CAHAYA DIATAS CAHAYA

Posted: Oktober 17, 2010 in Agama-Agama Dunia

Assalamualaikum wbt kepada saudara muslimin dan muslimat dan salam sejahtera kepada saudara serta saudari sekalian. Semoga Allah swt terus memberikan rahmat dan nikmat-Nya yang luas tidak terhingga kepada kita sekalian. Pada kali ini saya nak menulis sebuah topik yang bertajuk “CAHAYA DIATAS CAHAYA”. Mungkin ada yang tertanya mengapa “Cahaya Diatas Cahaya” dan apakah maksudnya?

Cahaya Diatas Cahaya adalah merupakan Cahaya Petunjuk dari Cahaya Allah swt iaitu Cahaya-Nya. Apabila Allah swt memberi cahaya-Nya iaitu Pembeza Antara Yang Hak & Yang Batil kepada kita, maka kita pasti akan memperolehi Ilmu & Hikmah dari-Nya. Ada sekelompok manusia yang menghentam (menentang) Ilmu, jika Ilmu dihentam, jangan berharap dapat memahami Hikmah Ilmu. Allah swt berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud;

(Surah An-Nur 24:35)

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 

Beginilah insan yang memeproleh petunjuk Allah swt. Namun golongan yang mendakwa dirinya adalah Ahli kitab Yahudi mahupun Nasrani menolak akan kebenaran dan hakikat kebenaran Islam yang sudah pasti Jelas, Nyata, Terang Seperti Terangnya Matahari Di Hari Siang. Namun masih tidak terlambat bagi Ahli kitab (Yahudi & Nasrani) jika berkehendak pada kebenaran dan membetulkan keadaan dan mengaku sedalam-dalam hati dan bertaqwa kepada Allah swt dengan sesungguhnya, ini kerana Allah swt berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud;

(Surah Ali’Imran 3:64-71)

(64)Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.
(65) Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?
(66) Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
(67) Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.
(68) Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya – umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.
(69) Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).
(70) Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?
(71) Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?

Allah swt mengajak kepada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), supaya kembali kepada Islam iaitu jalan yang diredhai Allah swt kerana Islam adalah Cahaya Diatas Cahaya-Nya. Sesungguhnya Allah swt sangat menyayangi hamba-hambaNya lebih dari yang kita tahu mahupun faham. nikmat pemberian Allah swt takkan dapat diukur dengan wang ringgit mahupun dengan nyawa kita sendiri.

Saya akhiri perkongsian ini dengan harapan supaya kita semua dan bersama-sama untuk memahami kehendak Allah swt, kerana suatu kebaktian yang sejati adalah taqwa yang mengikut Ketetapan Syariat-Nya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Al-Quran dan As-Sunnah adalah Penyuluh Jalan Ke Pintu Syurga. Jika tuan ingin masuk ke Pintu Syurga tersebut, maka tuan perlu memiliki kuncinya. Tahukah tuan apakah Kunci Syurga? Kunci Syurga adalah “La ilaha Ilallah, Muhammad Rasulullah” yang bermaksud, “Tiada Tuhan yang Disembah Selain Allah swt dan Nabi Muhammad saw Adalah Rasul Utusan-Nya.”

By, Penghibur

Komen-komen
  1. Penghibur berkata:

    @Pace

    Salam hormat dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan, saya memilih topik “Cahaya Diatas Cahaya-Nya” sebagai topik perbincangan kita. Ini kerana kita sama-sama ingin beriman kepada Allah swt.

    Beriman kepada Allah swt bermaksud menyerahkan dan melaksanakan segala kehendak Allah swt. Tuan, saya hanya ingin membuka perbincangan kepada Tuan dengan sebuah persoalan;

    (1) Apakah Pengertian Iman?

    (2) Apakah Bukti Seseorang Itu Beriman?

    (3) Apakah Maksud Beriman Kepada Allah swt?

    By, Penghibur

  2. Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Salam Damai untuk saudara,

    Saudaraku,
    Amat menarik topik perbincangan yang saudara kemukakan pada kali ini. Bercerita tentang “Cahaya Atas Cahaya” yakni “Kebenaran” yang cuba saudara sampaikan kepada sidang pembaca. Dalam topik kali ini saudara cuba menceritakan keengganan Ahlul-Kitab menerima nabi saudara sebagai nabi mereka cuba diceritakan.

    Saudaraku,
    Bagi kami, seperti mana yang telah saya ceritakan sejak dari awal lagi akan akidah dan ibadat kami, sesungguhnya kami tidak sama seperti Ahlul-Kitab yang diceritakan kepada kamu, kami ada mempunyai jati diri dan pegangan yang agak berbeza dengan Ahlul-Kitab yang saudara sendiri faham.

    Berkisar tentang Avraham HaNavi tidak menjadi masalah kepada kami. Kami beriman kepada baginda sebagai bapa segala nabi dan golongan orang yang beriman. Mungkin cara ibadah sahaja yang menjadi perbezaan kepada kita yakni cara bersembahyang. Dari sudut akidahnya, tidak menjadi masalah kerana saudara sendiri tahu akan akidah kami.

    Kami adalah golongan yang beriman kepada semua nabi dan nabi suadara adalah orang yang solleh bagi golongan kami. Kami bukan tidak menerima nabi saudara sebgai nabi, tetapi kami lebih senang menghormati nabi saudara sebagai seorang yang solleh dan taat kepada perintah Yang Maha Tinggi.

    Yeshuah HaMaschiah telah bersabda kepada kami dalam Khabar Gembira tulisan Yohanathan (John/Yahya) 8:12 seperti berikut:

    Τότε ο Ιησούς είπε στο πλήθος, τα λόγια του:” Εγώ ειμί το φως του κόσμου, όποιος με ακολουθεί δεν θα περπατήσει στο σκοτάδι αλλά θα έχει το φως της ζωής.”

    ואז ישוע אמר לקהל, המילים שלו: “אני האור של העולם, מי מלווה אותי לא ללכת בחושך אבל יהיה אור החיים.”

    Maka Yeshuah berkata pula kepada orang banyak, kata-Nya: “Akulah terang dunia; barangsiapa mengikut Aku, ia tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan ia akan mempunyai terang hidup.”

    Kami beriman akan ayat tersebut yang menyatakan bahawa Yeshuah HaMashiah adalah terang yakni sebagai nabi dan penyelamat kepada kami. Dalam ayat itu juga menyatakan bahawa barangsiapa yang mengikut Yeshuah HaMashiah yakni taat akan perintah Yang Maha Tinggi seperti mana yang dikhabarkan oleh baginda maka orang itu akan beroleh kemenangan dan keselamatan.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Pace

      Mohon Tuan menjawab 3 soalan kecil saya, supaya perbincangan kita lebih teratur dan tentang Jesus a.s adalah Terang Dunia, saya tidak keberatan kerana Nabi Adam a.s juga adalah terang Dunia, Nabi Ibrahim a.s juga adalah Terang Dunia, dan sesiappun yang mengikuti jejak-jejak Nabi-Nabi, maka ia tidak di dalam Kegelapan.

      Penekanan utama adalah nabi Muhammad saw diutus untuk seluruh umat para nabi. Duduk dibawah satu naungan, satu pemerintahan dan satu iman kepada Allah swt. Saya jelaskan kemudian. Mohon jawab 3 soaln kecil terlebih dahulu.

      By, Penghibur

  3. Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    שלום עליכם,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    לשמוע, ישראל: ה ‘אלוהינו, ה’ אחד,
    יהי שם של הממלכה המפוארת שלו לנצח נצחים.

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Salam Damai untuk saudara,

    Saudaraku,

    (1) Apakah Pengertian Iman?

    Bagi kami pengertian iman itu terbahagi kepada dua kata bagi merujuk kepada frasa tersebut. Dengan izin mohon mengunakan perkataan “Faith” dan “Trust”.

    Faith itu merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan seseorang individu tersebut terhadap sesuatu perkara seperti wujudnya Yang Maha Tinggi, Malaikat, Kebenaran Kitab Suci, Para Nabi dan segala benda yang tidak dinampakkan termasuklah takdir dan nasib. Keyakinan terhadap perkara tersebut haruslah berada pada tahap yang maksimum iaitu tidak mempersoalkan perkara-perkara yang berada diluar ruang lingkup pemikiran manusia. Faith juga berkaitan dengan kesediaan dan kesetiaan untuk melaksanakan perkara yang diperintahkan tanpa banyak soal (ibadah) dengan penuh keikhlasan. Faith juga menyebabkan satu tindakan peneguhan, pengabdian, matlamat hidup, dan sering dikaitkan dengan emosi. Faith itu tidak akan wujud tanpa Trust kepada sesuatu perkara tersebut secara mutlak.

    Surat Ibrani ada menceritakan kepada kita tentang Faith seperti berikut:

    Hebrews 11:6

    Και χωρίς πίστη δεν είναι δυνατόν να είναι καλά παρακαλώντας στο Θεό, γιατί είναι απαραίτητη για όποιον έρχεται στο Θεό να έχει την πεποίθηση ότι ο Θεός είναι, και ότι είναι ανταμείβει όλους εκείνους που κάνουν μια σοβαρή έρευνα γι ‘αυτόν.

    ובלי אמונה אי אפשר להיות טוב ונעים אלוהים, בשביל זה הוא הכרחי עבור כל מי שמגיע לאלוהים יש את האמונה כי אלוהים הוא, וכי הוא מתנה לכל מי לעשות חיפוש רציני בשבילו.

    Tidak mungkin menyukakan hati Eloah tanpa iman, tanpa bergantung kepada-Nya. Barangsiapa ingin datang kepada Eloah, ia harus percaya bahwa Eloah ada dan bahwa Ia memberkati orang yang sungguh-sungguh mencari Dia.

    And without faith it is impossible to please God, because anyone who comes to him must believe that he exists and that he rewards those who earnestly seek him.

    Trust pula adalah berkaitan dengan satu tahap pemikiran manusia untuk menerima sesuatu perkara itu wujud secara mutlak. Namun demikian tidak semua dapat diukur dengan aqal, melainkan dengan pancaindera manusia. Trust dan Faith itu tidak boleh dipisahkan sama sekali.

    (2) Apakah Bukti Seseorang Itu Beriman?

    Bukti seseorang itu beriman kepada Yang Maha Tinggi haruslah disertakan dengan tindakan dan perbuatan.

    Surat Rasul James pula ada menceritakan tentang Faith dan ibadat sebagai berikut:

    James 2:14

    Τι χρήση είναι, αδελφοί μου, για έναν άνδρα να πει ότι έχει πίστη, αν δεν κάνει τίποτα; Θα μια τέτοια πίστη του δώσει την σωτηρία;

    מה הטעם, האחים שלי, עבור אדם לומר כי יש לו אמונה, אם הוא לא עושה כלום? כגון אמונה ייתן לו הישועה?

    Apakah gunanya, saudara-saudaraku, jika seorang mengatakan, bahwa ia mempunyai iman, padahal ia tidak mempunyai perbuatan (ibadat)? Dapatkah iman itu menyelamatkan dia?

    What use is it, my brothers, for a man to say that he has faith, if he does nothing? will such a faith give him salvation?

    Faith tanpa perbuatan (ibadat) adalah mati. Ibadat tanpa Faith adalah sia-sia.

    Yeshuah HaMashiah juga pernah ditanya oleh Bani Israel yakni Guru Taurat (Moreh haRavvi) tentang perkara ini. Maka baginda telah menjawab pertanyaan tersebut seperti berikut:

    Lukas 10:25-28

    Κάποτε ήταν ένας γραφέας για να δελεάσει τον Ιησού, είπε: «Δάσκαλε, τι πρέπει να κάνω για να κληρονομήσουν την αιώνια ζωή;”

    Ο Ιησούς απάντησε: «Αυτό που είναι γραμμένο στο νόμο Τι διαβάζεις εκεί;”

    Απάντηση άνθρωπος: “Θα αγαπήσετε το Λόρδο ο Θεός σας με όλη την καρδιά σου και με όλη την ψυχή σου και με όλη τη δύναμή σου και με όλη σου μυαλό, και αγαπάμε τον πλησίον σου ως σεαυτόν.

    Ο Ιησούς του είπε: “Η απάντησή σας είναι σωστή, το πράξει, και θα ζήσεις.”

    בבת אחת עמד הסופר לפתות את ישו, הוא אמר: “המורה, מה אני צריכה לעשות כדי לרשת חיי עולם?”

    ישו השיב: “מה כתוב בתורה מה אתה קורא שם?”

    האיש ענה: “ואהבת את ה ‘אלוקיך בכל לבבך ואת בכל נפשך ועם כל הכוח שלך עם המוח כל עמך, ואהבת לרעך כמוך.

    אמר לו ישוע: “התשובה שלך נכונה, לעשות זאת, ואת תחיי.”

    Pada suatu kali berdirilah seorang ahli Taurat untuk mencobai Yesus, katanya: “Guru, apa yang harus ku perbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?”

    Jawab Yesus kepadanya: “Apa yang tertulis dalam hukum Taurat? Apa yang kau baca di sana?”

    Jawab orang itu: “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu dan dengan segenap akal budimu, dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.

    Kata Yesus kepadanya: “Jawab mu itu benar; perbuatlah demikian, maka engkau akan hidup.”

    At one time stood a scribe to tempt Jesus, he said: “Teacher, what must I do to inherit eternal life?”

    Jesus replied: “What is written in the law? What are you reading there?”

    Answer man: “You shall love the Lord your God with all your heart and with all your soul and with all your strength and with all thy mind, and love your neighbor as yourself.

    Jesus said to him: “Your answer is correct, do so, and you will live.”

    (3) Apakah Maksud Beriman Kepada Allah swt?

    Maksud seseorang itu beriman kepada Yang Maha Tinggi itu adalah seorang yang berserah dan bertaqwa Yang Maha Tinggi seadanya. Apabila seorang itu beriman dan percaya kepada wujudnya Yang Maha Tinggi, maka satu perasaan dan emosi yang akan lahir iaitu takut akan Yang Maha Tinggi. Oleh hal yang demikian Amsal telah mengatakan bahawa “Takut kepada Tuhan adalah permulaan kebijaksanaan”. Bagi golongan yang beraqal, mereka akan takut akan Yang Maha Tinggi, lantaran itu mereka akan melaksanakan segala perintah dan amanat yang telah diberikan kepada mereka melalui perantaraan para nabi. Segala itu akan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan dan amalan termasuklah tingkah laku dan pertuturan.

    Matthew 22:37-38

    Ο Ιησούς απάντησε: “Η αγάπη τον Κύριο τον Θεό σου με όλη σου την καρδιά και με όλη την ψυχή σου και με όλη σου μυαλό Αυτό είναι το δίκαιο και ειδικά το πρώτο.

    ישו השיב: “ואהבת את ה ‘אלוקיך בכל לבבך ואת בכל נפשך ואת נפש עם כל עמך זה החוק ובמיוחד הראשונה.

    Jawab Yesus kepadanya: “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Itulah hukum yang terutama dan yang pertama.

    Jesus replied: “Love the Lord your God with all your heart and with all your soul and with all thy mind. That is the law and especially the first.

    J.I. Packe telah menceritakan kepada kita tentang takut akan Yang Maha Tinggi seperti berikut:

    For the unbeliever, the fear of God is the fear of the judgment of God and eternal death, which is eternal separation from God (Luke 12:5; Hebrews 10:31). For the believer, the fear of God is something much different. The believer’s fear is reverence of God. Hebrews 12:28-29 is a good description of this: “Therefore, since we are receiving a kingdom that cannot be shaken, let us be thankful, and so worship God acceptably with reverence and awe, for our ’God is a consuming fire.’” This reverence and awe is exactly what the fear of God means for Christians. This is the motivating factor for us to surrender to the Creator of the Universe.

    Proverbs 1:7 declares, “The fear of the LORD is the beginning of knowledge.” Until we understand who God is and develop a reverential fear of Him, we cannot have true wisdom. True wisdom comes only from understanding who God is and that He is holy, just, and righteous. Deuteronomy 10:12, 20-21 records, “And now, O Israel, what does the LORD your God ask of you but to fear the LORD your God, to walk in all his ways, to love him, to serve the LORD your God with all your heart and with all your soul. Fear the LORD your God and serve him. Hold fast to him and take your oaths in his name. He is your praise; he is your God, who performed for you those great and awesome wonders you saw with your own eyes.” The fear of God is the basis for our walking in His ways, serving Him, and, yes, loving Him.

    Some redefine the fear of God for believers to “respecting” Him. While respect is definitely included in the concept of fearing God, there is more to it than that. A biblical fear of God, for the believer, includes understanding how much God hates sin and fearing His judgment on sin—even in the life of a believer. Hebrews 12:5-11 describes God’s discipline of the believer. While it is done in love (Hebrews 12:6), it is still a fearful thing. As children, the fear of discipline from our parents no doubt prevented some evil actions. The same should be true in our relationship with God. We should fear His discipline, and therefore seek to live our lives in such a way that pleases Him.

    Believers are not to be scared of God. We have no reason to be scared of Him. We have His promise that nothing can separate us from His love (Romans 8:38-39). We have His promise that He will never leave us or forsake us (Hebrews 13:5). Fearing God means having such a reverence for Him that it has a great impact on the way we live our lives. The fear of God is respecting Him, obeying Him, submitting to His discipline, and worshipping Him in awe.

    Shallom

  4. Penghibur berkata:

    @Pace

    Saya memohon kemaafan kerana lambat reply, saya agak sibuk sikit. Perlu saya tekankan disini, bahawa saya bukan seorang Islam yang Liberal dan saya tidak menganggap semua agama adalah SETARAF. TIDAK SAMASEKALI> ISLAM adalah agama terbaik dan diredhai Allah swt sesuai dengan firman Allah swt yang bermaksud ;

    Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (Surah Ali-Imran 3:19)

    (1) Saya tidak keberatan dengan konsep iman yang anda jelaskan. namun saya nak sentuh sedikit dalam bab peribadatan yang anda kemukakan. Perkara utama yang perlu kita faham bahawa Jesus (a.s) hanya di utus untuk domba tersesat dari umat Israel dan tidak kepada seluruh umat manusia. Jika sesbuah amalan dan peribadatan yang di ajar oleh nabi isa a.s maka ia hanya merujuk kepada Umat israel dan BUKAN untuk segala bangsa. Ini jelas dan saya juga faham yang Tuan sedia maklum akan hal ini.

    PACE ==> James 2:14

    Τι χρήση είναι, αδελφοί μου, για έναν άνδρα να πει ότι έχει πίστη, αν δεν κάνει τίποτα; Θα μια τέτοια πίστη του δώσει την σωτηρία;

    מה הטעם, האחים שלי, עבור אדם לומר כי יש לו אמונה, אם הוא לא עושה כלום? כגון אמונה ייתן לו הישועה?

    Apakah gunanya, saudara-saudaraku, jika seorang mengatakan, bahwa ia mempunyai iman, padahal ia tidak mempunyai perbuatan (ibadat)? Dapatkah iman itu menyelamatkan dia?

    PENGHIBUR ==> Ini adalah nasihat yang baik bagi umat Kristian seluruhnya, kerana umat Kristian cukup pada percaya pada Penyaliban jesus di tiang Salib, kerana itu adalah satu-satunya penebusan Dosa dari Tuhan Yang Maha Kudus.

    Adakah cukup hanya pada percaya dan iman tanpa sebarang peribadatan? Soalan yang tajam dan mengesankan dan baik untuk durenungkan oleh dunia Agama Kristian. Umat Islam solat 5 kali sehari kemudian diserikan dengan solat-soalt sunat menjadi amalan harian.

    Solat 5 waktu sehari semalam samalah seperti mandi 5 kali sehari. Berapa kali Tuan mandi dalam sehari? Sekurang-kurangnya 2 kali, saya yakin Tuan pasti setuju dengan saya. Nah cuba Tuan fikirkan sejenak kalau Tuan mandi 5 kali sehari, apakah ada lagi habuk dan busuk di badan? Menjadi lumrah bagi manusia yang mana selepas mandi akan memakai wangi-wangian. Nah! begitulah ibadat-ibadat sunat selepas ibadat-ibdata wajib dilaksanakan, ia adalah umpama perhiasan diri.

    Saya hanya sentuh diperingkat ini, mungkin Tuan ada soalan yang nak dikemukakan, maka saya mengalu-alukan.

    By, Penghibur

  5. rauha berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    שלום עליכם,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    לשמוע, ישראל: ה ‘אלוהינו, ה’ אחד,
    יהי שם של הממלכה המפוארת שלו לנצח נצחים.

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Salam Damai untuk saudara,

    Saudaraku,
    Berkaitan dengan ibadat yakni solah/fefillah hamidot adalah wajib ke atas kami. Sama juga seperti agama saudara. Kalau agama saudara memerintahkan untuk beribadat fardunya 5 kali dan sunat adalah di antara sebelum atau selepas fardu, dalam agama kami pun ada mengatakannya juga. Dalam Kitab Zabur misalnya, telah diperintahkan kepada Daud HaNavi untuk melakukan tefilah hamidot 7 kali sehari semalam, Daniel HaNavi melakukan tefilah hamidot 3 kali sehari semalam, Musa HaNavi dan Aaron HaNavi pun menunaikan tefilah hamidot 3 kali sehari semalam. Kalau dilihat dalam Khabar Gembira (Injil) yang ada pada kami pun dengan sebaiknya, Yeshuah HaMasiach juga melakukan tefilah hamidot. Misalnnya, pada waktu subuh (shacharit), Nielah (dhuha), Mussaf (petang/zohor), Minchah (lewat petang sebelum senja/asar), Ma’ariv (maghrif). Semua itu pernah dicatatkan dalam kitab kami. Kami tidak menolak semua itu.

    Seandainya ditanya kepada kami, adakah kami melaksanakan tefilah hamidot itu seperti yang diperintahkan, maka kami menjawab “ya”. Kerana kami memang melaksanakannya. Adalah dalam bentuk Jemaah/Gereja/Quorum? Jawapannya adalah individual seandainya jemaah tidak cukup, yakni 10 orang yang sudah baligh dan mampu melaksanaan Hukum, tetapi diringankan seandainya ada 2-3 jemaah yang ingin melakukannya dalam bentuk jemaah dan tefilah hamidot itu adalah harus dan wajib dalam bentuk jemaah. Tefilah hamidot dalam dua bentuk.

    Bentuk yang pertama adalah individual/persendirian. Itu adalah wajib dan harus pada waktu dan rukunnya. Tefilah hamidot ini wajib dilakukan dalam keadaan yang tersembunyi dan tidak kelihatan. Ini kerana Yeshuah HaMashiach pernah mengatakan bahawa pahala bagi tefilah hamidot ini lebih baik daripada tefilah hamidot berjemaah.

    Bentuk yang kedua adalh dalam kumpulan/jemaah. Ada golongan ilmuwan agama berpendapat jemaah/quorum tidak boleh dilakukan seandainya tidak cukup 10 orang yang sudah baligh dan masuk Hukum. Itu pendapat yang pertama, tetapi pendapat yang kedua pula mengatakan, seandainya lebih dari seorang yakni 2-3 atau lebih inginkanatefilah hamidot dilakukan bersama, maka harus dan wajiblah tefilah hamidot itu dilakukan dalam bentuk jemaah.

    Berkaitan dengan wuduk pula, kami diwajibkan mandi terlebih dahulu sebelum melakukan tefilah hamidot. Itu adalah wajib. Tetapi seandainya darurat dan keterpaksaan dan ada halangan untuk mandi sebelum melaksanakan tefilah hamidot, diharuskan kepada kami untuk membasuh berberapa daripada bahagian anggota badan iaitu, tangan, kaki dan muka serta rambut sebelum melaksanakan tefilah hamidot.

    Seandainya saudara melihat perkara yang saya katakan ini agak dan ada persamaan dengan amalan dan ibadat agama saudara, itu bukanlah kami yang rekakan, melainkan kami mendapatkan perkara itu daripada Kitab Suci kami. Maka golongan yang sentiasa mencari keredhaan dari Yang Maha Tinggi, pasti akan tahu perkara yang sebenarnya.

    Pada hari wajib untuk melakukan tefilah hamidot berjemaah iaitu Sabbath (Sabtu), kaimi telah diperintahkan terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara yang tidak elok dan membatalkan ibadah kami. Sehari semalam sebelum Sabbath, yakni Jumaat dan malam Sabtu, kami diperintahkan untuk bersuci dan tidak tidur bersama pasangan dan diharamkan melakukan hubungan kelamin. Ini untuk tujuan dan ibadah kami. Maka kami melakukannya dengan ikhlas.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Rauha

      Salam sejahtera kepada Tuan, semoga Allah swt memberi hidayah dan cahaya-Nya kepada Tuan sehingga Tuan beriman kepada Kitab Suci Al-Quran iaitu kitab Wahyu terakhir yang diturunkan Allah swt untuk umat manusia seluruhnya. Setakat ini Tuan membicarakan sisi persamaan antara islam & Nasrani, Allah swt berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud;

      “Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad…” (Surah As-Saff 61:6)

      Ini adalah sebuah kesaksian dari Jesus (a.s) berkenaan Nabi Muhammad saw. malah di ayat lain Allah swt berfirman yang bermaksud;

      Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (Surah Al-Baqarah 2:146)

      Tuan, jika ada persamaan antara Kitab Taurat, Kitab Zabur, Kitab injil dengan Kitab Al-Quran maka saya tidak hairan, malah seluruh dunia Islam tidak hairan kerana kesemua Kitab-Kitab ini adalah wahyu dari Allah swt. Kesemua Kitab-Kitab ini adalah Kitab-Kitab Islam, malah semua Nabi adalah Islam.

      Prefessor Dr.Haron Din menyatakan didalam Bukunya yang bertajuk “Ada Apa dengan Islam?” menyatakan (atas kesimpulan dan pemahaman saya : Penghibur) bahawa “Para Nabi Dari Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Muhammad saw Dikenali Sebagai “Kesatuan Misi Ketuhanan” Membawa Akidah Islam.

      Apa yang perlu ditekankan adalah bahawa kesaksian setelah datangnya Nabi Muhammad saw, maka wajib umat manusia diseluruh dunia mengimaninya Nabi Muhammad saw, kerana baginda diutus untuk seluruh umat manusia.

      By, Penghibur

      • rauha berkata:

        Havenu Shalom Aleichem,

        שלום עליכם,

        Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
        Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

        לשמוע, ישראל: ה ‘אלוהינו, ה’ אחד,
        יהי שם של הממלכה המפוארת שלו לנצח נצחים.

        Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

        Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

        Salam Damai untuk saudara,

        Saudaraku,
        Nampaknya saudara mula faham akan apa yang saya ceritakan dan apa yang saya imani. Seperti mana yang dikatakan lebih baik kita mencari persamaan dalam berbezaan. Kami tidak pernah menafikan seandainya sesuatu perkara itu agak sama tapi tidak serupa, itu kerana ia adalah berasal dari sumber yang sama iaitu dari Yang Maha Tinggi.

        Kami beriman kepada El-Shaddai dan juga kepada Yeshuah HaMashiach secara mutlak. Itu adalah iman kami dan itulah kehidupan kami dan itulah nyawa kami. Kesederhanaan lebik baik dari kemuliaan.

        Shallom

  6. rauha berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    שלום עליכם,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    לשמוע, ישראל: ה ‘אלוהינו, ה’ אחד,
    יהי שם של הממלכה המפוארת שלו לנצח נצחים.

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Salam Damai untuk saudara,

    Saudaraku,
    Saya cuba menerangkan dan merungkaikan perkara yang saudara ceritakan ini.

    Penghibur>>>>>
    (1) Saya tidak keberatan dengan konsep iman yang anda jelaskan. namun saya nak sentuh sedikit dalam bab peribadatan yang anda kemukakan. Perkara utama yang perlu kita faham bahawa Jesus (a.s) hanya di utus untuk domba tersesat dari umat Israel dan tidak kepada seluruh umat manusia. Jika sesbuah amalan dan peribadatan yang di ajar oleh nabi isa a.s maka ia hanya merujuk kepada Umat israel dan BUKAN untuk segala bangsa. Ini jelas dan saya juga faham yang Tuan sedia maklum akan hal ini.

    Dalam kes ini saya amat faham akan apa yang saudara cuba beritahu. Kami bersetuju dengan pendapat yang saudara kemukakan itu. Memanglah Yeshuah HaMashciah diutuskan kepada Bani Israel, yakni golongan yang tersesat. Namun demikian, seandainya diteliti betul-betul dalam Khabar Gembira pun ada juga menceritakan golongan yang bukan daripada Bani Israel yang beriman dan percaya kepada Yeshuah HaMashciah yang diutuskan, mereka diselamatkan.

    Lihatlah kisah seorang tentera Rom yang mempunyai seorang anak yang sakit, dan tentera itu tahu bahawa Yeshuah HaMashiach itu adalah Sang Utusan, dan beliau beriman kepada kepada Yeshuah HaMashiach, maka beliau adalah dikalangan orang yang beriman. Maka kami pun adalah bahagian yang itu juga. Meskipun kami bukan Bani Israel, tetapi kami mendapat bahagian dan rahmat daripada Yang Maha Tinggi untuk beriman maka kami mendapat rahmat dan nikmat daripada Yang Maha Tinggi. Saudara pasti faham akan perkara itu.

    Lihatlah kisah Bani Israel yakni golongan Farisi dan Saduki, mereka adalah golongan yang amat arif dalam ilmu agama, mereka tidak diberikan rahmat dan nikmat oleh Yang Maha Tinggi kerana mereka enggan beriman kepada Yeshuah HaMashiach.

    Wahai saudaraku,
    Kita tidak boleh menilai dan menghakimi serta menimbang nikmat dan rahmat Yang Maha Tinggi itu. Janganlah terlalu fanatik dan terlepas pandang akan kisah yang dicatatkan dalam Khabar Gembira. Meskipun kami dipanggil Goyim/Anjing/Unbeliver?Kafir oleh Bani Israel dan agama saudara, kami tidak kisah kerana kami yakin dan percaya akan iman kami. Kami mendapat rahmat dan nikmat dari Yang Maha Tinggi seperti golongan Bani Israel dan Muslim. Ini kerana Yang Maha Tinggi itu juga Yang Maha Kaya. Yang Maha Tinggi itu adil.

    Ingatlah akan kisah yang pernah diceritakan oleh Yeshuah HaMashiach kepada para pengikutnya. Yeshuah HaMashiach pernah memerintahkan kepada para muridnya untuk memberikan keampunan dan kemaafan kepada sesiapa sahaja seandainya mereka salah ataupun pihak yang lain salah, dan tidak berbelah bagi. Yeshuah HaMashiach mengatakan bahawa seandainya Yang Maha Tinggi dapat memberikan hujan dan panas kepada golongan yang bukan Bani Israel seperti yang Bani Israel dapat, mengapa tidak begitu juga dengan iman. Meskipun mereka/kami bukan daripada Bani Israel, oleh kerana kami percaya dan beriman kepada Yeshuah HaMashiach, maka kami pun mendapat bahagian kami juga. Syurga dan Neraka itu hak milik Yang Maha Tinggi. Seandainya Yang Maha Tinggi boleh mengampuni dan menerima taubat Bani Israel dan Muslim, mengapa tidak kami? Fikir-fikirkanlah.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Rauha

      Salam sejahtera kepada Tuan, semoga Allah swt memberi cahaya Islam sehingga Tuan beriman kepada Al-Quran Al-Karim. InsyaAllah.

      Menyentuh berkenaan Jesus (a.s) iaitu Isa Al-Masih, di dalam Bible dinyatakan dengan Jelas berdasarkan Injil Matius 10:5-6 bahawa Nabi Isa a.s HANYA DIUTUS kepada Bani Israel. Sebuah kesaksian yang jelas dan tidak boleh diputar balik, malah Jesus (a.s) MELARANG mereka dari MENYIMPANG ke jalan BANGSA LAIN atau masuk ke dalam kota orang Samaria JUGA DILARANG. Apa yang jelas ini adalah HUKUM UTAMA dan kesaksian dari Jesus (a.s) yang diterimanya dari Allah.

      Kemudian menyentuh Jesus tidak mahu memberi pertolongan sehingga Jesus menyatakan “Tidak patut mengambil roti yang disediakan bagi anak-anak dan MELEMPARKANNYA KEPADA ANJING.” (Matius 15:24-26) Disini jelas SEBUAH PENEKANAN dari Jesus (a.s) sendiri, bahwa Allah swt hanya memerintah Jesus hanya untuk taat kepada perintah-Nya. Jesus telah melakukannya melalui kenyataannya sendiri. Namun Jesus tetap menolong atas dasar apa? Disinilah titik persoalannya, meonolong atas dasar apa? Jesus menolong atas dasar kemanusiaan namun ia tidak tertakluk kepada hukum Syariat. Ini adalah simbolik ketinggian akhlak Nabi Isa a.s. Apa yang jelas Nabi Isa a.s TELAH MENJELASKAN KEDUDUKAN YANG SEBENAR bahawa dia (Jesus) hanya diutus untuk Bani Israel.

      Ini BUKAN soal segala bangsa dapat menerima Hujan dan Panas yang sama, dan mengapa TIDAK dalam BAB IMAN?. Tetapi ini adalah ketetapan Tuhan, suatu yang telah diputuskan oleh Allah swt sendiri dan tidak boleh diubah akan hal itu. perancangan Allah swt adalah hak Allah swt tanpa ada sesiapa boleh mempersoalkannya. Saya juga telah memberi beberapa poin menyentuh kesaksian nabi isa a.s akan datangnya Nabi Muhammad saw. ini juga jelas dan tidak patut diingkari.

      Apabila Allah swt menerima Taubat dari bani Israel dan juga Muslim, namun TIBUL sebuah persoalan, TAUBAT MENGIKUT SYARIAT MANA? Adakah Taubat dari umat israel dengan mengimani Kitab talmud atau Kitab Taurat dengan mengATASNAMAkan Nabi Musa a.s? Adakah ini Tuan?

      Baik Umat Israel, baik Umat Kristian (Nasrani) jika kalian ingin BERTAUBAT, maka pertama-tama kali yang kalian perlu lakukan adalah mengimani Kitab Suci Al-Quran. Al-Quran adalah Cahaya Diatas Cahaya-Nya Penyuluh Ke Pintu Syurga dan Syahadah adalah KUNCINYA.

      Andaikata Tuan MEMILIKI EMAS seluas BUMI lalu Tuan sedekahkan sebahagian emas tersebut kepada umat Islam, ALLAH swt TIDAK AKAN KIRA AMALAN TUAN sehingga Tuan mengimani Al-Quran. InsyaAllah, malah perkara UTAMA yang perlu Tuan jelas disini adalah apabila Tuan mengaku beriman kepada Taurat dan Injil, maka Taurat dan Injil tidak akan membiarkanmu melainkan akan membawa Tuan untuk beriman kepada Nabi Muhammad saw.

      Nabi Muhammad saw BUKAN SEKADAR ORANG SOLEH1, Baginda Rasulullah saw adalah Kekasih Allah, manusia pertama yang akan masuk kedalam Syurga Firdaus. Sejak penciptaan Nabi Adam a.s sehingga ke Hari Kiamat TIDAK ADA MANUSIA yang lebih BESAR AMALA IBADATNYA terhdap Allah swt melainkan Nabi Muhammad saw.

      Menyentuh berkenaan Nabi Isa a.s, bahawa Nabi Isa a.s akan datang di akhir zaman ini sebagai salah seorang dari umat islam dan apabila nabi isa a.s bergabung dengan Imam Mahadi iaitu Khalifah Rasulullah saw dari keturnan Ahlul Bait, maka mereka akan perintah Dunia ini mengikut Syariat Islam secara total.

      Nabi Isa a.s (Jesus) akan memerintah dunia ini sama seperti pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin Al-Muhdiyin iaitu Nabi Isa a.s memerintah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Allah swt berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud;

      Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka. (Surah An-Nisa’ 4:159)

      By, Penghibur

    • HambaNya berkata:

      gembira rasanya bila semakin ramai yang beriman kepada Allah. semakin ramai yang mencintai Allah dan yakin bahawa Allah tidak akan meninggalkan kita dalam kegelapan/kekeliruan. Mintalah kepada Allahmu untuk memberikan hidayah dan kefahaman di dalam hatimu.

      Dulu saya tidak menyukai Nabi Isa a.s kerana fikir saya yang jahil ini kerana bagindalah terciptanya agama Kristian sehinggalah saya menemui dalam al-quran
      surah baqarah :ayat 253
      Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian mereka atas sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa derajat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya.

      Surah Al-Imran (Ibn Maryam) ayat 45 (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: “Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putra yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putra Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah),

      Surah Al-Maidah ayat 110 (Ingatlah), ketika Allah mengatakan: “Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) di waktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup padanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah), waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israel (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir di antara mereka berkata: “Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata.”

      A-mAidah ayat 116-118..Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai Isa putra Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?” Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang gaib-gaib”.

      Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan) nya yaitu: “Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu”, dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan (angkat) aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.

      Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

      Kesimpulan yang saya dapat dari Al-quran (Kalam Allah) adalah Nabi Isa a.s adalah seorang rasul yang Allah pilih untuk menyampaikan kebenaran. Hanya pengikut baginda yang taksub yang mencemarkan kebenaran tersebut. Bukan baginda yang mahu dirinya disembah, baginda mengajak manusia menyembah Allah. Malah, Nabi Muhammad s.a.w pada awalnya menerima wahyu menceritakan isi-isi al-quran mengatakan Nabi Isa adalah pesuruh Allah. Bacalah Al-quran dgn memohon kefahaman dari Allahmu bukan dengan prejudis. Sekiranya surah Muhammad kau katakan penuh dengan kekejaman, adakah kau menuduh al-quran itu ciptaan manusia dan bukan dari Allah?

  7. rauha berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    שלום עליכם,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    לשמוע, ישראל: ה ‘אלוהינו, ה’ אחד,
    יהי שם של הממלכה המפוארת שלו לנצח נצחים.

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Salam Damai untuk saudara,

    Saudaraku,

    Kenyataan saudara: >>>>
    Andaikata Tuan MEMILIKI EMAS seluas BUMI lalu Tuan sedekahkan sebahagian emas tersebut kepada umat Islam, ALLAH swt TIDAK AKAN KIRA AMALAN TUAN sehingga Tuan mengimani Al-Quran. InsyaAllah, malah perkara UTAMA yang perlu Tuan jelas disini adalah apabila Tuan mengaku beriman kepada Taurat dan Injil, maka Taurat dan Injil tidak akan membiarkanmu melainkan akan membawa Tuan untuk beriman kepada Nabi Muhammad saw.

    Saudaraku, siapalah kita hendak menjadi hakim akan hal amal ibadat? Kami diharamkan untuk berfikir untuk mengukur dan risau akan amal ibadat. Ini kerana itu urusan Yang Maha Tinggi. Seandainya seorang itu kafir ataupun tidak beriman dan bukan juga dari Bani Israel dan Muslim, seandainya Yang Maha Tinggi menginginkan seseorang itu masuk ke dalam syurga, maka ia akan berlaku juga. Meski pun seorang yang soleh dan amanah serta jujur, seandainya Yang Maha Tinggi menginginkannya dilemparkan ke dalam neraka, maka berlakulah. Jangan sesekali menjadi hakim akan hal ini. Ini kerana amal ibadat kita adalah URUSAN YANG MAHA TINGGI SECARA MUTLAK.

    Lihatlak kisah, perempuan Samaria yang bertemu dengan Yeshuah HaMashiach dan baginda meminta air, perempuan itu enggan memberikan air yang diminta, dan Yeshuah HaMashiah menawarkan AIR YANG HIDUP kepadanya iaitu beriman kepadanya. Perempuan itu setuju untuk beriman kepada Yeshuah HaMashiah. Bahkan Yeshuah HaMashiah dan muridnya tinggal di Samaria selama 3-4 hari dan mengajar/berdakwah disitu.

    Berbalik kembalik kepada kisah perempuan Sidon, dalam kisah anjing dan tuan empunya sisa makanan, kita dapat tahu dan juga mengerti bahawa Yeshuah HaMashiah bertindak dalam dua bentuk. Perkara yang pertama ialah mengatakan bahawa baginda adalah UTUSAN Kepada Bani Israel sahaja. Kami bersetuju dengan hal ini. Saudara tentu setuju juga akan hal itu. Perkara yang kedua pula adalah, Yeshuah HaMashiah melakukan atas tindakan kemanusiaan dan kenabian. Mustahil seorang nabi tidak memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan pertolongan. Dalam kisah itu juga kita dapat tahu bahawa :

    Matius 15:28

    Και ο Ιησούς αποκρίθηκε και του είπε: “Ω μητέρα, μεγάλο αδίκημα σε αυτό, τότε θα γίνει σαν kaukehendaki.” Και αμέσως το παιδί ανακτηθεί.

    Maka Yeshuah menjawab dan berkata kepadanya: “Hai ibu, besar imanmu, maka jadilah kepadamu seperti yang kaukehendaki.” Dan seketika itu juga anaknya sembuh.

    Yeshuah HaMashiah telah mengatakan kepada perempuan itu bahawa IMAN yakni KEYAKINAN DAN KEPERCAYAANNYA kepada Yeshuah HaMashiah yang telah menyelamatkannya. Oleh hal yang demikian maka fikir-fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan tafsiran sendiri wahai saudaraku.

    Oleh hal itulah kami memberikan teguran kepada pihak saudara agar membaca Kitab Suci Khabar Gembira dengan baik dan menyeluruh agar tidak terlepas pandang. Ini kerana Kitab Suci Khabar gembira kebanyakkannya ditulis dalam banyak analogi dan bidalan serta kiasan. Kebanyakkannya Kitab Suci Khabar Gembira tidak memberi maksud secara langsung, melainkan secara tersirat dan memerlukan kita berfikir.

    Saudaraku,
    Penghibur>>>>
    Apabila Allah swt menerima Taubat dari bani Israel dan juga Muslim, namun TIBUL sebuah persoalan, TAUBAT MENGIKUT SYARIAT MANA? Adakah Taubat dari umat israel dengan mengimani Kitab talmud atau Kitab Taurat dengan mengATASNAMAkan Nabi Musa a.s? Adakah ini Tuan?

    Seperti mana yang saya katakan tadi, soalan penerimaan TAUBAT itu adalah URUSAN YANG MAHA TINGGI. Syariat yang manakah? Bani Israel sudah pastinya akan menjawab melalui Kitab Suci Taurat. Kitab Talmud itu adalah perincian sahaja. Namun begitu, 75% Bani Israel menjadikan Kitab Talmud sebagai rujukan yang MUTLAK, 25% menolak Kitab Talmud. Mereka yang menolak Kitab Talmud kerana sangsi akan kebenaran dan kesahihan Kitab Talmud. Bani Israel telah diberikan syariatnya tersendiri dan mereka diperintahkannya untuk melaksanakannya. Begitu juga dengan Muslim. Saudara diberikan syariat tersendiri dan melaksanakannya.

    Kami juga tidak terlepas dengan masalah ini. 80% daripada penganut ajaran Yeshuah HaMashiah berpegang teguh kepada ajaran Kitab Suci (Taurat, Zabur,Injil) manakala 20% berkata bahawa Kitab Suci tidak boleh berdiri sendiri tanpa Tradisi Suci. 60% menolak Tradisi Suci kerana masalah sangsi dengan kebenaran dan kesahihannya. 40% percaya kepadanya pula. Mengapa perkara ini berlaku? Jawapannya amatlah mudah kerana manusia itu lebih suka mencari sesuatu yang mudah dan senang. Seandainya mereka tertakluk secara mutlak kepada Kitab Suci, maka mereka merasakan diri mereka terhalang. Nafsu dan ketamakkan mereka mengatasi segalanya. Oleh hal yang demikian mereka menjadikan Tradisi Suci sebagai jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka.

    Keadaan ini sama juga dengan Bani Israel dan kisah Kitab Talmud dan Kitab Taurat. Kitab Taurat menghalang hawa nafus mereka akan kuasa, harta, wanita dan dunia, maka mereka menciptakan satu lagi Kitab iaitu Kitab Talmud yang dikatakan oleh mereka memberikan perincian yang lebih mutlak. Hal ini pernah diungkit oleh Yeshuah HaMashiah dalam Kitab Suci Khabar Gembira. Yeshuah HaMashiah berkata kepada golongan itu, mereka adalah golongan yang hampir sekali dengan syurga (golongan yang alim), tetapi ingin menjatuhkan orang lain kerana sikap dengki mereka. Yeshuah HaMashiah amat marah akan golongan ini. Mereka mereka-reka sesuatu yang baru dan mengajar sesuatu yang baru, padahal perkara itu tidak berasaskan Kitab Suci Taurat dan Kitab SUci Zabur. Golongan ini menjadikan Kitab Talmud lebih afdal daripada kedua Kitab Suci tersebut.

    Masalah ini terus berlarutan sehingga sekarang sama ada dalam Bani Israel, para pengikut Yeshuah HaMashiah dan Muslim. Saya pernah bertemu dengan seorang saudara Muslim dan bertanyakan kepadanya berkaitan Al-Quran dan Hadith. Beliau berkata, beliau tidak percaya 100% kepada hadith dan menolaknya. Beliau berkata hanya percaya kepada Al-Quran sahaja secara mutlak. Sedangkan seperti mana yang kita tahu, bahawa Hadith (Sunnah Nabi) adalah salah satu daripada perkara yang harus diimani dikalangan Muslim. Jadi sama-samlah kita fikirkan. Masalah ini tidak hanya berlaku kepada kami dan Bani Israel sahaja.

    Seandainya saya dan saudara dapat berbincang secara akademik dan intelektual (berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing) akan permasalah yang berlaku dalam jemaah Muslim dan Yeshuah HaMashiah adalah lebih baik. Seperti soal perkahwinan, pembahagian harta, pengurusan, dan sebagainya. Saya bukannya ingin mengubah arah perbincangan, melainkan ingin berkongsi sahaja.

    Setiap butir kata yang saudara katakan disini saya hormati. Itu adalah pandangan dan pendapat dari pihak saudara. Namun demikian, saya juga meminta saudara menghormati pandangan dari pihak kami juga. Mengapa dan kenapa sesuatu itu berlaku sedemikian rupa? Itu adalah satu topik yang amat menarik.

    Misalannya kes perkahwinan dalam Gereja Yeshuah HaMashiah pada dewasa ini, mengapa tidak boleh berkahwin lebih, mengapa tidak boleh bercerai, mengapa paderi tidak boleh berkahwin? Saya sedia berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya bersama saudara. Saudara jangan pula membantah setiap pendapat saya, ini kerana itu adalah fakta dari pihak kami.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Rauha

      Salam sejahtera kepada kamu, semoga Allah swt memberi hidayah-Nya iaitu hakikat kebenaran dan tuan dapat beriman dengan cara yang diredhai Allah swt. Saya telah membaca tulisan Tuan, dan saya faham semuanya, saya melihat ada beberapa perkara yang tuan abaikan yang masih perlu kita bicarakan. oleh kerana Tuan ingin membincangkan dalam bab yang lain, maka kita jalankan sekaligus permintaan Tuan.

      Oleh itu saya memilih Topik HUKUM Perkahwinan. Tuan perlu menjelaskan apakah hikmah berkahwin hanya satu sahaja dan mengapa tidak boleh berpoligami? Kita jalankan sekali pembicaraan ini dengan pembicaraan kita dalam bab mengimani para nabi.

      Mohon Tuan jelaskan dalam hal perkahwinan dulu, saya akan kongsi sekaligus selepas itu, cuma saya tidak janji dapat membalas dalam masa yang singkat, kerana saya lebih banyak meluang masa saya di Masjid. Saya akan cuba secepat mungkin dalam masa yang sangat sesuai utk saya bahas. InsyaAllah, untuk pengetahuan Tuan, apa yang saya katakan pada anda BUKANLAH dari kemahuan saya sendiri tetapi berdasrkan SYARIAT dan KETETAPAN Allah swt berdasarkan Al-Quran, saya tidak membawa omong kosong.

      By, Penghibur

  8. Penghibur berkata:

    @Rauha

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)”. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Surah Ali’Imran 3:84-85)

    Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Surah Ali’Imran 3:110)

    Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. (Surah Ali’Imran 3:91)

    Semoga Tuan memperolehi hidayah Islam (mengimani Al-Quran), Tuan ini orang yang baik, namun terdapat sedikit kekurangan, dalam bahasa moden kita sebut umpama seseorang yang memiliki Kereta Mercedez, kereta yang cantik, sistem kereta yang hebat, minyak kereta pun cukup, TAPI TUAN TIDAK MEMILIKI KUNCI KERETA MERCEDEZ ni. Dapat melihat kecantikannya tetapi tidak dapat merasainya. Kereta Mercedez tersebut jadi TIDAK BERGUNA, ia hanya seperti perhiasan yang tidak membawa faedah kepada diri pemiliknya.

    Apabila saya mengatakan jika Tuan memiliki EMAS seluas bumi lalu Tuan sedekahkan separuh kepada umat Islam, Tuan jangan fikir bahawa Allah swt menerima kebaktian itu melainkan Tuan perlu bersaksi bahawa “Tiada Tuhan Yang Disembah Selain Allah dan Nabi Muhammad saw Adalah Rasul Utusan-Nya”. Saya memang tidak berhak menghakimi mana-mana individu, TETAPI saya hanya mampu mendoakan supaya Allah swt memberi Cahaya Atas Cahaya-Nya iaitu nikmat Islam.

    Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): “Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)”. Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Maidah 5:19)

    By, Penghibur

  9. Penghibur berkata:

    @rauha

    Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Tuan, semoga Allah swt memberi kesihatan dan kekuatan kepada Tuan. Semoga di kesempatan dan sisa-sisa kehidupan Tuan, Allah swt memberi cahaya kepada Tuan diatas Cahaya-Nya.

    Percayalah gunakanlah masa Tuan yang ada untuk meneliti dengan sebaiknya Kitab Suci Al-Quran. Latar belakang Tuan sangat hebat, jika boleh, saya pasti mengatakan Tuan adalah salah seorang Pendeta Nasrani di Negeri Sarawak.

    mengapa Tuan tidak menggunakan masa Tuan untuk berbicara dengan Mufti negara Brunei yang tuan nyatakan adalah ahli keluarga Tuan. Adakah Tuan tahu bahawa AUTORITI Mufti dalam Islam adalah WAJIB ditaati.

    Sebagai contoh, andaikata Mufti negeri Perlis menyatakan bahawa MEROKOK adalah HARAM, BUKAN setakat HARAM di negeri Perlis, tetapi di seluruh Malaysia, HUKUM ROKOK akan jatuh HARAM. Jangan sia-siakan hidup Tuan.

    Tuan ini orang baik, Tuan juga menyatakan Kasihi Allah dengan Segenap Hati, Jiwa Raga dan Akal Budi. Oleh itu saya menyarankan kepada Tuan supaya Tuan mengasihi apa yang dikasihi Allah swt. Allah swt sangat mengasihi nabi Muhammad saw. Marilah kembali kepada jalan yang diredhai Allah, seseungguhnya Allah swt Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

    Semoga Tuan mendapat Cahaya Islam, Tuan tidak akan mengetahui 4 perkara KECUALI melalui 4 perkara;

    (1) Nikmat Muda Tidak Diketahui KECUALI Tuan Sudah Tua.

    (2) Nikmat Sihat Tidak Diketahui KECUALI Tuan Telah Sakit.

    (3) Nikmat Aman & Damai Tidak Diketahui KECUALI Tuan Ditimpa Kesusahan dan Bencana

    (4) Nikmat Hidup Tidak Diketahui KECUALI Tuan Telah Mati.

    Tuan, saya tidak meminta apa-apa darimu, saya tidak meminta wang ringgit dari Tuan, saya juga tidak minta supaya Tuan memuja saya. Saya hanya minta Tuan menghargai Nikmat Hidup dengan menjiwai Islam dan mentaati Al-Quran dan As-Sunnah SEBELUM Tuan kembali kepada Allah swt.

    Saya telah memberikan Tuan KUNCI PINTU SYURGA, Saya juga telah berikan PENYULUH JALAN ke Syurga itulah Syahadah, Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga Allah swt memilih Tuan sebahagian dari manusia yang mendapat cahaya diatas Cahaya-Nya (Petunjuk yang DiredhaiNya). Amin

    (Surah Ta-ha 20:1-7)
    Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

    Yang Ikhlas,

    Penghibur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s