muslim kita dah sedia maklum betapa pentingnya bersatu.

    Kita seharusnya membebaskan sentimen perkauman atau apa saja kerana di dalam Al-Quran;

    (Surah Al-Maidah 5:8)
    Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

    Semoga ayat Allah ini dapat melembutkan hati kita, dan saya sebagai saudara Muslim sangat senang mengenali anda, dan mungkin saya boleh belajar sesuatu yang mungkin ada pada anda dan tidak pada saya, kita saling memerlukan untuk mencapai kesempurnaan di dalam ketidaksempurnaan kita sebagai Insanm.

    Salam Sahabat, saya mengalu-alukan anda untuk berkomentar disini jika terluang, dan anda juga mempunyai hak untuk menjawab soalan-soalan dari saudara non-Muslim disini.

    By, Penghibur

  8. Penghibur berkata:

    @All

    Diari Penghibur ni saya akan edit dari masa ke semasa, jika saya rasa perlu sebarang penambahan. Dengan ini semua saudara-saudari sekalian memahami maksud dan tujuan saya, bahawa apa yang saya kemukakan di dalam Blog ini BUKANLAH untuk menyerang sesiapa tetapi hanya berkongsi sebagai salah seorang saudaramu yang hidup dimuka bumi ini, dan yang terpenting kerana Allah swt.

    Saya ingin kongsikan sesuatu berkenaan peringatan Allah swt kepada kita sekalian hamba-Nya.

    (Surah Al-‘Asr 103:1-3)
    Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

    By, Penghibur

  9. kerajaanagama berkata:

    Blog fitri pindah rumah ke

    http://kerajaanagama.wordpress.com/

    Wassalam, Fitri

  10. Penghibur berkata:

    @Fitri

    Thanks kerana sudi menjemput aku.

    Salam.

    • kerajaanagama berkata:

      Mohon jangan salah paham dengan saya. Saya sama sekali tidak menentang siapapun untuk berpoligami. Kalau saya tidak ingin di poligami, itu hanya hak saya (keinginan) saya secara pribadi.

      Saya tidak ada konspirasi apapun dengan jelasnggak. Dia hanya bermaksud membuat sesama Muslim saling serang menyerang.

  11. Penghibur berkata:

    @Fitri

    Ya terima kasih saudari, saya faham, saya ni kadang tegas juga, saya faham maksud anda. InsyaAllah.

    By, Penghibur

  12. apa2 ja berkata:

    benarkah ke tu cerita hang tuah itu?

  13. cjah berkata:

    nice,,

  14. fridzmax berkata:

    Salam.

    Saya baru melayari sebahagian daripada tulisan-tulisan anda. Sekali imbas, ia begitu padat dengan isi dan perlukan asas pengetahuan yang kuat untuk memahami setiap baris tulisan anda.

    Syabas.

    • Penghibur berkata:

      @fridzmax

      Terima Kasih kerana cuba untuk memahami tulisan saya, saya juga rasa demikian terlalu padat dengan isi dan saya ada banyak sebab kenapa tulis begitu. Selama ni kita disajikan dengan Ilmu Pengetahuan agama yang terlalu asas, itu baik tapi bila kita mendapat maklumat yang kulit saja, maka kita hanya faham kulit, dan sukar untuk mendapat atau memahami isi kandungannya.

      Namun sekrang saya usahakan untuk meringankan isi kandungan penulisan disini supaya lebih mudah dan segar untuk difahami. Semoga Allah swt mengampuni dosa kesilapan saya baik dari perbuatan mahupun penulisan, bahkan kata-kata saya seharian. Saya juga doakan untuk kamu…

  15. sweetshell berkata:

    apa nama facebook awak ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s