Arkib untuk Jun, 2010


Assalamualaikum wbt, salam sejahtera kepada semua, sudah terlalu lama saya tidak menulis sebarang artikel, terdetik pula saya kali ini untuk menulis sebuah artikel yang dikira penting untuk saya kongsi bersama iaitu “Agama Para Nabi”. Terlalu ramai orang yang membuat penilaian salah dalam hal ini, dan perlu diambil tahu dan fahamPengiktirafan ISLAM kepada suluruh para Nabi dari Nabi Adam a.s sehingga Nabi Isa a.s TIDAK MENGIKUT PANDANGAN ORANG atau KAJIAN MANUSIA.

Tetapi ISLAMnya Para Nabi itu kerana Allah swt MENYATAKAN dalam banyak Firman-Nya di dalam Al-Quran bahawa Nabi Adam a.s adalah seorang Islam, Nabi Nuh a.s adalah seorang Islam, Nabi Ibrahim a.s adalah seorang Islam, Nabi Ismail, Nabi Ishaq adalah Islam, Nabi Yaakub sehingga kepada Nabi Isa a.s semuanya adalah ISLAM. Kemudian Allah swt menyempurnakan Ilmu Islam sebagai Fitrah seluruh alam pada Era nabi Muhammad saw.

(Surah Al-Hajj 22:67-70)

(67) Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.

(68) Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

(69) “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”.

(70) Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.

Iman Para Nabi, dari Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Isa a.s adalah IMAN ISLAM. Al-Quran mengiktiraf Nabi-Nabi adalah ISLAM dan mengikut syariat yang ditetapkan Allah swt kepada mereka dizamannya.

(1) NABI-NABI ALLAH SWT TIDAK PERNAH MINTA DISEMBAH SEPERTI TUHAN

(Surah Ali’Imran 3:79-80)

Tidak patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam? 

(2) PERJANJIAN PARA NABI

(Surah Ali’Imran 3:81)

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang MENGESAHKAN apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.” 

(3) UMAT ISLAM BERIMAN KEPADA AJARAN NABI-NABI SEBELUMNYA

(Surah Ali’Imran 3:83-85)

 sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, DAN SEKALIAN NABI-NABI DARI Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)”. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. 

PERHATIAN : Perkataan ARAB yang digunakan untuk menjelaskan Agama Para nabi adalah “MUSLIMUN”. Sila rujuk TEKS Quran.

(4) AGAMA NABI IBRAHIM A.S

(Surah Al-Baqarah 2:130-140)

(130) Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

(131) (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

PERHATIAN : ISLAM bermaksud “Tunduk”, “Patuh”, “Berserah Diri” HANYA KEPADA Allah swt SAHAJA. Untuk lebih maklum rujuk TEKS Quran. Untuk menjelaskan maksud Berserah Diri di dalam ayat tersebut Allah swt menggunakan perkataan “ASLIM”, ASLAMTU”.

(132) Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka JANGANLAH KAMU MATI MELAINKAN KAMU DALAM AGAMA ISLAM”.

PERHATIAN : Dalam ayat ini perkataan yang kita dapat baca adalah “WA ANTUM MUSLIMUN”. Nabi Ibrahim berpesan kepada anak cucunya supaya JANGN MATI KECUALI DALAM MEMELUK AGAMA ISLAM. Ayat yang sangat jelas.

(133) (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”.

PERHATIAN : Dalam ayat ini perkataan yang kita dapat baca adalah “WA NAHNU LAHU MUSLIMUN”.

(134) Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.

(135) Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: “Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk”. Katakanlah (wahai Muhammad: “Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah dia (Ibrahim) dari orang-orang musyrik”.

PERHATIAN : Ayat ini menjelaskan bahawa umat ISLAM mengikuti AGAMA NABI IBRAHIM yang lurus, menTAUHIDkan Allah swt.

(136) Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”.

PERHATIAN : Perkataan yang kita dapat baca dalam ayat ini adalah “WA NAHNU LAHU MUSLIMUN” Semuanya jelas menunjukkan agama Para Nabi adalah ISLAM.

(137) Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(138) (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

(139) Katakanlah (wahai Muhammad): “Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

(140) “Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

PERHATIAN : Allah swt MENEGASKAN bahawa apakah kamu menyatakan bahawa para Nabi itu adalah Penganut Agama Yahudi atau Nasrani? Tidak sekali-kali, Allah swt menjelakan dengan sempurna hakikat ini. Bahawa Allah swt MENGIKTIRAF bahawa Nabi-Nabi Allah swt sebelum kedatangan nabi Muhammad saw adalah ISLAM!

(5) ISLAM SEJAK DAHULU

(Surah Al-Hajj 22:78)

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, UGAMA BAPA KAMU IBRAHIM. Ia menamakan kamu: “ORANG-ORANG ISLAM” SEMENJAK DAHULU dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. 

PERHATIAN : Perkataan yang kita dapat baca di dalam TEKS Quran adalah “..HUWA SAMMAKUMUL MUSLIMINA..”.

KESIMPULAN : Setakat ini, TEKS Al-Quran menjelaskan dan menyatakan bahawa Nabi-Nabi Allah swt sebelum nabi Muhammad saw adalah ISLAM dan perjuangan mereka adalah ISLAM. Hidup mati perjuangan Nabi-Nabi Allah swt sebelum Nabi Muhammad saw adalah ISLAM.

By, Penghibur