TAKDIR ALLAH SWT DAN PILIHAN MANUSIA

Posted: Februari 15, 2016 in Agama-Agama Dunia

Assalamualaikum wbt, di sana sini orang berbicara tentang takdir, Kadang ada yang membicara dengan jelas dan tepat. Ada pula yang kurang tepat. Namun serba ringkasnya dalam perkara yang baik dan positif boleh kita sandar Semuanya Takdir Allah swt, Maka Nikmat Allah swt Yang Mana Hendak Didustakan?

Taqdir Allah swt & Pilihan Manusia.

Baik masa lalu, masa kini dan masa hadapan semuanya telah tamat disisi Allah swt, kerana Allah swt tidak terikat dengan masa, tidak terjejas oleh perjalanan masa, bahkan masa itu sendiri dicipta Allah swt untuk makhluk-Nya mengurus hidup. Ada yang mendapat keberkatan dan ada yang tidak.

Allah swt tahu, apa yang manusia pilih dalam perjalanan hidupnya. Ya, memang ada perkara yang kita tak boleh pilih dalam hidup kita seperti kita tak boleh pilih lahir sebagai lelaki atau perempuan, lahir berkulit putih atau hitam atau kemerahan. Kita tak boleh pilih lahir dari keluarga mana yang kita suka, bahkan kita tidak diberi pilihan siapa ibu bapa kita. Terpenting dari semua ni, kita tiada hak untuk memerintah atau mengarah Allah swt untuk tentukan itu dan ini, tapi dibenarkan dan diperintahkan untuk berdoa dan mintalah kepada-Nya SEBAGAI hamba Allah swt dan BUKAN tuan kepada Allah swt.

Tapi fahamilah perjalanan hidup kita, baik buruk yang kita lalui adalah kita yang memilih. Allah swt sudah menurunkan Kitab-Nya melalui utusan terakhir Baginda Nabi saw untuk membawa khabar gembira dari-Nya sebagai penimbangtara antara benar dan salah, antara dosa dan pahala dan balasannya adalah antara Syurga dan Neraka.
Kitalah yang pilih Destinasi mana kita mahu kelak. Allah swt berfirman yang bermaksud;

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Surah Al-Mulk 67:2)

Namun begitu, ada takdir yang boleh diubah dengan memilih takdir yang lain. Secara umumnya begini;

Takdir LAPAR boleh diubah dengan Taqdir MAKAN,
Takdir DAHAGA boleh diubah dengan Takdir MINUM,
Takdir MENGANTUK boleh diubah dengan Takdir TIDUR,
Takdir PENAT boleh diubah dengan Takdir BEREHAT,
Takdir SAKIT boleh diubah dengan Takdir BERUBAT,
Tapi Ada Takdir Manusia Tak Boleh Ubah seperti;
Manusia TIDAK MAMPU MEMERINTAH Dirinya supaya Perut Jangan Lapar,
Manusia TIDAK MAMPU MEMERINTAH Dirinya supaya Tekak Tidak Dahaga,
Manusia TIDAK MAMPU MEMERINTAH Dirinya supaya Tidak Sakit & Tidak Mati,
Manusia TIDAK MAMPU MEMERINTAH Dirinya supaya Mata Tidak Buta, Telinga Tidak Mendengar, Lidah Tak Boleh Berkata-Kata,
Manusia TIDAK MAMPU MEMERINTAH Dirinya ketika Lumpuh supaya Berdiri seperti sediakala,
Syukurilah nikmat Allah swt, maka nikmat Allah yang mana kita hendak dustakan?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s