AL-MASIH ISA IBNI MARYAM VS AL-MASIH AD-DAJJAL

Posted: Julai 28, 2010 in Agama-Agama Dunia

Assalamualaikum wbt, kali ini saya ingin berkongsi berkenaan Al-Masih Isa Ibni Maryam iaitu salah satu dari nabi Ulul Azmi, dimana baginda akan datang untuk memakmurkan Kuasa Pemerintahan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Kedatangan Nabi Isa a.s di akhir zaman ini TIDAK MEMBAWA HUKUM BARU tetapi melaksanakan Kuasa Pemerintahan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahwa Rasulullah (saw) bersabda, “Demi Zat Yang jiwaku berada di tangan-Nya, putra Maryam benar-benar akan segera turun ke tengah-ketengah kamu sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, akan membunuh babi, dan akan menghapuskan jizyah. Harta saat itu akan melimpah sehingga tidak ada seorang pun yang akan menerimanya. Sehingga sujud satu kali saja kala itu jauh lebih baik dari dunia dan isinya”. (HR Bukhari)

Jabir bin Abdullah berkata, “Saya mendengarkan Rasulullah bersabda, ‘Umatku tidak akan berhenti berperang untuk membela yang benar hingga datang hari kiamat’. Rasulullah lalu bersabda, ‘Kemudian, turunlah Isa bin Maryam dan pemimpin mereka berkata, ‘Ke sinilah dan pimpinlah kami dalam sembahyang’, namun dia akan berkata, ‘Tidak! Sebab sebagian kalian adalah pemimpin untuk sebagian yang lain, sebagai penghormatan Allah terhadap umat ini'” (HR Muslim)

Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun antara saya dan Isa. Sesungguhnya, dia akan turun ke bumi. Maka jika kalian melihatnya, kenalilah dia. Dia adalah seorang laki-laki dengan ukuran sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Dia memakai dua baju kuning terang. Kepalanya seakan-akan ada air yang mengalir walaupun sebenarnya ia tidak basah. Dia akan berperang melawan manusia untuk membela Islam. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah. Allah akan menghapuskan semua agama di zamannya kecuali Islam. Isa akan menghancurkan Dajjal dan dia akan hidup di bumi selama empat puluh tahun dan kemudian dia meninggal. Kaum muslimin akan menyembahyangkan jenazahnya”. (Abu Dawud)

Adapun kenyataan ini merujuk kepada hadith Rasulullah saw, dimana berdasarkan hadith tersebut Rasulullah saw menjelaskan kepada kita bahawa PUNCA DUNIA ini MENJADI HURU HARA adalah disebabkan SALIB dan BABI. Oleh kerana itu TUGAS UTAMA Nabi Isa a.s apabila turun ke bumi adalah untuk memusnahkan PUNCA DUNIA INI MENJADI HURU HARA.

Persoalan akan timbul, mengapa SALIB dan BABI menjadi punca DUNIA MENJADI HURU HARA! Nah disini saya akan menjelaskan serba sedikit yang berkaitan dengannya. Adapun SALIB merupakan ajaran yang menyeleweng dari ajaran sebenar Nabi Isa a.s (Jesus). Ajaran TRINITI adalah merupakan kesinambungan daripada ajaran Penyembah Berhala. Apa yang jelas KRISTIAN didirikan dengan meng-ATASNAMA-kan Nabi Isa a.s dan merujuk kepada Kitab Taurat, Kitab Zabur dan Kitab Injil yang kemudiannya di-SATU-kan dalam sebuah KITAB yang disebut KITAB BIBLE.

Persoalan sekali lagi akan timbul, jika KRISTIAN didirikan dengan meng-ATASNAMA-kan Nabi Isa a.s dengan menggunakan pendekatan Kitab Taurat, Kitab Zabur dan Kitab Injil yang disatukan menjadi kitab Bible, maka siapa PELAKON UTAMA UNTUK KERJA-KERJA YANG BERBAHAYA LAGI KUFUR KEPADA ALLAH SWT? Tetap menjadi tanda tanya! Allah swt tidak membiarkan kita begitu lama untuk mendapat jawapan bagi semua persoalan ini, kerana KEBENARAN YANG HAK hanya milik Allah swt. Sesungguhnya ILMU Allah swt meliputi segala sesuatu, hanya Allah swt.

Menyentuh tentang BABI, BABI adalah PUNCA MANUSIA MENJADI JAHAT. Tidak perlu dihuraikan panjang-panjang berkenaan haiwan ini kerana diantara kita sudah sedia maklum akan haiwan ini. Mungkin ada yang bertanya jika BABI adalah PUNCA MANUSIA MENJADI JAHAT, mengapa Allah swt MENCIPTA BABI? Jadi saya pun akan bertanya kepada saudara sekalian, jika begitu MENGAPA Allah swt MENCIPTA SYAITAN? Kan bagus kalau Allah swt tidak mencipta Syaitan, maka tiadalah orang yang berlaku jahat. Jadi kunci jawapan untuk persoalan ini adalah, JANGAN SOAL mengapa Allah swt mencipta itu dan ini, kerana itu hak Allah swt, kita ni siapa? siapa kita ni nak mempersoalkan Allah swt? Mudah-mudahan kita semua dapat berfikir dengan baik dengan petunjuk dari Al-Quran.

Nah, kita teruskan perbincangan kita disini, BUKAN secara KEBETULAN, Nabi Muhammad saw menceritakan perihal Dajjal, dimana Rasulullah saw menegaskan bahawa DAJJAL juga disebut AL-MASIH, dengan kata lain PELAKON UTAMA ini bernama AL-MASIH AD-DAJJAL. Kita perhatikan seketika, apakah kaitan semua ini dengan AGAMA KRISTIAN? Juga menjadi tanda tanya. mari kita selidiki sabda nabi Muhammad saw berkenaan Al-Masih Ad-Dajjal.

Nabi Muhammad saw bersabda: “sesiapa yang MENGHAFAL 10 AYAT PETAMA SURAH AL-KAHFI maka dia akan dipelihara daripada fitnah Dajjal.”

Nabi Muhammad saw bersabda: “sesiapa yang MEMBACA 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi maka dia akan selamat dari fitnah Dajjal.”

Setakat ini maklumat yang kita perolehi adalah SURAH AL-KAHFI, kerana nabi Muhammad saw bersabda Surah Al-Kahfi adalah pendinding kepada Fitnah Dajjal. Mari kita baca sama-sama, ada apa dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi.

(Surah Al-Kahfi)

18:1 Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
18:2 (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
18:3 Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
18:4 Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
18:5 (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
18:6 Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
18:7 Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
18:8 Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
18:9 Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
18:10 (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.

PERHATIAN: Di dalam Surah Al-Kahfi, ayat nombor 4 MENJELASKAN bahawa Al-Quran MEMBERI AMARAN kepada orang yang mengatakan “ALLAH MEMPUNYAI ANAK”. Siapa yang mengatakan Allah mempunyai ANAK? Surah Al-Kahfi yang kita bincang sekarang benar-benar menyentuh tentang AGAMA KRISTIAN.

Kesimpulan setakat ini menjelaskan bahawa AGAMA AL-MASIH AD-DAJJAL yang mana dikenali di dalam dunia Kristian sebagai ANTICHRIST 666 adalah PENGANUT AGAMA KRISTIAN itu sendiri. mengapa Dajjal disebut sebagai Al-Masih? Juga patut direnungkan!

Sabda Nabi Muhammad saw : “Semenjak Adam diciptakan sampai berdirinya kiamat tidak ada hal yang lebih besar dari fitnah Dajjal.

Nah, Al-Masih Ad-Dajjal membawa FITNAH YANG SANGAT BESAR. Apakah FITNAH yang dibawa oleh Dajjal? Bahawa Dajjal akan mengaku sebagai Nabi Penyelamat, dengan kata lain Dajjal adalah “Nabi Pemyelamat Palsu” atau “Al-masih Palsu” dengan menggunakan/meniru identiti “Al-Masih Sebenar” iaitu Nabi Isa a.s. Mengapa Al-Masih Ad-Dajjal menggunakan identiti Nabi Isa a.s? Kerana Dajjal ingin mengumpul pengaruh yang besar dimuka bumi ini sekaligus dapat membawa lebih ramai manusia masuk ke dalam jurang NERAKA Allah swt. Inilah misi Iblis, Iblis sangat suka kalau anak-anak Adam ramai yang masuk neraka Allah swt bersamanya. Jangan lupa kisah Nabi Adam a.s dengan tipu daya Iblis dan janji Allah swt terhadap Iblis.

Setakat ini, kita dapat memahami bahawa Al-Quran sangat menentang kesahihan kitab Umat Kristian hari ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud;

(Surah Al-Baqarah 2:79)

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. 

KIita dapat memahami bahawa Kitab bible sangat dipengaruhi oleh Al-Masih Ad-Dajjal, dimana Dajjal menimbulkan fitnah dengan menggunakan institusi keagamaan dan menabur fitnah ke dalam ayat-ayat Allah, dimana Kebenaran dicampuradukkan dengan Kepalsuan. Tipudaya ini sangat halus sehingga kepalsuan ini menjadi akidah kepada mereka yang buta mata hatinya walaupun celik mata zahirnya.

Akhirkata, marilah kepada ISLAM, kerana ISLAM menjamin akan kebenaran yang hakiki kerana Al-Quran benar-benar datang dari Allah swt iaitu Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Saya akhiri dengan lafaz firman Allah swt yang bermaksud;

(Surah Al-An’am 6:115-116)

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. 

By, Penghibur

Komen-komen
  1. Penghibur berkata:

    @CosmicBoy

    Mudah-mudahan anda membaca artikel baru saya ni, semoga bermanfaat. Lanjutannya dalam perbincangan. Maklum.

    By, Penghibur

  2. Penghibur berkata:

    @All

    Samada saudara sekalin sedar atau tidak, mahau tidak mahu, suka tidak suka, BUKAN SECARA KEBETULAN, setiap kali adanya peperangan di dunia ini mesti ada kaitan dengan pengikut SALIB, perpecahan umat islam juga secara tidak langsung sangat berkaitan dengan mereka ni, penjajahan-penjajahan yang dilakukan diseluruh dunia seperti yang kita sedia maklum semuanya berkaitan dengan SALIB. Paling kurang, pengikut inilah selalu menjadi orang tengah yang menyebabkan pertelagahan.

    Kita tidak mahu menjadi insan yang suka menuduh tanpa adanya bukti, tetapi kita dapat lihat hakikat di sekeliling kita, semuanya begitu jelas, bagaimana penyebaran Agama Kristian di lakukan di seluruh dunia, malah di Tanah melayu, siapa di antara kita yang tinggal di negara tercinta ini, tidak mengetahui sejarah masa lalu.

    Begitu juga dengan sejarah Khalifah islam yang terakhir dari Turki Uthmaniah yang dipunah ranah oleh British dengan mengKAMBING hitamkan Mustafa Kamal Attarturk, dengan pengaruh Kuasa British, akhirnya 50 buah Negara-Negara Islam dipecah perintah dan kemudian munculllah yang kita dengar sehingga kini iaitu OIC, sebuah pertubuhan yang tidak mengikut landasan syarak.

    Jadi sebagai umat islam, kita WAJIB memahami mendirikan KEKHALIFAHAN adalah WAJIB, saya ulangai, WAJIB kita mendirikan keKHALIFAHan islam di dunia. jika kita mempunyai kesedaran dan faham betapa pentingnya hal ini, maka ISLAM akan disegani sekali lagi diseluruh dunia pada saat dan ketika ini, jika tidak pada saat dan ketika ini, maka saat itu tetap akan tiba kerana Rasulullah saw berjanji bahawa Allah swt akan menyelamatkan Islam dan Islam akan memerintah dunia, sebelum menjelasng tanda-tanda kiamat besar yang bakal menyusul sesudah itu. wallahu’alam.

    By, Penghibur

  3. Penghibur berkata:

    @CosmicBoy

    Entah kenapa lah ko minat sangat nak bincang dengan aku ni, baik awak ajak Ahmad Nizam, dia lebih berpengetahuan luas. Pendek kata, dia tu level da’i Islam

    By, Penghibur

    • CosmicBoy berkata:

      Gini brur, di FK banyak aturan, itu dibuat supaya alur diskusi bisa berjalan dgn santun dan tidak OOT. Jadi fair khan. Lagian, pihak Kristen tidak dibenarkan menanyakan atau membahas Islam sebaliknya netter2 Islam diberi kebebasan untuk menanya ajaran2 Kristen semau mereka, apa bukan advantage bagi kalian, jadi nunggu apa lagi brur, ayuh ke sana aja.

      Btw, saya juga sudah menghubungi sdr Ahmad Nizam, buat masa ini belum diresponi.

      Silakan.

      • ibrahim diron berkata:

        @CosmicBoy

        satu soalan yang jelas. kitab injil versi inggeris menyatakan Yahweh adalah Tuhan tetapi kitab injil versi melayu menyatakan Allah adalah Tuhan. Apa pula nama Tuhan di kitab injil versi india dan cina. Nama Tuhan yang mana satu betul? harap jawab dengan jelas untuk pengetahuan umum.

        • CosmicBoy berkata:

          Al-Kitab cuma 1, terjemahannya yang banyak…hahaha.

          Antaranya bahasa Inggris, mengerti?

          Yahweh ialah nama sesembahan umat Yahudi.

          Allah bukan nama sesembahan.

          Allah dalam bahasa Inggris disebut God, gituh lho.

          Dalam bahasa Arab dan Indonesia-Malay, kata ‘God’ diterjemahkan sebagai Allah, Lord diterjemahkan sebagai Al-Rabb’ dalam bahasa Arab dan Tuhan dalam bahasa Indonesia-Malay.

          Mengerti ngga nih (kayaknya ngga sih)?

          Kalian orang Malay.

          Sila tunjukkan bahwa orang Malay bisa berdiskusi secara intelegent.

          Jangan seperti kodok dalam tempurung kelapa!

          Apa ngga malu sama Muhammad.

          • Penghibur berkata:

            @CosmicBoy

            Sebaiknya kamu juga menjaga adab dan etika, kebenaran itu jelas wahai CosmicBoy, mengapa malu pada kebenaran. Apa perlu ada perbincangan antara kita? Saya sangat mengalu-alukan. Saya hairan mengapa sahabatmu Imankristian lari dari topik perbncangan asal, sedangkan dia tahu bahawa tujuan dialog antara saya dan dia (ImankRiten) adalah untuk mencapai satu titik pertemuan iaitu hakikat sebenarnya…mengapa malu?

            Jangan begitu…

            By, Penghibur

            • CosmicBoy berkata:

              Emangnya kamu ngomong apa sih…?

              Jadi selama ini kamu ngomong sama imankristen dengan pemikiran macam begitu ya (ngga karuan)…

              wuaduh.. he he he….kasian banget si Imankristen…

              • Penghibur berkata:

                @CosmicBoy

                Saya simpati dengan sahabatmu, jika dia ikhlas dan faham tujuan dialog tentu dia akan sampai ke satu tahap lebih dari sekrang…sayang sekali dia memilih diam…juga membawa 2 maksud…diam kerana dia faham apa hakikatnya dan diam kerana dia malu untuk menghadapi kenyataan.

                Sebaiknya buangkan sifat malu pada kebenaran kerana malu pada kebenaran akan membantutkan perkembangan minda dalam memahami perkara yang sebenarnya. So, keluarlah dari sig=fat malu yang langsung tak kena tempat.

  4. Penghibur berkata:

    @CosmicBoy

    Kalau berhajat sangat, bincang disini, sini tak perlu register

    By, Penghibur

  5. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada saudara Penghibur yang dihormati.

    Banyak kecelaruan yang timbul bila pendebatan agama menjadi kayu ukuran sipa benar dan siapa yang salah. Untuk tidak membuang masa dan tidak mau adanya pertelingkahan yang lebih lanjut, dengan hormatnya saudara penhibur diminta untuk menjelaskan pemahaman penghibur terhadap ayat Al-quran yang agung ini. Saya mengaku lemah dari segi agama dan tidak mampu saya menjawab semua soalan saudara, tetapi saya ingingkan didikan agama daripada saudara,

    Perhatikan ayat2 Al-quran dibawah;

    (Surah Al-Kahfi)
    18:9 Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ”Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

    (Surah Al-Anbiya’ 21:105-110)
    (105) Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”.

    (107) Dan TIADALAH KAMI MENGUTUSKAN ENGKAU (wahai Muhammad), melainkan untuk MENJADI RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM.

    “al-Baqarah” ayat 39 “Adapun orang-orang yang KAFIR dan MENDUSTAKAN ayat-ayat Kami (Allah), mereka itu penghuni neraka; mereka kekal didalamnya”

    Contohnya dalam Surah Maryam 19:67 di mana ada tertulis: Tiadakah manusia ingat, bahawa Kami telah menjadikannya dahulu, sedang dia belum ada suatupun.

    Firman2 diatas adalah merujuk kepada Allah yang SATU. Tapi kenapa dalam firman ini dia membahasakan diri-Nya sebagai “Kami”?? Bukankah kami bermaksud lebih dari satu?? Saya tidak akan menyangkal apa sahaja jawapan dari saundara Penghibur. Saya hanya mau mendengar dan inginkan penerangan yang tepat dari saudara.

    Semoga saudara Penghibur yang amat bijaksana dapat membantu saya yang hina ini. Mohon ampun dan maaf jika ada perkataan2 yang mengguris hati saudara. Apap apapun, saya sangat percya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang bueuk itu dari saya sendiri.

    Wasallam dan salam Damai untuk Allah yang Maha Esa.

    Freedy anak misid (freddymisid@yahoo.com)

  6. Penghibur berkata:

    @Freddy anak misid

    Assalamualaikum wbt kepada saudara, perlu dijelakan disini saya bukan ilmuan atau pakar, saya cuma seorang Muslim awam yang sentiasa mencari keredhaannya.

    PERSOALAN : NAHNU / KAMI yang digunakan sebagai kata ganti diri bagi Allah swt?

    (a) Berkenaan persoalan saudara berkenaan perkataan “NAHNU” (KAMI) yang digunakan sebagai kata ganti diri bagi Allah swt bukanlah persoalan besar dan boleh dijelaskan.InsyaAllah, secara umum dimanapun kita bertanya kepada mana-mana ustaz, mereka akan menjawab “NAHNU” (KAMI) yang digunakan Allah swt sebagai kata ganti diri-Nya adalah merujuk Allah swt dengan kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, hikmah-Nya. Sebagai contoh Allah swt berfirman yang bermaksud ;

    “Dan langit itu KAMI dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya KAMI adalah mempunyai KEKUASAAN YANG LUAS TIDAK TERHINGGA” (Ad-Dzariat 51:47)

    Pengguanaan perkataan ‘KAMI’ disini jelas menunjukkan Allah dengan kekuatan Dzat-Nya.

    (b) Inilah keistimewaan Bahasa Arab selain itu juga dimiliki oleh Bahasa Yahudi. ‘KAMI’ dalam Bahasa Arab dan Yahudi boleh digunakan untuk SINGULAR atau PLURAL (Kedua-duanya boleh digunakan). Sebagai contoh perkataan ‘ELOHIM’ jika diterjemahkan ia akan membawa maksud ‘TUHAN-TUHAN’. Tetapi orang Yahudi tahu Tuhan hanya ada SATU iaitu Allah Yang Esa, Satu yang BUKAN Dua, apatah lagi nak mengakatan Tiga, itu jauh sekali.

    ELOHIM jika diterjemahkan dalam konteks yang sebenarnya dalah membawa maksud “TUHAN YANG AGUNG” atau Tuhan dengan Kekuasaannya. Dalam perkataan lain seperti yang kita bincangkan adalah ‘NAHNU’ ia membawa maksud yang sama iaitu ‘NAHNU’ yang digunakan Allah swt untuk kata ganti diri-Nya adalah Allah swt dengan segala Kekuasaan-Nya, baik Mencipta, Memberi Rahmat, menyediakan Qadar dan Qadha dan segala-galanya.

    Mudah-mudahan perbincangan yang singkat ini jelas, kerana tujuan kita juga jelas untuk memahami erti sebuah perkataan yang Agung yang digunakan sebagai kata ganti diri bagi Dzat Allah swt Yang Maha Esa.

    By, Penghibur

  7. Mualaikumsalam saudara penghibur.

    Terima kasih di atas jawapan saudara. Pengertian yang baik dan bagus sekali dan saya menghormati pandangan saudara. Saya hanya terkilan bila mana ada “segelintir” orang Melayu kita juga mempersoalkan concep “triniti” orang Kristian yang juga membawa maksud sama seperti yang saudara telah katakan. Tetapi ramai orang akan membahaskan perkara ini bila kita terlalu ego untuk mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah.

    Saya amat menghormati saudara sebagai seorang Islam yang baik dan saya juga amat percaya kepada agama Islam. Disamping itu, saya juga menghormati agama Kristian kerana dalam family saya ada yang Islam dan ada yang Kristian. Kami tidak pernah bergaduh dan kami tidak pernah mengatakan siapa yang lebih berhak masuk syurga dan neraka. Kami serahkan penghakiman ini kepada Allah yang Maha Kuasa.

    Hanya saya selalu melihat banyak isu pendebatan diantara dua agama ini didalam internet malah menjadi buah mulut seluruh umat dan banyak perkataan yang tidak sesuai digunakan oleh para pendebat.

    Pada pandangan saya, Isu agama diantara Kristian dan Islam tidak seharusnya diperdebatkan untuk mengetahui siapa yang betul ataupun salah. Bagi saya isu ini hanya mengundang banyak kekurangan. Kristian harus menyatukan umatnya sendiri sebelum berdebat dengan Islam. Begitu juga sebaliknya dengan orang Islam. Saya berkata begini kerana dalam Kristian sejak ketiadaan Nabi Isa lagi sudah ada perbezaan pendapat sehingga timbulnya mazhab2 seperti Roman Katolik, Ortodoks, Anglicant, Protestant, SDA, SIB dan sebagainya. Begitu jua dengan Islam. Seplepas kewafatan Nabi Muhammad sudah berlaku ketidak seiringan dalam amalan dan pemahaman berlakunya kematian di sebelah keturunan Nabi Muhammad. Dari sini maka timbullah amalan seperti Sunni/Sunnah (Maliki, Hambali, Syafie, Hanafi), Syiah, Alawi dan sebagainya.

    Bila orang2 Islam dan Kristian sendiri sejak zaman dulu lagi sudah ada perbezaan pendapat, mana mungkin dizaman ini kita akan dapat meyatukan agama masing2. Maka lebih parahlah bila kita pula mendebatkan perbezaan agama yang diluar agama kita sendiri.

    Saya berpendapat dan memandang yang isu perbezaan agama Kristian dan Islam ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menentukan siapa betul dan siapa yang salah. Pihak Kristian akan mempertahankan haknya dan orang Islam akan menitik beratkan kebenaranya. Masing2 dengan pendapat sendiri tetapi kita telah lupa akan amalan yang lebih patut untuk kita ketengahkan, sepertinya… bagaimana kita harus membendung keruntuhan akhlak dalam meminum minuman keras, kes2 mengandung luar nikah, kes2 membunuh bayi, kes2 penagih, kes2 kesihatan, dan banyak lagi…. bagi saya, kedua-dua agama ini menegah dan melarang perkara yang telah saya sebutkan. Apa kata Islam dan Kristian bersatu didalam menanggani masalah ini dengan pertubuhan, perdekatan dan perlaksaan yang lebih memberi penumpuan kearah kebajikan sebegini daripada kita memfokuskan kearah ketidaksepahaman agama… saya sedih melihat pendebatan agama ini bila mana diantara kedua-dua agama, penghayatannya lebih kurang sama tetapi umat-umatnya tidak lansung mengamalkan apa yang disuruh.

    Dan kita pula sibuk dengan pemikiran yang hanya tertumpu kepada perbezaan, dan bukan tertumpu kepada titik persamaan dan melaksanakan dengan “zahir” apa yang kita sepatutnya buat. Pasal perbezaan agama, penagih, pencuri dan perogol pun boleh memberi pendapat. Malah dia orang akan mempertahankan juga agama mereka. Tapi apakah setakat mempertahakan agama itu sudah cukup tanpa amalan-nya? Sudah pasti tidak.

    Saya berpendapat, kita umat Allah ini harus hormat-menghormati kerana apapun agama dan pahaman yang wujud dibumi ini ada sebab2nya. Hanya Allah yang Maha mengetahui, kalau Kristian dan Islam merasa sangat yang dia orang betul, satukan semua mazhab didalam agama masing2 dulu sebelum ingin menyatukan agama orang lain. Dari situ maka lebih senang untuk kita berhujah atau memberi pendapat. Ini pandangan peribadi saya lah.

    Kepada saudara penghibur, apa kata saudara penghibur membentangkan topik yang menemukan titik persamaan diantara dua agama terhebat ini, dan kita membincangkan sama ada dari kesamaan pendapat atau perlaksaan yang sama dimana pendekatan agama ini lebih mesra dan sekaligus menunjukkan keindahanya daripada perbezaan siapa betul atau salah.

    Maaf dipinta seandainya ada perkataan yang mengguris hati penghibur. Niat di hati hanya untuk menyatukan umat dan menyeru kepada kebaikan disamping kita sama2 mencari jalan untuk bertemu dengan-Nya yang Maha Esa. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

    Asslamualaikum dan salam sejahtera.

    Freedy Misid

    • Penghibur berkata:

      @Freddy Misid

      Ceritalah sedikit, kamu ni siapa, asal mana, dan macam mana boleh bertemu dengan blog saya atau Tuan ni adalah salah seorang dari orang yang pernah berbicara dengan saya sebelum ni? jangan malu dan segan, kita mulakan dengan berkenalan. Itu lebih baik.

      By, Penghibur

  8. Assalamualaikum saudara Penghibur,

    Saya Freedy anak Misid berumur 33 tahun berasal dari Kampung Selampit, 94500 Lundu, Sarawak. Saya merupakan anak jati Sarawak yang di lahirkan di kebun getah. Mempunyai 11 adik beradik, 39 anak saudara dan 11 cucu saudara. Saya yang bungsu dari 11 orang adik-beradik dan kedua-dua ibu bapa saya sudah meninggal.

    Pengalaman hidup yang serba serbi kekurangan mendewasakan perwatakan dan pemikiran saya sendiri bila mana semua pekerjaan yang saya lakukan adalah di atas dasar kemahuan saya sendiri. Saya juga selalu teringatkan pesan abah saya dimana dia berkata “Apa-apapun yang berlaku dalam kehidupan kamu, sabar itu penting, buat baik itu mesti dan bila orang maki hamun awak, jangan balas balik, terima seadanya, tak tahan… kamu hendaklah megalah dan pergi”. Itulah pesan abah saya bila saya berumur 17 tahun.

    Saya pernah bekerja di kem kayu balak, bekerja jual ikan di Chow Kit dan sekarang bekerja di dalam bidang perhotelan dan menetap di Damascus Syria. Pengalaman kerja dalam perhotelan di Malaysia selama 16 tahun. Dari tidak boleh bercakap bahasa Ingris hingga boleh mengajar Yoga, Gym Instructor, Swimming Instructor, boleh mengurut dan bekerja dalam pelbagai jawatan, akhirnya sekarang menjadi Manager. Semuanya berkat kesabaran dan niat untuk diri saya untuk memajukan diri. Syukur kepada Allah juga kerana memberi kesihatan kepada saya dimana selama 14 tahun bekerja tidak pernah ambil cuti sakit.

    Saya berkawan dengan semua orang dan yang paling ramai kekawan Melayu. Saya suka juga dengan bab2 agama baik dari Alkitab mahupun dari Al-quran. Tidaklah berpengalaman luas tetapi biasanya saya membaca dan cuba mempratikan mana yang boleh diamalkan didalam kehidupan seharian.

    Saya terkilan sedikit dimana dalam bab2 penyakit, masalah kegemukan dan masalah kesihatan ini kurang dititik beratkan dalam ceramah. Kalau ada pun hanya sepintas lalu. Saya berpendapat hal2 sebegini harus dititik beratkan supaya shabat2 kita baik Islam dan Non-Islam boleh mempelajari sesuatu yang betul tanpa berserah kepada Takdir.

    Contohnya, soal sakit… selalu saya dengar nak buat macam mana dah takdir. Mati… nak buat macam mana dah takdir. Bercerai… nak buat macam mana dah takdir.. Tapi bila difahami secara mendalam… katalah kita kena penyakit kencing manis, rosak buah pinggang, darah tinggi, cancer paru2… apakah kita menyalahkan Takdir sedangkan benda ini berlaku atas kemahuan kita sendiri? Begitu juga mati bila merempit… adakah itu juga kita katakan Takdir? Bila bercerai?? Kata takdir tapi si lelaki atau si perempuan yang ada kekasih gelap yang menjadikan kehidupan bekeluarga jadi porak-peranda?

    Dalam agama tak suruh pun kita hisap rokok? Makan gula banyak2, makan asin banyak2, ajar merempit, cari pasangan ramai2… dan banyak lagi. Tapi ramai diantara kita berserah sepenuhnya tanpa melakukan apa yang disuruh.

    Saya juga pernah melihat orang Pas dengan Umno tak sehaluan dalam bab agama sedangkan sesama Islam sendiri. Begitu juga dengan perbezaan mazhab… Syiah dilarang sama sekali di Malaysia sedangkan dia orang pun beragama Islam yang menyembah Allah yang Maha Esa. Bila saya bergaul dengan depa2 ini, saya merasa kesihan. Mana yang saya dapat bantu, saya bantu seadanya dan meyuruh depa2 ni mengigati Allah dengan jiwa yang tenang. Tapi hati saya berasa sedih bila melihat pendebatan diantara Agama Kristian dan Agama Islam. Sebab pendebatan ini hanya akan menimbulkan ketidaksepakatan sampai ke penghujungnya sedangkan diantara kedua-dua agama pun dah ada masalah dalaman sendiri dari segi kesepakatan.

    Saya berasa bersyukur, ada family yang masuk Islam dan selebihnya Kristian, kami kata kepada mereka tiada agama yang tak baik. Semuanya menuju kebaikan. Kami bersyukur jika kamu dpat melaksanakan apa yang disuruh agama mu. Kami saling hormat-menghormati dan sampai sekarang kami tak pernah gaduh pasal bab2 agama hatta dari segi pendapat.

    Oleh yang demikian, adalah lebih berfaedah dan bermanfaat jika ruangan internet ini dipakai dengan niat untuk menyampaikan meseg kepada semua pihak baik yang Muslim atau Non-Muslim. Tapi kalau meseg hanya untuk membezakan agama, maka pendebat akan terbahagi kepada dua pihak. Tapi bila topik yang berfaedah seperti masalah kesihtan ini tadi di ketengahkan, bukan sahaja orang Islam sendiri yang merasa kagum, malah orang Kristian pun akan terkejut melihat kelebihan sunah Nabi Mohammad dalam usahanya menjaga kesihatan.

    Begitu juga dalam perlakuan yang tidak bermoral, bila kita hujahkan dengan apakah sebab dan akibat dari perlakuan ini dari segi agama, maka ianya lebih bermanfaat kalau dibandingkan dengan perbezaan agama. Stakat perbezaan agama… pengkritik dan pendebat hanya melihat perbezaan bukan menitik beratkan amalan dan akidah. So pembaca Islam hanya akan baca ….aaa padan muka geng2 Kristian tu dah tak bleh jawab. Agama kita Islam juga yang menang. Begitu juga sebaliknya dengan orang2 Kristian…depo akan kata… apela orang2 Islam ni asyik menyebut depo je betul. Padahal baca buat kesimpulan sendiri… apakah sebenarnya yang kita perolehi nanti??

    Saudara penghibur, mohon mengundur diri dulu. Maaf dipinta andai ada bahasa yang mengguris hati saudara. Semoga ketemu lagi. Secara peribadi saya tidak tau sama ada kita pernah berjumpa. Kalau ada, maafkan saya kalau tidak mengenali saudara penghibur. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari saya sendiri.

    Semoga kita sama2 diberkati oleh Allah yang Maha Esa.
    Selamat berpuasa.
    Wassalam.
    Freedy Misid.

  9. Penghibur berkata:

    @Fredy Misid

    Assalamualaikum wbt kepada saudara, saya sebenarnya nak kongsikan sesuatu pada saudara, tapi biarlah saya jadi pendengar terlebih dahulu. Saya mengharapkan saudara menjawap beberapa persoalan penting sebelum saya melanjutkan perkongsian dari saya sendiri.

    (1) Apakah semua agama di dunia ini setaraf, apa pun agama seseorang itu tetap diterima Allah?
    (2) Apakah Mazhab dalam Islam sama pengertiannya dengan Denomnasi Kristian?
    (3) Apakah Akidah Islam sama dengan Akidah Kristian?
    (4) Apakah Bible Firman Allah dan bagaimana nak membuktikan bahawa Bible Firman Allah?
    (5) Apakah maksud Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan Syiah?

    Saya berharap saudara Freedy kongsikan sesuatu berkenaan soalan saya, sila jawab mengikut urutan nombor soalan, sila ringkaskan jawapan anda tetapi memenuhi konteks sebenar jawapan.

    By, Penghibur

  10. Mualaikomsallam wbt kepada saudara penghibur. Saya hanya menjawab mengikut pemahaman saya yang cetek dan melalui pengalaman hidup yang tak seberapa ini.

    1)Apakah semua agama di dunia ini setaraf, apa pun agama seseorang itu tetap diterima Allah?
    Pada pandangan saya, iman dan amalan hidup seseorang itu hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kerana kita semua adalah ciptaan-Nya dan melalui agama kita cuba mendekati-Nya.

    2)Apakah Mazhab dalam Islam sama pengertiannya dengan Denomnasi Kristian?
    Pandangan saya kurang pasti dan saya merasakan sudah pasti terdapat perbezaan kerana pemahaman dan pengertian yang berbeza.

    (3) Apakah Akidah Islam sama dengan Akidah Kristian?
    Saya berpendapat, mungkin banyak perbedaan tetapi saya percaya kedua-dua agama menuju kebaikkan.

    (4) Apakah Bible Firman Allah dan bagaimana nak membuktikan bahawa Bible Firman Allah?
    Perasaan hati saya mengatakan kalau ikut logik akal, ada yang betul dan ada juga keraguan (sedikit) yang timbul didalamnya, tetapi saya menyerahkan keimanan seseorang itu di tangan Allah untuk menentukan penghakiman di akhirat nanti.

    (5) Apakah maksud Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan Syiah?
    Saya tidak mengetahui secara terperinci. Secara menyeluruh Ahlu Sunnah Wal Jamaah adalah pengikut Khalifah2 (sahabat para Nabi Muhammad) yang menitik beratkan bahawa Al-Quran dan Hadith adalah sama pentingnya. Manakala golongan Syiah adalah orang yang mengikut keturunan Nabi – Dari Imam Ali ke seterusnya. Golongan Syiah menitik beratkan Al-Quran dahulu dan mempercayai Hadith yang tertulis dimasa penghidupan Nabi Muhammad. Mereka kurang percaya dengan Hadith yang ditulis dalam Ahlu Sunah Wal Jamaah kerana ada diantara Hadith itu tertulis selepas seratus tahun atau dua ratus tahun setelah kemangkatan Nabi Muhammad.

    Semoga penerangan yang sedikit ini dapat diterima seadanya oleh saudara penghibur. Dan semua pendapat ini adalah dari isi hati saya sendiri yang tidak dipengaruhi oleh mana2 individu.
    Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

    Wassalam
    Freedy Misid

  11. Penghibur berkata:

    @Freddy Misid

    Saya masih lagi nak bertanya beberapa soalan, seperti biasa kamu perlu menjawab mengikut urutan no.soalan supaya perbincangan ni berjalan dengan baik.

    (1) Adakah kamu pernah membaca Kitab Quran dan Terjemahannya?
    (2) Apa yang kamu faham tentang kebebasan beragama?
    (3) Apakah maksud dakwah dan islah?
    (4) Bagaimana dikatakan sebuah Kitab itu adalah Firman Allah?
    (5) Bolehkah sebuah Kitab yang merendahkan Tuhan ke taraf seperti haiwan dikatakan Kitab Tuhan?
    (6) Apa yang dimaksudkan dengan Kitab berdasarkan perbincangan ni?

    Semoga kamu menjawab dengan tenang, saya masih nak jadi pendengar dan insyaAllah saya akan kongsikan sesuatu selepas kamu. Ini lebih adil kerana saat ini saya bagi kamu peluang untuk berkongsi apa yang kamu faham tentang agama dan saya akan menjadi pendengar yang baik bagi kamu.

    By, Penghibur

  12. Assalammualakum saudara,

    Saya akan menjawab mengikut pengalaman hidup saya sahaja ya. Dan tiada penipuan dalam semua yang akan saya katakan.

    1) Tidak pernah dan hanya “sedikit” sahaja terjemahan yang dibaca.
    2) Bebas memilih agama tanpa paksaan dari mana2 individu.
    3) Kurang pasti. Mungkin tanggungjawab dalam penyebaran agama untuk mendidik dan untuk mengkhabarkan berita tentang kemuliaan agama kepada masyarakat.
    4) Bila ada kata2 yang tertulis dalam Kitab atau Al-quran yang mengatakan Allah berfirman.
    5) Saya kurang pasti dengan soalan saudara ini. Tapi kalau ada pengertian yang sedemikian, sudah pasti tidak boleh.
    6) Terus terang saya katakan yang saya kurang arif untuk menjawab soalan ini.

    Saya akan sedia mendengar dengan ikhlas dan jika ada persoalan, saya akan kemukakan dengan jujur juga kepada saudara.
    Semoga diberkati di Hari Rebaran ini. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

    Wassalam,
    Freedy M

  13. Penghibur berkata:

    @Freedy

    Saya mohon maaf, sekarang saya agak sibuk, nanti saya usahakan untuk berkongsi dengan anda tentang apa yang kita cuba bincangkan setakat ini.

  14. armintina berkata:

    maaf ye bertanya mengenai topik anda penghibur..mengapa banyak akhir akhir ini bercerita hal dajal dan isa tapi bile perkara itu akan berlaku yakni dajal itu bila kite bole melihat aksinya?

    • Penghibur berkata:

      @Armintina

      Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Isu berkenaan Al-Masih Ad-Dajjal ni, adalah peringatan dari Nabi Muhammad saw atas perintah Allah swt kepada manusia. Kita tak dapat memastikan secara KHUSUS bila Al-Masih Ad-Dajjal akan keluar..namun tanda-tandanya ada. Pengajaran dari peringatan ni adalah supaya kita bersiap sedia dari segi iman dan taqwa kita kepada Allah swt dan bersedia menghadapi hari akhir kita secara peribadai dan hari akhir alam semesta.

      Kita perlu faham rahsia Allah swt tetaplah rahsia dan hanya dia yang mengetahui. Kita sendiri mendapat maklumat hanya dari tanda yang nabi saw berikan, kita perlu mengimani dan yakin bahawa perkara ni pasti berlaku dan sekali lagi dunia akan diperintah oleh Khalifah Muhammad bin Abdullah (Imam Mahdi).

      Semoga jawapan ringkas ni memberi sedikit gambaran kepada kita. InsyaAllah.

      By, Penghibur

  15. Swag Dress berkata:

    Absolutely composed articles, thank you for information. “The earth was made round so we would not see too far down the road.” by Karen Blixen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s