Arkib untuk Februari, 2016


Assalamualaikum wbt, di sana sini orang berbicara tentang takdir, Kadang ada yang membicara dengan jelas dan tepat. Ada pula yang kurang tepat. Namun serba ringkasnya dalam perkara yang baik dan positif boleh kita sandar Semuanya Takdir Allah swt, Maka Nikmat Allah swt Yang Mana Hendak Didustakan?

Taqdir Allah swt & Pilihan Manusia.

Baik masa lalu, masa kini dan masa hadapan semuanya telah tamat disisi Allah swt, kerana Allah swt tidak terikat dengan masa, tidak terjejas oleh perjalanan masa, bahkan masa itu sendiri dicipta Allah swt untuk makhluk-Nya mengurus hidup. Ada yang mendapat keberkatan dan ada yang tidak.

Allah swt tahu, apa yang manusia pilih dalam perjalanan hidupnya. Ya, memang ada perkara yang kita tak boleh pilih dalam hidup kita seperti kita tak boleh pilih lahir sebagai lelaki atau perempuan, lahir berkulit putih atau hitam atau kemerahan. Kita tak boleh pilih lahir dari keluarga mana yang kita suka, bahkan kita tidak diberi pilihan siapa ibu bapa kita. Terpenting dari semua ni, kita tiada hak untuk memerintah atau mengarah Allah swt untuk tentukan itu dan ini, tapi dibenarkan dan diperintahkan untuk berdoa dan mintalah kepada-Nya SEBAGAI hamba Allah swt dan BUKAN tuan kepada Allah swt.

Tapi fahamilah perjalanan hidup kita, baik buruk yang kita lalui adalah kita yang memilih. Allah swt sudah menurunkan Kitab-Nya melalui utusan terakhir Baginda Nabi saw untuk membawa khabar gembira dari-Nya sebagai penimbangtara antara benar dan salah, antara dosa dan pahala dan balasannya adalah antara Syurga dan Neraka.
Kitalah yang pilih Destinasi mana kita mahu kelak. Allah swt berfirman yang bermaksud;

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Surah Al-Mulk 67:2)

Namun begitu, ada takdir yang boleh diubah dengan memilih takdir yang lain. Secara umumnya begini;

Takdir LAPAR boleh diubah dengan Taqdir MAKAN,
Takdir DAHAGA boleh diubah dengan Takdir MINUM,
Takdir MENGANTUK boleh diubah dengan Takdir TIDUR,
Takdir PENAT boleh diubah dengan Takdir BEREHAT,
Takdir SAKIT boleh diubah dengan Takdir BERUBAT,
Tapi Ada Takdir Manusia Tak Boleh Ubah seperti;
Manusia TIDAK MAMPU MEMERINTAH Dirinya supaya Perut Jangan Lapar,
Manusia TIDAK MAMPU MEMERINTAH Dirinya supaya Tekak Tidak Dahaga,
Manusia TIDAK MAMPU MEMERINTAH Dirinya supaya Tidak Sakit & Tidak Mati,
Manusia TIDAK MAMPU MEMERINTAH Dirinya supaya Mata Tidak Buta, Telinga Tidak Mendengar, Lidah Tak Boleh Berkata-Kata,
Manusia TIDAK MAMPU MEMERINTAH Dirinya ketika Lumpuh supaya Berdiri seperti sediakala,
Syukurilah nikmat Allah swt, maka nikmat Allah yang mana kita hendak dustakan?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan?

Advertisements

Assalamualaikum, kali ni nak kongsi tentang hakikat dakwah. Setiap Muslim boleh berdakwah mengikut kemampuannya dan ilmu yang dimilikinya. Namun begitu sekiranya topik yang dibicarakan di luar kemampuan, adalah lebih baik merujuk kepada mereka yang ahli sebelum dikongsikan kepada awam. Disini serba sedikit saya nak kongsi berkenaan dakwah Nabi Nuh a.s yang penuh atau sarat dengan ujian.

Usia Nabi Nuh a.s yang dijelaskan oleh Sarjana Islam adalah 1050 tahun, baginda dilantik menjadi Rasul pada usia 40 tahun, berdakwah selama 950 tahun dan 60 tahun setelah bahtera mendarat di Bukit Judi.

Dalam tempoh Baginda berdakwah selama 950 tahun hanya dalam 80++ sahaja yang menerima Islam. Masyarakatnya adalah manusia yang degil, jangankan mendengar dakwah Baginda Nabi Nuh a.s, melihat wajah baginda pun mereka tidak mahu.

Bayangkan dakwah Nabi Nuh a.s, kaumnya menutup telinga dan menutup muka dengannya. Kita ni buat kerja dakwah sikit sudah melenting, patah hati, tak sanggup menghadapi kritikan dan penolakan, hati mudah tercedera, terluka, tekanan yang mendalam. Bayangkan Baginda Nabi Nuh a.s menyampaikan dakwah selama 950 tahun.

Berapa sangat sumbangan kita pada Islam? contohilah sikap positif baginda Nabi Nuh a.s, seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian, bukan sekadar slogan. Baginda Nabi Nuh a.s terpuji di dunia, terpuji di akhirat dan mendapat kemuliaan Allah swt. Allah swt berfirman di dalam al-Quran:

Surah Hud Ayat 40:
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ قُلْنَا احْمِلْ فِيهَا مِن كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ وَمَنْ آمَنَ ۚ وَمَا آمَنَ مَعَهُ إِلَّا قَلِيلٌ

“(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: “Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman”. Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.” (Surah Hud 11:40)

Dalam dakwah jangan takut pada penolakan manusia tapi takutlah pada apa yang Allah perintah. Hanya Allah swt yang akan membalas segala amal perbuatan dan itulah kesudahan serta hakikat kehidupan. In sya Allah.