BAGAIMANA MEMAHAMI ALLAH MAHA KUASA TANPA BATASAN?

Posted: Februari 20, 2010 in Agama-Agama Dunia

Assalamualaikum wbt kepada saudara serta saudari yang saya hormati sekalian, semoga anda sekalian sihat sejahatera di samping keluarga tercinta dan tersayang. Kali ni saya nak kongsi tentang “Allah Maha Kuasa Tanpa Batasan, Bagaimana Memahaminya?” Kita seringkali membicarakan Allah Maha Kuasa dan Allah swt boleh melakukan apa yang dikehendaki-Nya, tetapi cara kita memahami itu ada yang membawa kepada kerosakan akidah.

Bila kita sebut “Allah Maha Kuasa”, maka kita patut memahaminya dari nama “ALLAH” itu sendiri. Mesti ramai yang akan bertanya, kenapa harus memahami nama “ALLAH” itu sendiri. Kunci jawapan untuk Ilmu Mengenal Allah ini terletak pada nama “ALLAH” itu sendiri. Jika kita menguasai (memahami dengan bijaksana) Kalimah “ALLAH” ini, TIADA SEORANGPUN yang sanggup KAFIR kepada Allah.

Kalimah Allah ini menunjukkan Esa pada Dzat-Nya dan tidak boleh dipecah atau dibahagikan kepada bentuk lain. Allah swt Maha Sempurna, kerana jika kita mengharap kesempurnaan daripada manusia, kita takkan dapat, kerana Maha Sempurna itu hanya milik Allah SAHAJA, yang mana tidak dimiliki oleh sesiapapun dan ini menunjukkan Allah swt Maha Kuasa Tanpa Batasan.

Ada pihak yang suka menterjemahkan suatu yang tidak boleh diterjemahkan kepada bentuk lain, mereka tidak begitu berhati-hati dan tidak memahami kesilapan demi kesilapan mereka, padahal Allah swt telah menegur sikap ini, Rasul-Rasul Allah bukan sedikit dimuka bumi ini dan wajib kita faham perjuangan para nabi ini.

Konsep Iman dan Tauhid kepada Allah swt dari semua Nabi adalah sama dan tidak berubah, yang berubah adalah perubahan zaman dan perubahan keperluan, namun begitu Allah swt Maha Kuasa Tanpa Batasan dan sedia mengetahui tanpa ada sesiapa yang memaklumkan-Nya. Masa lalu, masa kini dan masa akan datang telah tamat disi Allah swt.

Sekali lagi ditegaskan penterjemahan Kalimah “ALLAH” kepada perkataan “GOD” sangatlah lemah dan tidak setaraf, kita hanya boleh tegaskan disini perkataan “GOD” hanya sekadar kata ganti nama. Sama seperti apabila Islam menyatakan “Ad-Deen”, terjemahan bagi perkataan ini dalam Bahasa Inggeris adalah “RELIGION”. Kita patut faham bahawa terjemahan “AD-DEEN” kepada “RELIGION” sangat tidak sempurna dan kurang tepat. Sebabnya adalah apabila kita sebut “RELIGION” ia hanya sekadar membawa maksud “AGAMA” semata-mata dan penafsiran terhadap “AGAMA” sangat terhad bagi penganut AGAMA selain ISLAM. Tetapi apabila kita memahami seperti yang diajar dalam ISLAM tentang “AD-DEEN” ia lebih mendalam dan merangkumi semua aspek, dari segi Politik, Ekonomi, Sosial, Kerohanian dan sudah pasti “AD-DEEN” membawa maksud semua aspek dalam kehidupan dunia dan akhirat mahupun didalam tampuk pemerintahan. Beginilah bagaimana kita harus memahami “AD-DEEN” seperti yang dijelaskan Al-Quran.

Ada satu kisah dimana, seorang budak ingin mandi di sungai dan dia minta kebenaran dari Bapanya, TETAPI Bapanya melarang dari anaknya mandi disungai tersebut kerana Sungai itu ada BUAYA. Satu hari Bapa budak ni dia kerja outstation, budak ni pergi tanya kat kawan dia yang pertama, katanya “Bagaimanakah Rupa BUAYA?” kawannya menjawab ; “BUAYA ni, rupanya (wajahnya) macam BIAWAK”. Kemudian budak ni tak puashati, dia bertanya pada kawannya yang lain “BUAYA dan BIAWAK tu macam mana rupanya?” kawannya menjawab; “BUAYA dan BIAWAK tu macam rupa CICAK!”

Budak tadi pun berfikir, kalau rupa BUAYA macam CICAK, buat apa nak takut, itu tidaklah merbahaya. Akhirnya budak ini mati dibaham BUAYA yang disangkanya CICAK. Saya yakin kita faham dengan cerita ni, disebalik cerita ini perkara yang saya ingin kongsikan adalah bahawa tidak mustahil segala keimanan kita terhadap Allah swt akan rosak tanpa adanya sandaran yang kukuh serta rujukan sahih.

Nah, inilah yang berlaku pada penterjemahan kata-kata, setiap terjemahan akan membawa kepada perubahan maksud TEKS ASAL, terjemahan ini TIDAK SEUNGGUL TEKS. Begitu juga bahan-bahan rujukan atau cerita yang disampaikan turun-temurun dan tiada periwayat yang sahih, jelas ia boleh ditolak kerana dasar rujukan yang lemah.

Jika ada pihak yang memandang sebelah mata dan hanya melihat secara zahirnya, maka begitulah level pemikiran mereka sentiasa sempit, boleh juga kita katakan mereka itu golongan yang tidak dilapangkan dada mereka, dada mereka sangat sempit disebabkan Ilmu yang cuba mereka sampaikan adalah hasil pemikiran dan terjemahan otak mereka yang terbatas dan perkara yang jelas adalah sumber mereka iaitu kitab yang ada pada mereka SELAIN dari Al-Quran BUKANLAH Kalamullah. Pengiktirafan Kitab Agama selain Kitab Al-Quran bergantung kepada kata perintah Allah swt di dalam Al-Quran.

Menyentuh tentang Allah Maha Kuasa Tanpa Batasan, tidak ada satu pegangan atau akidah di dunia ini yang dapat mengatasi penjelasan Al-Quran. Mungkin ramai yang menuntut bahawa penggunaan nama “ALLAH” sebelum Islam Era Nabi Muhammad saw digunakan secara meluas, dan nama ayahanda Nabi Muhammad saw juga bernama Abdullah iaitu “Hamba Allah”. namun begitu, ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh tentang mereka mengetahui nama ini “ALLAH” bukan jadi permasalahan utama dalam perbincangan ini, yang menjadi titik ukur permasalahannya adalah sejauh mana manusia memahami Dzat Allah swt iaitu Tuhan Semesta Alam. Jika tahu nama “ALLAH” tapi mensyirikan-Nya kepada sesuatu yang lain, maka tiadalah gunanya.

Sesiapapun boleh menuntut bahawa dia beriman kepada Allah, tetapi bagaimana dikatakan beriman kepada Allah swt? Beriman kepada Allah swt, wajib kita memahami Sifat yang berdiri pada Dzat Allah swt. Ada yang menuntut bahawa Allah Maha Kuasa dan Dia (Allah) boleh menjadi manusia dan itu mudah bagi Allah. Persoalan sebgini sangat rumit bagi manusia yang tidak dapat mengawal mindanya dengan baik.

Allah swt tidak boleh diletakkan pada tempat yang salah seperti Allah itu Lupa, Zalim, Menyesal, Bodoh, Kedekut atau lain-lain, KAFIR manusia menyifatkan Allah swt seperti makhluk, jika ada pihak menyatakan Allah swt maha Kuasa sehingga boleh menjadi Jesus (a.s), maka Allah swt juga Maha Kuasa untuk menjadi orang seperti Raja Namrud/Nimrod, Firaun, Krishna, Matahari kini dikenali sebagai Tuhan Matahari, Bulan, Bintang, Gunung, Tumbuh-Tumbuhan, Haiwan, Hamba Abdi, Sembahan Berhala seperti Osiris, Baachus, Ahli Sihir, Dukun dan lain-lain.

  1. Adakah begini cara kita memahami Allah Maha Kuasa Tanpa Batasan sehingga meletakkan Allah swt pada tempat yang menghina Allah swt itu sendiri?
  2.  Adakah patut hamba-hamba Allah swt meletakkan sifat yang boleh menimbulkan FITNAH terhadap Allah swt?
  3. Mengapa pemikiran manusia begitu singkat dalam menjelaskan suatu yang tidak boleh dijelaskan oleh AKAL manusia?

Di atas sebab-sebab ini maka apabila Dalil Aqli sampai diperbatasan kemampuannya, maka WAJIB kita merujuk Dalil Naqli iaitu sumber dari Allah swt kepada manusia, apakah sumber itu? Al-Quran dan Hadith Rasulullah saw. Untuk menjawab soalan-soalan berkenaan Ke-Mahakuasaan Allah swt tanpa batasan adalah merujuk kepada terjemahan Al-Quran berikut;

“Katakanlah (wahai Muhammad); Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dan DIA TIADA SESUATUPUN YANG SERUPA DENGAN-Nya.” (Surah Al-Ikhlas 112:1-4)

Mengapa saya kerap menggunakan Surah Al-Ikhlash ni? kerana ia mudah di ingat dan diserap kedalam minda seseorang, baik Muslim mahupun BUKAN Muslim saya juga berharap dan berdoa semoga Allah swt memberi hidayah kepada Umat Kristian untuk memahami wahyu Allah swt iaitu Al-Quran yang akan membawa mereka kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Allah swt Maha Kuasa SEHINGGA TIADA sesuatupun SERUPA dengan-Nya. Allah swt BERKEHENDAK tetapi Allah swt tidak berhajat kepada hamba-hamba-Nya. Disinilah sudut pandang yang tepat berkenaan Allah swt Maha Kuasa Tanpa Batasan, Subhanallah, Maha Kuasa Allah swt sehingga Dia tidak mampu diserupakan walau satu apa pun di alam ini dan tiada pula sesuatu itu mampu menyerupai Allah swt.

Ada golongan manusia yang sihat tubuh badannya, dan apabila dia menjalani Medical Check Up untuk seluruh Sistem Badannya, Doktor mengesahkan kesihatannya tanpa sebarang penyakit! Namun kita juga patut memahami, yang dikatakan sakit itu tidak semestinya yang ZAHIR pada PENGLIHATAN. Boleh jadi golongan yang sihat tubuh badan ini mempunyai penyakit yang sangat KRONIK iaitu PENYAKIT KEROHANIAN.

Apabila jiwa dibirkan dan tidak diisi dengan santapannya sebagaimana ZAHIRNYA TUBUH BADAN kita memerlukan santapannya, begitulah juga JIWA kita, DERITA JIWA ini akan membawa kepada KEMATIAN PADA JIWA ini sebagaimana kita pasti AKAN MATI JIKA KITA TIDAK MEMBERI MAKAN PADA TUBUH KITA. Begitu juga pada MATA KITA YANG ZAHIR NI, Mata Zahir ini sungguh terbatas, jadi jernihkan pemikiran kita sehingga kita MAMPU MELIHAT DENGAN MATA HATI. Apabila kita ikhlas dalam mengenal Allah dan Perintah-Nya, maka Allah akan beri cahaya-Nya kedalam hati kita sekaligus kita dapat melihat dengan 2 MATA iaitu MATA ZAHIR dan MATA HATI.

PERHATIAN : Beberapa bahagian dari artikel ini adalah olahan saya sendiri dan  sebahagian yang lain merujuk kepada Sesi Ceramah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dalam bab Tauhid. masih banyak yang saya tak kongsi dalam thread ni, tetapi saya akan lengkapkan di dalam perbincangan kita, InsyaAllah.

RUJUKAN : Ceramah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dibawah Topik Tauhid, Buku Bertajuk “HIDDAYATUL MUTAFAKKIRIN

By, Penghibur

Komen-komen
  1. Penghibur berkata:

    @Pace

    Salam sejahtera saya ucapkan pada saudara Pace, semoga sihat sejahtera disana. Apakata kita sambung perbincangan kita yang tertangguh begitu lama?

    Kali ini saya mahu membawa saudara Pace untuk membincangkan Allah Maha Kuasa Tanpa Batasan dan Bagaimana Kita memahaminya.

    Jika setuju, saya mulakan selepas ni.

    By, Penghibur

  2. Penghibur berkata:

    @All

    Untuk menjawap semua persoalan yang bersangkut paut ke-Mahakuasaan Allah swt, hanya dengan SATU KALIMAT sudah cukup untuk mematahkan HUJAH-HUJAH dari umat Kristian.

    Kalimat yang saya maksudkan itu adalah lafaz tasbih “SUBHANALLAH” yang bermaksud “Maha Suci Allah”.

    By, Penghibur

  3. Penghibur berkata:

    @Jeff/Pace

    Salam Sejahtera pd saudara Jeff

    Saya terus ingin bertanya;

    (1) Bagaimanakah anda memahami Allah Maha Kuasa Tanpa Batasan, Sila berikan rujukan ayat berdasdarkan Kitab Taurat dan Injil yang ada pada anda.

    (2) Apakah yang dimaksudkan dengan “AGAMA” berdasarkan Iman anda?

    (3) Bagaimana dikatakan Ajaran Agama yang sempurna?

    (4) Mengapa anda tidak mengimani Nabi Muhammad saw?

    By, Penghibur

  4. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Saya akan cuba menjawab persoalan yang saudara kemukakan kepada saya setakat yang mampu untuk saya bentangkan berdasarkan apa yang kami imani.

    (1) Bagaimanakah anda memahami Allah Maha Kuasa Tanpa Batasan, Sila berikan rujukan ayat berdasarkan Kitab Taurat dan Injil yang ada pada anda.

    Kami memahami Tuhan yang Maha Tinggi berdasarkan kalimah yang sering kali kami ucapkan dikala pagi dan petang serta tidak berkesudahan iaitu :

    שמע ישראל: יהוה אלוהינו, אדוני אחד

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Hear, O Israel: the Lord is our God, the Lord is One
    Deut 6:4

    Dalam kalimah ini kami dituntut untuk memahami Tuhan yang Maha Tinggi dalam berberapa perkara yakni :

    והוא אמר לו, האם אהבת אלוהים שלך עם כל הלב שלך, עם כל הנשמה שלך, עם כל הנפש שלך.

    And he said to him, Have love for the Lord your God with all your heart, and with all your soul, and with all your mind. Matt22:37

    Oleh hal yang demikian, kami dituntut untuk memahami Tuhan yang Maha Tinggi berdasarkan karya alam dan nur kasih-Nya yang tidak berkesudahan.

    (2) Apakah yang dimaksudkan dengan “AGAMA” berdasarkan Iman anda?

    Berdasarkan apa yang kami imani, “AGAMA” tidak membawa sebarang maksud. “AGAMA” tidak dapat menyelamatkan manusia daripada dosa kecuali “IMAN”. Kami ditutut untuk beriman kepada :

    1. Tuhan yang Maha Tinggi adalah Satu dan Tunggal serta Maha Kuasa.

    2. Beriman kepada Nabi Isa Al-Masih sebagai Jeruselamat (Al-Masih) yang diutuskan kepada seluruh alam dan bagi orang yang beriman kepada baginda.

    3. Beriman kepada Malaikat, Rasul dan Nabi berdasarkan kisah yang dicatatkan dalam Kitab Suci.

    4. Beriman kepada Kitab Suci yang telah diberikan kepada para nabi dan rasul.

    5. Beriman kepada Hari Pembalasan yang pasti akan datang tanpa disedari.

    (3) Bagaimana dikatakan Ajaran Agama yang sempurna?

    Ajaran yang sempurna adalah seperti yang telah dikisahkan kepada kami seperti berikut :

    הורים, בה הוא הכלל הראשי בחוק? והוא אמר לו, האם אהבת אלוהים שלך עם כל הלב שלך, עם כל הנשמה שלך, עם כל הנפש שלך. זה הראשון הכלל הגדול. ו שנייה כמו זה זה, יש אהבה כמו השכן שלך בעצמך. על שני כללים אלה את החוק ואת כל הנביאים מבוססים.

    Master, which is the chief rule in the law? And he said to him, Have love for the Lord your God with all your heart, and with all your soul, and with all your mind. This is the first and greatest rule. And a second like it is this, Have love for your neighbour as for yourself. On these two rules all the law and the prophets are based. (Matt 22:37-40)

    Perkara ini tercatat dalam Rukun Iman dan Rukun Ibadat.

    (4) Mengapa anda tidak mengimani Nabi Muhammad saw?

    Kami bukan tidak menerima dan beriman kepada Nabi Muhammad saw. Ini kerana mustahil bagi kami berkhidmat kepada dua tuan seperti yang dikisahkan kepada kami oleh Nabi Isa Al-Masih.

    ואני אומר לך את זה לכל מי העד נותן לי לפני גברים, בנו של האיש ייתן העד לפני המלאכים של אלוהים.

    And I say to you that to everyone who gives witness to me before men, the Son of man will give witness before the angels of God. (Lk 12:8)

    Amat mustahil bagi satu kapal mempunyai dua nakhoda saudaraku. Kami beriman kepada Nabi isa Al-Masih dan tiadk mungkin untuk kami beriman kepada perkara lain selain daripada yang telah diberikan kepada kami.

    Shallom

  5. Penghibur berkata:

    @Jeff/Pace

    JEFF =====> Oleh hal yang demikian, kami dituntut untuk memahami Tuhan yang Maha Tinggi berdasarkan karya alam dan nur kasih-Nya yang tidak berkesudahan.

    PENGHIBUR =====> Saya faham maksud anda dalam hal itu. Cuma yang saya ingin nyatakan dan persoalan adalah status Allah swt berdasarkan Kitab Taurat dan Injil yang anda miliki itu. Saya harap anda memahami soalan saya. Disinilah titik tolak sama ada kita merendahkan Allah ketahap seperti makhluk ataupun kita mengagungkan Allah swt sebagai Tuhan yang tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya, sama da Dzat-Nya, Sifat-Nya, perbuatan-Nya, kemahuan-Nya.

    (1) Bagaimana anda memahami Allah maha Kuasa Tanpa batasan? Adakah Allah Maha Kuasa sehingga Dia menjadikan diri-Nya seperti makhluk?

    (2) Apa penjelasan anda Jeff tentang ayat-ayat berikut;

    (a) 1 Samuel 15:35 -Tuhan Menyesal
    (b) Exodus 32:14 – Tuhan Menyesal
    (c) Kejadian 6:6 – Tuhan Menyesal dan Pilu Rasa Hati-Nya.

    Ada banyak lagai rujukan berdasarkan Taurat dan Injil yang kamu miliki yang saling bertentangan.

    (3) Apakah apabila Allah MENYESAL menunjukkan Dia Maha Kuasa Tanpa Batasan?

    (4) Apakah Sifat MENYESAL berdiri pada Dzat Allah?

    JEFF =====> Berdasarkan apa yang kami imani, “AGAMA” tidak membawa sebarang maksud. “AGAMA” tidak dapat menyelamatkan manusia daripada dosa kecuali “IMAN”. Kami ditutut untuk beriman kepada :

    PENGHIBUR =====> Anda katakan AGAMA tidak membawa apa-apa maksud! Benar beginikan maksud anda.

    (1) Jika begitu mengapa Allah mewahyukan AGAMA kepada manusia?

    (2) Mengapa anda mengaku sebagai penganut Agama Nasrani?

    (3) Dalam Islam, Agama disebut AD-DEEN, maksudnya BUKAN sekadar AGAMA semata-mata, tetapi AD-DEEN adalah cara hidup keseluruhan dan menyentuh semua aspek kehidupan dalam bentuk komuniti, mahupun individu.

    Agama adalah satu SISTEM dari Allah dalam menyatukan umat manusia seluruhnya. Agama membentuk IMAN, kerana Agama membawa SATU SISTEM, SATU PERINTAH dari SATU TUHAN. Ada IMAN tapi tiada AGAMA, tiada makna, kerana itu tidak menunjukkan KESEMPURNAAN IMAN.

    AGAMA yang diperintahkan/diwahyukan Allah swt adalah TERMA-TERMA atau SYARAT-SYARAT (tatacara yang betul lagi diredhai) yang harus dipatuhi untuk mengimani Allah.

    Jika kita mengabaikan AGAMA sebagi langkah pembentukan IMAN manusia, maka manusia tidak perlu pada AGAMA, dan sesiapapun yang mengimani ALLAH akan menjadi benar. Begitu juga dengan penyembah-penyembah Berhala, mereka juga ada IMAN. Tapi adakah IMAN mereka BETOL?

    IMAN tanpa AGAMA sangat PINCANG dan cara beribadat juga tidak betol.

    PACE =====> 1. Tuhan yang Maha Tinggi adalah Satu dan Tunggal serta Maha Kuasa.

    2. Beriman kepada Nabi Isa Al-Masih sebagai Jeruselamat (Al-Masih) yang diutuskan kepada seluruh alam dan bagi orang yang beriman kepada baginda.

    3. Beriman kepada Malaikat, Rasul dan Nabi berdasarkan kisah yang dicatatkan dalam Kitab Suci.

    4. Beriman kepada Kitab Suci yang telah diberikan kepada para nabi dan rasul.

    5. Beriman kepada Hari Pembalasan yang pasti akan datang tanpa disedari.

    PENGHIBUR =====> Ini juga merupakan RUKUN IMAN dalam ISLAM. Islam juga telah menyelamatkan JURUSELAMAT (Al-Masih Isa Ibn Maryam) dari terus difitnah.

    PACE =====> Kami bukan tidak menerima dan beriman kepada Nabi Muhammad saw. Ini kerana mustahil bagi kami berkhidmat kepada dua tuan seperti yang dikisahkan kepada kami oleh Nabi Isa Al-Masih.

    PENGHIBUR =====> Siapa kata mengimani Isa Al-Masih dan nabi Muhammad saw adalah berkhidmat kepada 2 Tuan?

    Nabi Isa a.s adalah salah seorang Rasul dalam Islam. Nabi Isa a.s datang untuk membawa satu kesaksian yang sangat besar iaitu kedatangan Nabi Muhammad saw. Jika Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s hidup pada zaman Nabi Muhammad saw, maka kedua-dua Nabi ini iaitu Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s WAJIB mengimani dan melaksanakan Al-Quran.

    Semua Para Nabi adalah umat Nabi Muhammad saw, kedatangan Nabi Isa a.s kali kedua ini adalah untuk menegakkan hukum ISLAM sebagai Kuasa Pemerintah terakhir dunia ni. Kedatangan Nabi Isa a.s diantaranya adalah MEMATAHKAN SALIB, Membunuh Babi, Menghapuskan Jizyah, iaitu Nabi Isa a.s hanya memberi 2 pilihan kepada mana-mana manusia selain ISLAM, sama ada menerima ISLAM atau PEDANG! Hanya ini pilihan yang ada, tidak ada syarat yang lain.

    JEFF =====> And I say to you that to everyone who gives witness to me before men, the Son of man will give witness before the angels of God. (Lk 12:8)

    Amat mustahil bagi satu kapal mempunyai dua nakhoda saudaraku. Kami beriman kepada Nabi isa Al-Masih dan tiadk mungkin untuk kami beriman kepada perkara lain selain daripada yang telah diberikan kepada kami.

    PENGHIBUR =====> Saudaraku, apa-apa juga pernyataan dari Kitab Injil tidak merujuk kepada sepanjang zaman dan BUKAN untuk seluruh manusia.

    Kitab Injil hanya dilaksanakan seperti yang ditetapkan Allah swt, hanya sekitar Kaum Nabi Isa a.s dan terbatas pada masa itu sahaja, sehingga Allah swt mengirim Nabi Muhammad saw kepada seluruh manusia. Jadi kata-kata Jesus dalam John 12:8 adalah aperingatan kepada kaumnya pada masa itu, kerana mereka WAJIB bersaksi bahawa Nabi isa a.as adalah Rasul utusan Allah swt.

    Apabila sampai kepada fasa terakhir wahyu dari Allah swt, maka sekurang-kurangnya 1.6 RIBU JUTA Umat Islam tetap mengimani Nabi Isa a.s sebagai Nabi dan Rasul utusan Allah yang mulia, juga dikenali sebagai Nabi Ulul Azmi. Jika kami umat Islam beriman kepada semua Nabi-Nabi Allah swt dari Nabi Adam a.s sehingga nabi Muhammad saw, BUKAN BERMAKSUD kami umat Islam beriman kepada banyak Tuan.

    Cuma ada SATU TUHAN iaitu Allah swt, cuma ada SATU ARAHAN dari Allah swt, ramai mana pun Rasul-Rasul Allah swt, mereka tetap membwa SATU PERINTAH dari Allah swt. Iman mereka sama, agama mereka juga sama iaitu ISLAM.

    Tiada istilah SATU KAPAL 2 NAKHODA! Tapi Para Nabi Dari Nabi Adam a.s sehingga Nabi Isa a.s adalah umpama batang-batang sungai yang hangat mengalir menuju ke samudera rayaa iaitu LAUTAN LUAS. Di LAUTAN LUAS inilah yang mana semua batang-batang sungai ini bersatu dan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul yang di utus UNTUK SELURUH UMAT PARA NABI dan berlangsung sehingga sampai Hari Kiamat di bawah SATU NAUNGAN, SATU PAYUNG,.SATU IMAN kepada Allah swt.

    “ISLAM SELURUH ALAM”

    By, Penghibur

  6. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    (1) Bagaimana anda memahami Allah maha Kuasa Tanpa batasan? Adakah Allah Maha Kuasa sehingga Dia menjadikan diri-Nya seperti makhluk?

    Saudaraku,
    Dalam Kitab Suci telah diterangkan,

    “Permulaan mengenal Tuhan yang Maha Tinggi adalah takut serta menghormati Tuhan yang Maha Tinggi”

    Dalam perkara ini semua manusia tahu akan ada satu subject yang lebih kuat daripada mereka. Subject itulah yang menguasai mereka.Seorang hamba Tuhan yang beriman, pastinya akan tahu akan karya Tuhan yang Maha Tinggi dalam ciptaan-Nya. Kitab Suci adalah menguatkan lagi akan kehebatan Tuhan yang Maha Tinggi. Dalam perkara ini, kita boleh menjadi “murtad” seandainya kita tidak mengakui kehebatan dan keagungan Tuhan yang Maha Tinggi. Kami dituntut supaya tidak was-was dan ragu-ragu akan apa yang telah diciptakan dan dinyatakan dalam Kitab Suci.

    (2) Apa penjelasan anda Jeff tentang ayat-ayat berikut;

    (a) 1 Samuel 15:35 -Tuhan Menyesal

    “Sampai hari matinya Samuel tidak melihat Saul lagi, tetapi Samuel berdukacita karena Saul. Dan TUHAN menyesal, karena Ia menjadikan Saul raja atas Israel.”

    Dalam ayat ini sebenarnya membawa maksud yang tersirat. Tuhan tidak pernah menyesal akan segala ciptaan-Nya kerana Tuhan yang Maha Tinggi bertanggungjawab akan segala yang diciptakannya.

    “Tuhan Menyesal” itu sebenarnya adalah bermaksud “Tuhan tidak redha” akan segala perbuatan yang telah dilakukan oleh Saul (Tahlut). Meskipun pada awalnya Tuhan yang telah memberikan “Berkat” kepada Saul sebagai “Raja Bani Israel” tetapi Saul telah melakukan sesuatu perkara yang tidak diredhai oleh Tuhan yang Maha Tinggi.

    (b) Exodus 32:14 – Tuhan Menyesal

    “Dan menyesallah TUHAN karena malapetaka yang dirancangkan-Nya atas umat-Nya.”

    Dalam ayat ini bermaksud “Tuhan Menyesal” adalah Tuhan tidak redha akan perbuatan yang telah dilakukan oleh Bani Israel yang menyembah “Sapi Emas”. Lantas Tuhan yang Maha Tinggi menghukum mereka. Tuhan yang Maha Tinggi tidak pernah menyesal akan segala malapetaka yang ditimpakan-Nya kepada Bani Israel, tetapi Tuhan amat “tidak redha” akan perbuatan mereka yang munafik lagi fasik.

    (c) Kejadian 6:6 – Tuhan Menyesal dan Pilu Rasa Hati-Nya.

    “Maka menyesallah TUHAN, bahwa Ia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya.”

    Dalam ayat ini juga Tuhan yang Maha Tinggi telah “Murka” akan perbuatan manusia yang terkutuk. Oleh hal yang demikian Tuhan yang Maha Tinggi menimpakan bala kepada mereka. Tuhan yang Maha Tinggi lagi tahu akan segala rancangan serta sebab musabab yang telah dilakukan serta yang akan dilakukan oleh-Nya.

    Ada banyak lagai rujukan berdasarkan Taurat dan Injil yang kamu miliki yang saling bertentangan.

    (3) Apakah apabila Allah MENYESAL menunjukkan Dia Maha Kuasa Tanpa Batasan?

    Saudaraku,
    Tuhan yang Maha Kuasa tidak pernah menyesal atas segala ciptaan-Nya. Tuhan yang Maha Tinggi lagi tahu mengapa Dia menciptakan sesuatu perkara tersebut. Oleh hal yang demikian, dalam hal ini, kita janganlah ragu-ragu serta sangsi akan kekuasaan Tuhan yang Maha Tinggi. Boleh menjadi “Murtad” kalau kita masih lagi mempersoalkan tentang “Kekuasaan” Tuhan yang Maha Tinggi.

    (4) Apakah Sifat MENYESAL berdiri pada Dzat Allah?

    Saudaraku,
    Tuhan yang Maha Tinggi lagi tahu akan segala apa yang telah, akan dan sedang direncanakan oleh Dia. Dalam Zat (Rahmat) Tuhan yang Maha Tinggi, Tuhan tidak pernah menyesal, tetapi Tuhan yang Maha Tinggi sentiasa memberikan peluang kepada manusia untuk berfikir akan “rahmat” serta “kekuasaan-Nya” yang tanpa batasan terutamanya “bertaubat” dari segala dosa yang telah dilakukan oleh manusia.

    Anda katakan AGAMA tidak membawa apa-apa maksud! Benar beginikan maksud anda.

    (1) Jika begitu mengapa Allah mewahyukan AGAMA kepada manusia?

    Tuhan yang Maha Tinggi telah memerintahkan kepada manusia untuk beriman kepada Tuhan yang Maha Tinggi tanpa was-was serta ragu-ragu. Iman itulah yang dikatakan “Agama” oleh semua manusia. Tetapi sebenarnya, “Agama” itu hanyalah satu “Kata Nama” bagi merujuk kepada sistem kepercayaan sesuatu masyarakat. Oleh hal yang demikian, yang membezakan sesuatu masyarakat itu dengan masyarakat yang lain adalah “Iman” mereka.

    Semua manusia diciptakan oleh Tuhan yang Maha Tinggi adalah sama. Yang menjadi perbezaan seseorang itu dihadapan Tuhan yang Maha Tinggi adalah “Iman” dan “Ketaqwaan” mereka kepada Tuhan yang Maha TInggi.

    Apabila seseorang itu beriman kepada Tuhan yang Maha Tinggi, nescaya seseorang individu itu akan mengikuti segala perintah dan suruhan yang telah ditetapkan kepada mereka meliputi aspek : Hati (Pertuturan), Jiwa (Perbuatan) dan Akal (Permikiran).
    Tiga aspek itu berkait rapat dengan iman seseotang itu kepada Tuhan yang Maha Tinggi.

    Misalannya,
    Seandai seseorang itu beriman kepada Tuhan yang Maha Tinggi, nescaya individu itu akan menjaga perbuatan, pertuturan dan fikiran beliau.

    Orang yang munafik dan fasik, hanya menjaga satu daripada tiga aspek itu sahaja. Oleh hal yang demikian, maka timbullah satu konsep di zaman kita iaitu “Cakap tak serupa bikin”.

    Iman itu meliputi semua aspek tersebut sama ada dalam bermasyarakat, ibadat, amalan dan gaya hidup individu tersebut. Semua aspek itu kena seragam dan mantap baharulah akan melahirkan saru insan yang cemerlang.

    Dewasa ini, “Agama” itu lebih merujuk kepada apa yang kita “Iman” atau konsep “percaya”. Masyarakat penyembah berhala “beriman” kepada apa yang mereka “percaya” lantas perkara itu akan membentuk satu sistem tatacara hidup mereka yang dianggap oleh mereka sebagai satu yang sempurna dan indah.

    Oleh hal yang demikian, bagi kami, “Iman” itu amatlah lah penting kerana ia akan mencerminkan kepada orang luar akan apa yang kita percaya. Lantaran itu, kerana “Iman” yang cemerlang akan menjadi satu panduan dan perhatian seluruh alam sama ada dalam aspek perbuatan, permikiran dan pertuturan. Masyarakat akan menilai dari sudut luaran sahaja, tetapi Tuhan yang Maha Tinggi akan menilai dari sudut dalaman.

    (2) Mengapa anda mengaku sebagai penganut Agama Nasrani?

    Saya mengakui diri saya adalah sebagai seorang Nasrani kerana saya beriman kepada Tuhan yang Maha Tinggi, MengEsakan Tuhan yang Tunggal, berimana kepada Nabi Isa Al-Masih, serta mengikuti segala perintah dan suruhan yang telah difardukan kepada Nabi Isa Al-Masih.

    Penghibur ——— > Siapa kata mengimani Isa Al-Masih dan nabi Muhammad saw adalah berkhidmat kepada 2 Tuan?

    Dalam Kitab Suci kami telah diceritakan perkara ini secara kiasan.

    Berkhidmat kepada dua tuan disini adalah bermaksud, menjadikan dua orang individu tersebut sebagai icon atau model bagi memimpin kita ke jalan yang sempurna.

    Seperti mana yang telah diberitahu kami, kami hendaklah beriman kepada semua yang telah disampaikan oleh para nabi dan rasul tanpa was-was dan ragu-ragu.

    Misalannya,
    Saya satu saudara beriman kepada Nabi Isa Al-Masih dan juga kepada Nabi saudara, tetapi, adalah saudara pernah membaca selawat kepada Nabi Isa Al-Masih? Tentu tidak. Saudara hanya membaca selawat dan salam kepada Nabi saudara dan Nabi Ibrahim sahaja. Perkara inilah yang tidak diingini oleh Nabi Isa Al-Masih berlaku.

    Telah tercatat dalam Kitab Suci kami, Nabi Yahya, telah menghantar utusan kepada Nabi Isa Al-Masih, iaitu Rasul Andrew (Andries) bagi bertanyakan sama ada betul bagindalah Al-Masih yang diutuskan. Nabi Isa Al-Masih telah menjawab betul bahawa bagindalah Al-Masih yang diutuskan.

    Perkara utama yang ditunut oleh Nabi Isa Al-Masih kepada kami adalah percaya kepada baginda dengan sepenuh hati, jiwa dan kekuatan kami tanpa ada rasa sangsi. Kami haruslah beriman kepada baginda dan bukannya kepada orang lain.

    Nabi Yahya ada pengikutnya tersendiri, maka Tuhan yang Maha Tinggi memberi berkat dan nikmat kepada mereka. Begitu juga dengan Nabi Isa Al-Masih. Barang siapa yang beriman kepada Nabi Isa Al-Masih, maka ia akan mendapat rahmat juga dari Tuhan yang Maha Tinggi seperti mana saudara beriman kepada Nabi Isa Al-Masih dan juga nabi saudara.

    Saudaraku,
    Seandainya Kitab Suci itu tidak meliputi perkara yang telah berlaku dahulu, sekarang dan masa akan datang, maka sia-sialah apa yang dikatakan oleh Nabi Isa Al-Masih bahawa, barang siapa yang beriman kepada baginda serta melakukan segala perintah dan suruhan seperti yang dilakukan oleh baginda selaras dengan Kitab Suci.

    Nabi Isa Al-Masih pernah berkata, bahawa barang siapa yang beriman kepada baginda tanpa sangsi, maka orang itu akan mendapat berkat, serta pada hari penghakiman kelak, Nabi Isa Al-Masih akan menjadi saksi iman orang tersebut.

    Tolong jangan sempitkan ruang lingkup pemikiran saudara akan apa yang telah dikatakan dalam Kitab Suci.

    Bani Israel menolak Nabi Isa Al-Masih, hanya 5% sahaja Bani Israel yang beriman kepada Nabi Isa Al-Masih, tetapi 30% daripada itu adalah Gentile yang beriman kepada Nabi Isa Al-Masih.

    Sekarang ini, bukan masa untuk kita berdebat ataupun berhujah pasal kedudukan Nabi Isa Al-Masih sama ada baginda adalah “Ulul-Azmi” ataupun “The Chosen One”.

    Diingatkan, kami tidak pernah mengatakan bahawa Nabi Isa Al-Masih itu adalah Tuhan. Harap maklum dengan perkara itu.

    Shallom

  7. Penghibur berkata:

    @Pace/Jeff

    Salam Sejahtera saudara jeff, semoga bertenang terlebih dahulu, dan saya sedia maklum iman anda.

    JEFF =====> “Permulaan mengenal Tuhan yang Maha Tinggi adalah takut serta menghormati Tuhan yang Maha Tinggi”

    Dalam perkara ini semua manusia tahu akan ada satu subject yang lebih kuat daripada mereka. Subject itulah yang menguasai mereka.Seorang hamba Tuhan yang beriman, pastinya akan tahu akan karya Tuhan yang Maha Tinggi dalam ciptaan-Nya. Kitab Suci adalah menguatkan lagi akan kehebatan Tuhan yang Maha Tinggi. Dalam perkara ini, kita boleh menjadi “murtad” seandainya kita tidak mengakui kehebatan dan keagungan Tuhan yang Maha Tinggi. Kami dituntut supaya tidak was-was dan ragu-ragu akan apa yang telah diciptakan dan dinyatakan dalam Kitab Suci.

    PENGHIBUR =====> Anda masih tidak menjawab soalan saya, dan saya faham kenapa anda tak jawab. Apa yang anda jelaskan diatas, saya dan sekurang-kurang 1.6 RIBU JUTA UMAT ISLAM sedia maklum.

    Saya tidak mempertikaikan Maha Kuasa Allah swt, yang saya persoalkan pada anda adalah “BAGAIMANA ANDA MEMAHAMI ALLAH MAHA KUASA TANPA BATASAN?” dan “ADAKAH ALLAH MAHA KUASA SEHINGGA DIA MENJADIKAN DIRINYA SEPERTI MAKHLUK?” Soalan saya diperingkat itu sebenarnya. Ini BUKAN soal siapa akan murtad apabila MEMPERTIKAIKAN KUASA ALLAH! Saya tidak bicara ini, dan bab murtad tu pon saya sedia maklum.

    Saya tegaskan begini, adakah anda bersetuju dengan IMAN AGAMA KRISTIAN, Allah Maha Kuasa tanpa batasan sehingga Dia menjadikan diri-Nya sama seperti makhluk. Maksudnya adalah Allah berdasarkan iman Agama Kristian, bahawa Allah boleh jadi manusia, boleh juga jadi LIPAS dan TIKUS.

    Hanya ada satu jawapan dan ubat yang mujarab untuk mengubah persepsi dan fikiran buruk mereka terhadap Allah swt dan jawapan bagi penyakit Umat Kristian adalah “Allah itu Maha Suci”, kami bertasbih dengan lafaz SUBHANALLAH (Maha Suci Allah)

    (Surah Al-Ikhlash 112:2)
    “…Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu…”

    Ilmu TAUHID yang saya sedang bicarakan dengan saudara ni, BUKANLAH Ilmu yang saya reka-reka, tapi Ilmu ini datang dari Allah swt, dan Allah swt menegaskan Sifat yang berdiri pada Dzat-Nya. Kesimpulan diperingkat ini adlah, supaya kita jelas tentang Dzat Allah swt yang sememasngnya TIDAK BERKEHENDAK kepada hamba-hamba ciptaan-Nya TETAPI hamba-hamba ciptaan-Nya yang berkehendak kepada Allah swt.

    (Surah Al-Ikhlash 112:4)
    “…dan Dia TIADA SESUATUPUN YANG SERUPA DENGAN-Nya.”

    bersambung….

    By, Penghibur

  8. Penghibur berkata:

    @Pace/Jeff

    JEFF =====> “Tuhan Menyesal” itu sebenarnya adalah bermaksud “Tuhan tidak redha” akan segala perbuatan yang telah dilakukan oleh Saul (Tahlut). Meskipun pada awalnya Tuhan yang telah memberikan “Berkat” kepada Saul sebagai “Raja Bani Israel” tetapi Saul telah melakukan sesuatu perkara yang tidak diredhai oleh Tuhan yang Maha Tinggi.

    PENGHIBUR =====> Jadi oleh sebab kecurangan Saul terhadap Allah, sehingga Allah MENYESAL kerana menjadikannya sebagai Raja kepada Bani Israel?

    Maksudnya bila Allah tidak redha, maka dengan sebab itulah Allah MENYESAL akan kerana memilihnya! Ayat ini sangat bersimpang siur.

    Boleh jadi yang anda ingin tegaskan adalah “Allah MURKA kepada Saul! Oleh kerana Allah MURKA kepada Saul, maka Allah MENYESAL menjadikan Saul sebagai Raja atas Israel.

    (“1 Samuel 15:35)
    Sampai hari matinya Samuel tidak melihat Saul lagi, tetapi Samuel berdukacita karena Saul. Dan TUHAN menyesal, karena Ia menjadikan Saul raja atas Israel.”

    PERHATIAN : Terlalu banyak permainan kata-kata dalam Kitab Bible.

    Menyesal SUDAH TENTU Tidak Redha!
    Tidak Redha BELUM TENTU Menyesal
    Murka SUDAH TENTU Tidak Redha
    Murka BELUM TENTU Menyesal

    Dalam bidang BAHASA pun kita sedia maklum, suatu perkara yang mana KITA TIDAK REDHA tidak juga membawa maksud MENYESAL.. Maksudnya TIDAK REDHA belum tentu MENYESAL.

    Tetapi bagi yang MENYESAL, sudah semestinya TIDAK REDHA. Jelas, saya harap Jeff jangan bermain-main dengan kata-kata. Tuhan Menyesal, di dalam ayat itu sangat JELAS dan merupakan ayat MUKHAMMAT dan itu BUKAN KIASAN kepada MURKA. Di situ jelas, Allah TIDAK redha kepada Saul sehingga Dzatnya timbul PENYESALAN kerana Tuhan yang menjadikan Ia Raja atas Israel.

    JEFF =====> (Exodus 32:14) “Dan menyesallah TUHAN karena malapetaka yang dirancangkan-Nya atas umat-Nya.”

    Dalam ayat ini bermaksud “Tuhan Menyesal” adalah Tuhan tidak redha akan perbuatan yang telah dilakukan oleh Bani Israel yang menyembah “Sapi Emas”. Lantas Tuhan yang Maha Tinggi menghukum mereka. Tuhan yang Maha Tinggi tidak pernah menyesal akan segala malapetaka yang ditimpakan-Nya kepada Bani Israel, tetapi Tuhan amat “tidak redha” akan perbuatan mereka yang munafik lagi fasik.

    PENGHIBUR =====> Jeff, ini pun permainan kata-kata, ayat itu menegaskan Allah MENYESAL akan RANCANGANNYA. Poin utama disini adalah “RANCANGAN SIAPA?”: Siapa yang merancang malapetaka tersebut? Bukan MURKA TUHAN terhadap sikap bani Israel.

    Jika Allah tegaskan Dia MURKA kepada Bani Israel, buat apa Tuhan nak menyesal. Secara simbolik pun, ayat tersebut memang tidak masuk akal untuk menerangkan Tuhan tidak redha kepada Bani Israel. Ayat itu menjelaskan Tuhan MENYESAL dengan MALAPETAKA yang DIRANCANGNYA.

    mengapa Tuhan MENYESAL? Kerana yang dimaksudkan ayat itu adlaah, segala sesuatu perkara itu adalah di dalam liputan dan perancangan Tuhan. Semua perkara yang berlaku mengikut Qada dan Qadar-Nya iaitu Sunnah-Nya (ketetapan Allah).

    Namun begitu Tuhan MENYESAL akan segala Qada dan Qadar (Sunnahtullah) yang ditetapkan-Nya terhadap umat manusia. Maka apabila hal itu terjadi, timbul rasa penyesalan Tuhan, dan berdasarkan ayat tersebut, mungkin setelah malapetaka itu berlaku, mungkin Tuhan baru tersedar bahawa Dia (Tuhan) boleh mentakdirkan suatu yang baik dan bukannya malapetaka tersebut.

    Dalam hal ini, Tuhan MENYESAL adalah menunjukkan kelemahan Sifat yang berdiri pada Dzat Allah swt. Ini sebuah penghinaan dari Kitab Taurat dan Injil yang ada pada hari ini. Jeff anda jangan cuba nak memutar maksud ayat tersebut dan saya tidak menggalakkan anda mengubah kenyataan “TUHAN MENYESAL”.

    JEFF =====> Kejadian 6:6 – Tuhan Menyesal dan Pilu Rasa Hati-Nya.

    “Maka menyesallah TUHAN, bahwa Ia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya.”

    Dalam ayat ini juga Tuhan yang Maha Tinggi telah “Murka” akan perbuatan manusia yang terkutuk. Oleh hal yang demikian Tuhan yang Maha Tinggi menimpakan bala kepada mereka. Tuhan yang Maha Tinggi lagi tahu akan segala rancangan serta sebab musabab yang telah dilakukan serta yang akan dilakukan oleh-Nya

    JEFF =====> (Kejadian 6:6) “Maka menyesallah TUHAN, bahwa Ia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya.”

    Dalam ayat ini juga Tuhan yang Maha Tinggi telah “Murka” akan perbuatan manusia yang terkutuk. Oleh hal yang demikian Tuhan yang Maha Tinggi menimpakan bala kepada mereka. Tuhan yang Maha Tinggi lagi tahu akan segala rancangan serta sebab musabab yang telah dilakukan serta yang akan dilakukan oleh-Nya

    PENGHIBUR =====> Sekali lahi saya tegaskan ini permainan kata-kata. Berdasarkan ayat Kejadian 6:6, TUHAN MENYESAL disitu adalah seperti yang saya tegaskan pada 2 poin diatas.

    Bila dikatakan MENYESAL berdasarkan ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa TUHAN TIDAK TERTOLONG dan TIDAK MAMPU MENGUBAH APA-APA, sehingga KEKESALAN TUHAN membawa kepada PILU HATINYA (rasa sebak hatinya diatas segala takdir yang dirancang-Nya).

    Tetapi berbeza bila kita katakan TUHAN MURKA! Apabila Allah MURKA, maka MURKA Allah swt langsung TIDAK TERSELIT RASA MENYESAL!, Dia Maha Kuasa dan akan menghukum mana-mana hamba-Nya tanpa memberi sebarang kesan kepada Dzat-Nya.

    PERHATIAN : Sebagai contoh: Jika umat Islam diseluruh dunia TIDAK SOLAT JUMAAT, atau dengan ertikata lainnya adalah, seluruh umat islam didunia ini ingin memboikot dari Solat JUMAAT. Maka Allah swt TIDAK RUGI walau sedikitpun, Tidak pula Allah rasa menyesal menjadikan manusia dan tidak pula pilu seperti yang digambarkan Kitab Taurat dan Kitab Injil pada hari ini, dan sejujurnya Kitab Taurat dan Kitab Injil yang ada hari ini, lebih banyak menghina Sifat Tuhan dari yang sebenarnya.

    KESIMPULAN : Kepada saudara Jeff, saya juga mengingatkan, bahawa jangan sempitkan pengertian “TUHAN MENYESAL” berdasarkan ayat-ayat yang kita bincangkan. Semakin jelas, berdasarkan ayat tersebut, TUHAN KELIRU dengan Qada dan Qadar yang ditetapkan-Nya.

    “TIDAK REDHA belum tentu MENYESAL, TETAPI MENYESAL lebih dalam maksudnya dari TIDAK REDHA semata-mata, dengan ertikata lain, MENYESAL membawa kepada susah hati, membawa kepada sukar menerima hakikat, membawa kepada kesedihan, juga membawa maksud TIDAK MENGETAHUI apa yang berlaku dimasa hadapan, anda sanggup Jeff meletakkan Sifat ini berdiri pada Dzat Allah swt?”

    bersambung…

    By, Penghibur

  9. Penghibur berkata:

    @Pace/Jeff

    JEFF =====> Saudaraku,
    Tuhan yang Maha Kuasa tidak pernah menyesal atas segala ciptaan-Nya. Tuhan yang Maha Tinggi lagi tahu mengapa Dia menciptakan sesuatu perkara tersebut. Oleh hal yang demikian, dalam hal ini, kita janganlah ragu-ragu serta sangsi akan kekuasaan Tuhan yang Maha Tinggi. Boleh menjadi “Murtad” kalau kita masih lagi mempersoalkan tentang “Kekuasaan” Tuhan yang Maha Tinggi.

    PENGHIBUR =====> Ini BUKAN soal sangsi atau tidak, persoalannya adalah, “BAGAIMANA ANDA MEMAHAMI ALLAH MAHA KUASA TANPA BATASAN?” Merujuk pada ulasan dari 2 artikel saya dalam bab TUHAN MENYESAL, saya tahu perkara ni sangat subjektif untuk dilihat dan dibincang. Saya yakin keterangan saya lebih jelas dari saudara, kerana SAYA MENEKANKAN ASPEK “Qada dan Qadar” iaitu Sunnahtullah (Ketetapan Disisi Allah swt).

    Saudara boleh menolak keterangan saya, tapi sila bawakan bukti, setakat ini, penjelasan anda masih tidak jelas dan tidak begitu meyakinkan.

    “AGAMA MEMBENTUK IMAN & TAQWA”

    “IMAN & TAQWA MEMBENTUK KEYAKINAN & AKHLAK”

    “KEYAKINAN & AKHLAK MEMBENTUK JATI DIRI”

    “JATIDIRI ADALAH KUASA YANG DIBENTUK IMAN DAN TAQWA”

    Isu yang saya bangkitkan adalah bersangkut paut dengan kefahaman Kristian yang menyatakan Allah Maha Kuasa Tanpa Batasan dan Allah boleh jadi apa saja, TERMASUK Allah Maha Kuasa Untuk Menyesal! Apatah lagi menjadi Manusia atau Tikus dan Lipas. Nau’zubillah dari ucapan dan pemikiran serong sebegini.

    (Surah Al-Ikhlash 112:4)
    “…dan Dia TIADA SESUATUPUN YANG SERUPA DENGAN-Nya.”

    “Subhanallah” (Maha Suci Allah) dari ucapan dan pemikiran yang memburukkan Dzat Allah swt. Semoga Allah swt melindungi sikap dan pemikiran kita dari terus terjebak kepada suatu keimanan yang salah lagi dusta.

    JEFF=====> Saudaraku,
    Tuhan yang Maha Tinggi lagi tahu akan segala apa yang telah, akan dan sedang direncanakan oleh Dia. Dalam Zat (Rahmat) Tuhan yang Maha Tinggi, Tuhan tidak pernah menyesal, tetapi Tuhan yang Maha Tinggi sentiasa memberikan peluang kepada manusia untuk berfikir akan “rahmat” serta “kekuasaan-Nya” yang tanpa batasan terutamanya “bertaubat” dari segala dosa yang telah dilakukan oleh manusia.

    PENGHIBUR =====> Sila rujuk jawapan saya diatas, dan rujuk dari 2 artikel saya diatas, saya telah jelaskan hal ini. Saya TIDAK MEMBANTAH jika anda mengimani Allah Maha Kuassa diatas segala sesuatu, tetapi yang saya pertikaikan adalah KENYATAAN-KENYATAAN dari Kitab Taurat dan Kitab Injil yang ada pada hari ini sangat mneragukan.

    Di dalam Ilmu Islam, mana-mana Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Sahih Muslim mahupun Imam Bukhari atau lainnya YANG BERTENTANGAN DENGAN KENYATAAN Al-Quran, maka Hadith tersebut DITOLAK 100%!

    Rasulullah saw tidak akan mengeluarkan kenyataan yang b ertentangan dengan Al-Quran, jika terdapat di antara ratusan ribu Hadith sekalipun ia diriwayatkan Sahih.

    Perkara kedua, susur galur atau rantaian periwayat Hadith juga tidak boleh meragukan ataupun terputus sehingga sampai kepada Rasulullah saw. Jika terdapat periwayat hadith yang meragukan, sekalipun Hadith tersebut adalah Hadith Sahih dari rasulullah saw, maka ia juga ditolak 100%.

    Nampak tak jeff, bagaimana ISLAM menjaga sumber rujukannya, ini baru cerita bab Hadith, anda fikir bagaimana dengan Al-Quran? Ini bukanlah Kitab permainan, segala catatan Al-Quran dijaga dengan sangat rapi dan bebas dari sebrang kelemahan. Nah begitu juga dengan Hadith, walaupun terdapat Hadith palsu, namun kaedah penapisan Islam dalam menjaga Kalamullah sangat perfect mencapai kejituan 100% tanpa sebarang kecacatan.

    Nah, beginilah Kitab Bible anda Jeff, bahawa Kitab Taurat dan Kitab Injil yang ada pada hari ini sangat meragukan dan sukar untuk diterima sebagai sahih 100% melainkan banyak kecacatan didalamnya.

    TUHAN MENYESAL merujuk kepada Qada dan Qadar-Nya, sudah cukup membantah ketulenan Al-Kitab (Taurat dan Injil). Jika anda Jeff ingin rujukan sahih Taurat dan Injil, jawapannya adalah Al-Quran dan Al-Hadith.

    bersambung…..

    By, Penghibur

  10. ilham berkata:

    Perkataan ‘menyesal’,’sorry’,’repent’,’ta assuf’ dan seumpamanya walau dlm apa bahasa pun merujuk kepada suatu perasaan yg tidak enak hasil drpd berlakunya kesilapan.Ini tidak sepatutnya dinisbatkan kpd Tuhan yg maha mengetahui.Perkataan yg disebut di dlm bible itu bkn termasuk di dlm perkataan yg boleh ditakwilkan kerana:
    1)Bible sendiri tidak mempunyai dasar takwil spt mana Al Quran yg mempunyai dasar takwil yg jelas spt yg terdapat dalam surah Al Imraan
    2)Tidak terdapat di dlam mana-mana ayat di dlm bible yg menggunakan perkataan menyesal kpd makna lain yg bukan makna aslinya.
    3)Tidak terdapat di dlam mana-mana penuturan oleh bahasa asal bible ditulis yg mana masyarakatnya menggunakan perkataan menyesal dgn maksud lain samada melalui percakapan sehari-hari mahupun lewat syair-syair.
    So,perkataan menyesal di dlm bible tidak boleh diertikan kepada makna selain makna asalnya.Ini satu lagi bukti bahawa sesungguhnya bible adalah sebuah kitab yg telah dipalsukan oleh manusia-manusia yg tidak bertanggungjawab.

  11. Penghibur berkata:

    @Ilham

    Salam sejahtera saudaraku, semoga anda sihat sejahtera. Anda boleh mengikuti perbincangan disini, dan saya mengharapkan kerjasama dari anda, supaya kita menjaga etika kita sebagai Muslim. InsyaAllah. Ini kerana kita mementingkan isi perbincangan, dan saya lihat Alhamdulillah, anda mengutarakan perakara yang patut kita renungkan bersama-sama. InsyaAllah.

    @Pace

    Salam sejahtera kepada saudara Jeff, semoga anda bersabar, dan saya akan jawab beberapa bahagian dari ulasan anda, dan kemudian anda boleh mengulas semua artikel saya dan juga dari saudara Ilham.

    By, Penghibur

  12. Penghibur berkata:

    @Jeff

    JEFF =====> Tuhan yang Maha Tinggi telah memerintahkan kepada manusia untuk beriman kepada Tuhan yang Maha Tinggi tanpa was-was serta ragu-ragu. Iman itulah yang dikatakan “Agama” oleh semua manusia. Tetapi sebenarnya, “Agama” itu hanyalah satu “Kata Nama” bagi merujuk kepada sistem kepercayaan sesuatu masyarakat. Oleh hal yang demikian, yang membezakan sesuatu masyarakat itu dengan masyarakat yang lain adalah “Iman” mereka.

    PENGHIBUR =====> Rasanya saya dah jelaskan apa itu AGAMA atau dalam Islam disebut Ad-Deen. Saya setuju kalau perkataan “AGAMA” adalah sebuah KATA NAMA. Namun yang saya tekankan disini adalah “APAKAH PERANAN AGAMA ITU SENDIRI?”

    Ada “IMAN”, orang Atheis juga ada Iman, Penyembah Berhala juga ada Iman, semuanya Beriman kepada apa yang mereka yakini dan percaya. Saya kadang menilai anda Jeff terlalu LIBERAL dalam hal ini, kerana anda hanya menekankan IMAN SEMATA-MATA, dengan IMAN yang anda maksudkan tidak kira jalan apapun yang ditempuhi manusia adalah benar, sama ada Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain TIDAK MENJADI PERSOALAN DAN PERMASALAHAN, yang palinag penting adalah IMAN itu dan BUKAN Agama.

    Tetapi persoalan yang tersangat penting adalah “APAKAH YANG MEMBENTUK IMAN?” Jika Iman semata-mata, maka tiada ertinya manusia menganut Agama Islam, Agama Kristian, Agama Hindu, Agama Buddha dan lain-lain.

    Disinilah kita melihat peranan AGAMA, kerana AGAMA datang membawa ;

    (1) Tatacara dan Peraturan beribadat Allah swt.
    (2) Cara beribadat dengan betul dan mengikut ketetapan Allah swt.
    (3) Manusia beriman dibawah satu sistem.

    Jika kita hanya mengatakan IMAN SEMATA-MATA tanpa dipimpin oleh AGAMA, maka cara beriman manusia akan menjadi berbeza-beza dan manusia akan leka dan sambil lewa hanya cukup dengan perkataan Iman semata-mata dan tak kisah ada agama atau tidak! Kemudian semua akan klaim cara berimannya adalah benar, dan tiada yang salah. mana mungkin sistem ini boleh diterima sedangkan tujuan wahyu yang disampaikan Allah swt kepada manusia adalah panduan hidup dalam beriman kepada Allah swt dalam semua aspek kehidupan.

    “IMAN Tanpa AGAMA, Sangat-Sangatlah Bebas, dan Tidak Terikat Dengan Mana-Mana Peraturan Agama. Sedangkan Iman Tidak Boleh Berdiri (Tidak Kukuh) Tanpa Merujuk Kepada Peraturan Agama.Tidak Sempurna Iman Tanpa Agama Kerana Agama Datang Dengan Peraturan Yang Ditetapkan Oleh Allah swt”

    By, Penghibur

  13. Penghibur berkata:

    @Jeff

    JEFF =====> Oleh hal yang demikian, bagi kami, “Iman” itu amatlah lah penting kerana ia akan mencerminkan kepada orang luar akan apa yang kita percaya. Lantaran itu, kerana “Iman” yang cemerlang akan menjadi satu panduan dan perhatian seluruh alam sama ada dalam aspek perbuatan, permikiran dan pertuturan. Masyarakat akan menilai dari sudut luaran sahaja, tetapi Tuhan yang Maha Tinggi akan menilai dari sudut dalaman.

    PENGHIBUR =====> Tanpa orang beriman sekalipun, AGAMA sudah semestinya membawa IDENTITI yang akan memberi petunjuk dan jalan keimanan terhadap Allah swt.

    Agama adalah 1 SET IDENTITI (saya khususkan merujuk kepada cara BERIMAN) yang datang dari Allah swt kepada manusia. Orang yang tidak beriman, apabila mempelajari Ilmu Agama dan saya tegaskan disini merujuk kepada AGAMA ISLAM. Dengan perlahan dan berkesan, IMAN akan terbentuk dalam jiwa. Agama memainkan peranan dalam pembentukan Iman yang betol lagi diredhai kerana AGAMA ISLAM datang DENGAN PAKEJ yang lengkap dari Allah swt.

    By, Penghibur.

  14. Penghibur berkata:

    @Jeff

    JEFF =====> Berkhidmat kepada dua tuan disini adalah bermaksud, menjadikan dua orang individu tersebut sebagai icon atau model bagi memimpin kita ke jalan yang sempurna.

    Seperti mana yang telah diberitahu kami, kami hendaklah beriman kepada semua yang telah disampaikan oleh para nabi dan rasul tanpa was-was dan ragu-ragu.

    Misalannya,
    Saya satu saudara beriman kepada Nabi Isa Al-Masih dan juga kepada Nabi saudara, tetapi, adalah saudara pernah membaca selawat kepada Nabi Isa Al-Masih? Tentu tidak. Saudara hanya membaca selawat dan salam kepada Nabi saudara dan Nabi Ibrahim sahaja. Perkara inilah yang tidak diingini oleh Nabi Isa Al-Masih berlaku.

    PENGHIBUR =====> Semua Para nabi adalah IKON kepada masyarakat. Semua Para nabi dari nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad saw adalah IKON dan contoh kepada masyarakat Islam.

    Setiap Nabi ada peranannya di zaman masing-masing, dan sebab irtulah saya tegaskan pada anda begini;

    “Tiada istilah SATU KAPAL 2 NAKHODA! Tapi Para Nabi Dari Nabi Adam a.s sehingga Nabi Isa a.s adalah umpama batang-batang sungai yang hangat mengalir menuju ke samudera rayaa iaitu LAUTAN LUAS. Di LAUTAN LUAS inilah yang mana semua batang-batang sungai ini bersatu dan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul yang di utus UNTUK SELURUH UMAT PARA NABI dan berlangsung sehingga sampai Hari Kiamat di bawah SATU NAUNGAN, SATU PAYUNG,.SATU IMAN kepada Allah swt”

    Anda krena faham apa yang saya tegaskan pada ayat di atas. Anda tidak boleh menilai hanya kerana di dalam Solat Umat Islam dan pada bahagian Tahiyat Akhir, kami hanya menyebut nama Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad saw, maka kami tidak menghormati Nabi-Nabi lain atau tidak berselawat kepada Nabi-nabi lainnya! Ini pandangan yang salah.

    Anda kena faham Jeff, setiap nabi yang kami sebut namanya, maka kami iringi namanya dengan sebutan “ALAiHISSALAM”, sebagai contoh, Nabi Isa a.s, Nabi Musa a.s. Jika saya menggunakan pendekatan konflik yang anda gunakan Jeff, saya boleh katakan, adakah Al-Quran tidak adil kepada Nabi Muhammad saw apabila Allah swt menyebut nama Nabi Isa a.s sebanyak 25 kali sedangkan Allah swt menyebut nama Nabi muhammad saw kurang dari 10. Bagaimana anda menilai?

    Darjat Nabi-Nabi Allah swt adalah sama dan peranan mereka sama dan tugasan mereka sama, CUMA YANG MEMBEZAKAN mereka adalah UJIAN Allah swt terhadap mereka, ada Nabi-nabi Allah yang diuji dengan sangat kritikal, dan ada Nabi yang melalui dakwahnya dengan mudah tanpa sebarang tekanan. TETAPI dari segi peranan terhadap tugasan adalah sama. Kemudian Allah swt mentakdirkan supaya manusia beriman kepada nabi Muhammad saw yang merupakan utusan untuk seluruh umat para Nabi dan umat di zaman baginda saw sehingga ke hari kiamat.

    Dalam hal ini, saya berharap saudara Jeff jangan sempitkan maksud selawat dan salam terhadap Nabi Muhammad saw, kerana kami juga mengucap selawat dan salam kepada nabi-nabi lainnya, dan iman kami tidak berbelah bagi terhadap semua para Nabi Allah. hari ini WAJIB seluruh manusia beriman kepada nabi Muhammad saw, kerana ini adalah MMS terakhir dari Allah swt kepada manusia.

    Tahukah anda Jeff, apakah MMS terakhir dari Allah swt ini?

    M.M.S ini bermaksud “Muhammad saw Manusia Super”

    By, Penghibur

    By, Penghibur

  15. Penghibur berkata:

    @Jeff

    JEFF =====> Sekarang ini, bukan masa untuk kita berdebat ataupun berhujah pasal kedudukan Nabi Isa Al-Masih sama ada baginda adalah “Ulul-Azmi” ataupun “The Chosen One”.

    Diingatkan, kami tidak pernah mengatakan bahawa Nabi Isa Al-Masih itu adalah Tuhan. Harap maklum dengan perkara itu.

    PENGHIBUR =====> Tidak kisahlah apa maksud anda, Nabi Isa a.s adalah salah seorang dari 5 Nabi Ulul Azmi.

    Tentang Iman anda saya sedia maklum. Sekarang saya tiba masa anda untuk bertindakbalas terhadap tulisan saya. Jika perlu selepas ini saya akan ketengahkan terjemahan-terjemahan Al-Quran sebagai sandaran utama terhadap hujah yang saya sampaikan. InsyaAllah.

    Saya persilakan anda Jeff.

    By, Penghibur

  16. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Saudara Penghibur,

    Sesungguhnya Tuhan yang Maha Tinggi itu bukannya makhluk. Jangan sesekali menyamakan Tuhan yang Maha Tinggi dengan apa pun makhluk. Kerana Tuhan yang Maha Tinggi bukannya seperti apa yang cuba kita gambarkan.

    Dalam iman kami sekali pun, Tuhan yang Maha Tinggi tidak dapat digambarkan dan samakan dengan apa-apa pun makhluk. Kerana Tuhan yang Maha Tinggi telah terang-terang menyatakan dirinya kepada Nabi Musa bahawa “Dialah Tuhan” dalam kalimaha “Aku adalah Aku”. Tidak dapat disamakan oleh kita keadaan dan kewujudan Tuhan yang Maha Tinggi itu. Oleh hal yang demikian, kami ditegah untuk mengambarkan keadaan itu melainkan yakin akan kewujudan-Nya.

    Penghibur ———- >

    PERHATIAN : Terlalu banyak permainan kata-kata dalam Kitab Bible.

    Menyesal SUDAH TENTU Tidak Redha!
    Tidak Redha BELUM TENTU Menyesal
    Murka SUDAH TENTU Tidak Redha
    Murka BELUM TENTU Menyesal

    Saudaraku,
    Saudara harus faham dengan apa yang cuba dikatakan dalam Kitab Suci Taurat itu. Ayat yang dipetik oleh saudara itu adalah Kitab Suci Taurat dan Sejarah Israel dan bukannya Kitab Suci Injil. Harap faham.

    Mengenai persoalan saudara berkaitan dengan frasa tersebut, ramai para ahli agama memberi maksud perkara itu seperti itu. Semua mereka sepakat mengatakan bahawa Tuhan yang Maha Tinggi tidak redha dengan perbuatan Saul, perbuatan Bani Israel yang menyembah Sapi Emas dan juga Murka kepada Kaum Nabi Noah. Para ahli tafsir sepakat memberi tafsir seperti itu, tetapi mereka tidak berani untuk mengubah ayat itu kepada perkara yang kamu tuntut. Biarlah Bani Israel mengubah, dan kami tidak berani mengubah biar sati iota pun dari Kitab Suci. Kami terus bersaksi bahawa MUSTAHIL Tuhan yang Maha Tinggi untuk menyesal akan ciptaan-Nya. Dalam iman kami sekali pun, kami tidak berani seperti Bani Israel yang berani mengubah ayat dalam Kitab Suci.

    Saudaraku,
    Jangan terlalu bermain dengan kata-kata tersebut. Itu bukan salah kami, Kitab Suci tersebut telah ditulis oleh golongan yang terdahulu. Maka kami wajib mempercayainya, maka kami wajib memahaminya. Bukannya mempersoalkan perkataan yang digunakan oleh Bani Israrel yang menulisnya. Jangan terlalu menyalahkan kami kami dalam hal ini. Kami menurut dan menilai semula akan apa yang diberikan kepada kami.

    Saudaraku,
    Kami tidak keliru akan terma dan frasa yang digunakan. Oleh hal yang demikian, kami maklum bahawa Tuhan yang Maha Tinggi tidak pernah menyesal akan apa yang telah berlaku. Apabila Tuhan yang Maha Tinggi murka, maka azab dan bala itu tidak tertahan dan akan berlaku. Kami mengakui bahawa tiada siapa pun yang layak menjadi penasihat kepada Tuhan yang Maha Tinggi.

    Saudaraklu,
    Kami lebih arif dan tahu akan Kitab Suci Kami, setiap makna dan maksud yang terkandung dalam Kitanb Suci itu. Kami tahu, dan kami menjelaskannya kepada orang yang beriman antara kami. Saya dari awal telah menekankan bahawa, Tuhan yang Maha Tinggi itu, juga adalah Tuhan yang Maha Kuasa. Jangan cuba menuduh kami pula cuba memainkan kata-kata. Saya berkata akan perkara yang kami imani.

    Saudaraku,
    Janganlah kamu menuduh saya mengatakan bahawa Tuhan yang Maha Tinggi tidak tahu akan apa-apa sekali pun meskipun apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kalau begitu, sia-sialah doa yang kami baca setiap kali Amidot yang berbunyi :

    “Kudus, Kudus, Kudus,
    Tuhan yang Maha Tinggi,
    yang telah ada, ada, dan akan datang”

    “Kudus, Kudus, Kudus,
    Tuhan yang Maha Tinggi,
    yang mengetahui segala sesuatu,
    dahulu, kini dan sepanjang segala masa.”

    Mengapa kami mengucapkan doa itu? Kami mengakui akan kekuasaan Tuhan yang Maha Tinggi itu amatlah tanpa batasan dan tidak terikat dengan segala sesuatu. Kami faham dan tahu akan Tuhan yang Maha Tinggi itu wujud dan tiada bantuan untuk-Nya melainkan Dia yang memberikan bantuan. Fahamilah doa yang kami ucapkan itu wahai saudaraku.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Jeff

      (1) Alhamdulillah, semakin jelas maksud mentauhidkan Allah yang anda jelaskan, dan konsep iman anda sama dengan ISLAM, bahawa Allah swt tiada sesuatupun yang serupa dengan-Nya. Sangat mendukacitakan bagi Penganut gereja Trinity, kerana kamu mengimani Kitab yang sama, tapi akidah kamu berbeza, sama halnya dengan perbezaan Kitab dio antara Mazhab Khatolik dan Mazhab Protestant.

      (2) Sekali lagi saya jelaskan pada anda Jeff, ingat ayat yang menyentuh TUHAN MENYESAL tidak bersangkut paut dengan masalah yang berlaku kepada Bani ISRAEL, ini kerana berdasarkan ayat di dalam Kitab Taurat yang anda miliki dengan jelas menyatakan bahawa PENYESALAN TUHAN adalah terhadap “QADA dan QADAR” yang Dia (Tuhan) sendiri tetapkan, perkara yang berlaku terhadap Bani israel adalah ketetapan dari Tuhan, dan BUKAN rancangan dari bani Israel, tetapi rancangan Tuhan Yang Maha Tinggi. Sila baca ulang ayat tersebut.

      “TUHAN MENYESAL dengan QADA & QADAR yang Dia sendiri tetapkan.”

      Dalam erti kata lain, bahawa PENYESALAN TUHAN tersebut TIDAK AKAN berlaku jika TUHAN meletakkan QADA dan QADAR yang membawa kebaikan dan BUKAN kepada QADA dan QADAR kepada malapetaka. Jujur saya katakan ayat tersebut adalah sebuah penghinaan terhadap Allah swt iaitu Tuhan Seluruh Alam.

      Sekali lagi saya jelaskan disini dan suka saya menerangkan, ISLAM adalah PENGUASA Kitab Taurat dan Injil. Segala permasalahn yang melibatkan Kitab Taurat dan Kitab Injil dalam pengetahuan ISLAM.

      Semua para Nabi adalah ISLAM, tetapi bolehkah anda nyatakan pada saya Jeff, apakah AGAMA NABI IBRAHIM (Abraham) serta anak cucunya? Jika anda tidak mampu membuktikan secara Ilmiah, saya akan tolong anda untuk selesaikan apakah pegangan dan AGAMA Para Nabi.

      (3) Saya faham doa itu Jeff, tapi sekali lagi saya jelaskan anda WAJIB beriman kepada Nabi Muhammad saw, mana mungkin anda menolak ISLAM, sedangkan Nabi Isa a.s pun beriman kepada Nabi Muhammad saw. Jika anda tidak beriman kepada Nabi Muhammad saw sebagaimana Nabi isa a.s, maka dimana tempat anda selepas ini Jeff? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang, Rahmat Allah Maha Luas.

      By, Penghibur

  17. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Saudaraku,
    Iman adalah satu perkara yang amat penting kepada kami. Melalui imanlah kami dapat beribadah kepada Tuhan yang Maha Tinggi. Itu adalah menurut ajaran yang kami terima. Oleh hal yang demikian, janganlah bermain denga prosa dan frasa. Itu adalah iman kami. Harap maklum.

    “The Chosen One” tidak bermaksud “Tuhan” adalam iman kami. “The Chosen One” itu bermaksud “Yang Terpilih” dikalangan orang yang terpilih. Bagi kami, Nabi Isa Al-Masih adalah yang terpilih dikalangan para Nabi sejak dari awal dunia diciptakan. Bagi kami juga, Nabi Isa Al-Masih lah manusia yang sempurna sifatnya, perbuatannya, pertuturannya, dan pemikirannya. Itu adalah iman kami. Kami tidak mendewakan baginda seperti orang lain yang mendewakan baginda sehingga ada yang menjadikannya sebagai “Tuhan”. Sehingga iblis dan syaitan pun takut semasa Nabi Isa Al-Masih dilahirkan di bumi ini, kerana mereka tahu bahawa Nabi Isa Al-Masih adalah manusia sempurna dan kudus yang dilindungi oleh Tuhan yang Maha Tinggi.

    Dalam konteks 1 kapal 2 nakhoda bermaksud bahawa, kami tidak boleh mengambil kedua-dua pihak tersebut menjadi ikon dalam masa yang sama dan mengikut ajaran mereka secara serentak meskipun ajaran mereka sama.

    Sebagai contoh,
    Rasul Andreas adalah anak murid Nabi Yahya Baptisa pada awalnya sebelum beliau dijumpai oleh Nabi Isa Al-Masih bersama dengan saudaranya. Rasul Andreas menjadi anak murid dan pengikut Nabi Yahya Baptisa. Ajaran Nabi Yahya Baptisa dan ajaran Nabi Isa Al-Masih adalah sama iaitu, mengajak semua manusia bertaubat. Nabi Yahya Baptisa dan Nabi Isa Al-Masih hidup dan menyebarkan ajaran dalam tempoh dan masa yang sama. Rasul Andreas dikatakan oleh para pengikut awal Nasrani, adalah hamba kepada dua tuan (Nabi Yahya dan Nabi Isa Al-Masih). Namun akhirnya Rasul Andreas memilih untuk mengikut Nabi Isa Al-Masih kerana beliau rasa tenang dan senang dengan ajaran Nabi Isa Al-Masih.

    Persoalannya disini adalah,
    1. Adakah kita mampu untuk bertindak secara adil dan jujur untuk mengikut semua nabi?

    2. Adakah kita akan melihat semua nabi itu sama taraf dan tiada beza kedudukan antara mereka?

    Seandainya ia, mengapa saudara lebih memuliakan saudara sedangkan saudara melihat semua nabi adalah sama? Adakah disebabkan nabi saudara dipanggil sebagai penutup segala nabi?

    Bagi kami, dan iman kami, semua nabi adalah sama, kami memberi salam kepada semua nabi dalam amidot kami seperti berikut:

    “Haveinu Shalom Aleichem ya Avinu”
    “Haveinu Shalom Aleichem ya Naviem”
    “Haveinu Shalom Aleichem ya Malakh”
    “Haveinu Shalom Aleichem ya Torah”

    Kami melihat semua nabi adalah sama. Nabi Isa Al-Masih yang kami junjung adalah kerana bagindalah adalah “Juruselamat” yang diramalkan sejak dari dunia diciptakan lagi. Kami memuliakan dan menjunjung baginda, tetapi kami tidak mendewakan baginda. Harap maklum dengan perkata itu.

    Persoalannya,
    Seandainya saudara mengatakan bahawa saudara mengikut ajaran dan beriman kepada Nabi Isa Al-Masih, dan Nabi Isa Al-Masih adalah sama taraf dengan nabi saudara, sudah tentu saudara mengucapkan selawat dan salam kepada Nabi Isa Al-Masih. Saudara hanya memberikan salam sahaja kepada Nabi Isa Al-Masih tetapi bukan selawat. Saudaraku, dalam kitab saudara kalau nama Nabi Isa Al-Masih itu disebut hanya 25 kali tetapi nama nabi saudara kurang daripada 10 kali, mengapa satu daripada surah itu dinamakan sebagai “Surah Muhammad”? Tidak terdapat pun “Surah Isa” atau “Surah Al-Masih” atau “Surah Ibn Maryam” kecuali “Surah Maryam”.
    Oleh kerana, Tuhan yang Maha Tinggi memuliakan nabi saudara? Atau apa?

    Kita sebagai manusia harus adil dan saksama dalam kes ini. Jangan terlalu menuduh orang lain salah tanpa mengetahui perkara yang asas.

    Saudaraku,
    Saya ada persoalan yang saya minta saudara jawab bagi saya.

    1. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, beriman kepada Nabi Isa Al-Masih?

    2. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut ajaranNabi Isa Al-Masih?

    3. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut perbuatan Nabi Isa Al-Masih?

    4. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut pertuturan Nabi Isa Al-Masih?

    5. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut permikiran Nabi Isa Al-Masih?

    6. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut amanat dan pesanan Nabi Isa Al-Masih?

    Kami beriman kepada Nabi Isa Al-Masih sebagai “Juruselamat” yang diutuskan kepada sesiapa sahaja yang beriman dan percaya kepada baginda. Orang yang beriman dan percaya kepada baginda hendaklah mengikut perbuatan, pertuturan dan permikiran Nabi Isa Al-Masih serta mengabaikan kepentingan diri, rendah diri serta bertaqwa dan tawakal.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Jeff

      (1) Jeff, saya tetap menegaskan penjelasan anda dalam BAB IMAN saya tidak bersetuju dan saya kira anda tidak memahami apa IMAN. IMAN perlu kepada pimpinan. Apakah yang mampu memimpin dan membentuk IMAN/ Jawapan soalan ini sudah tentu adalah AGAMA. Mengapa saya tegaskan AGAMA? Kerana Agama datang dari Allah swt kepada manusia lengkap dengan PAKEJ IMAN.

      AGAMA tidak datang dengan kosong tetapi membawa SATU PAKEJ IMAN yang sangat lengkap. Persoalannya sangat mudah Jeff;

      (a) Bagaiman anda boleh beriman kepada Allah?
      (b) Apakah yang membentuk iman anda?
      (c) Darimana anda mendapat tunjuk ajar tentang Iman?

      JAWAPAN bagi ketiga-tiga soalan diatas adalah AGAMA, sebab seperti yang saya tegaskan, AGAMA MEMBAWA PAKEJ YANG LENGKAP dalam pembentukan IMAN.

      (2) Jeff dibawah ni jawapan untuk soalan anda Jeff;

      1. Adakah kita mampu untuk bertindak secara adil dan jujur untuk mengikut semua nabi?

      PENGHIBUR =====> Ya, kerana di dalam ISLAM, sebagai contoh IBADAH HAJI, sebahagian dari amalan IBADAH HAJI adalah IBADAH yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dizamannya dalam Ibdah Haji kami lakukan hari ini. Menyentuh dengan amalan-amalan dari nabi lain, kami juga mempraktikkan. Ingat Jeff, umat ISLAM engimani Kitab Taurat, Kitab Zabur dan Kitab Injil serta shuhuf-shuhuf lain yang diberikan kepada Nabi-Nabi lainnya.

      Mustahil anda tidak mendengar ungkapan, Nabi Muhammad saw adalah PENUTUP SEGALA NABI dalam ISLAM. Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir dalam ISLAM, dan Allah swt telah menyempurnakan ISLAM pada Era nabi Muhammad saw.

      Jeff ingat bahawa Para Nabi dari nabi Adam a.s sehingga Nabi Isa a.s adalah umpama batangh-batang sungai yang akan bertembung di Samudera Luas, dan disitulah Nabi Muhammad saw yang di utus untuk seluruh umat Para Nabi.

      2. Adakah kita akan melihat semua nabi itu sama taraf dan tiada beza kedudukan antara mereka?

      PENGHIBUR =====> Para Nabi tiada beza kedudukan mereka merujuk Kitab Suci Al-Quran, Allah swt tidak membeza-bezakan nabi-nabi-Nya, namun begitu ujian terhadap mereka berbeza, namun tugasan yang sama, cuma ujian susah senang sahaja yang berbeza. Darjat kenabian mereka sama kerana mereka datang kedunia membawa KALIMAH yang sama iaitu “Tiada Tuhan Yang Disembah selain Allah dan bersaksi dengan semua utusan-utusan Allah swt.

      (3) Tentang JURUSELAMAT iaitu nabi isa a.s, Kamu umat Nasrani kena faham, bahawa ISLAM Era nabi Muhammad saw membersihkan Fitnah terhadap JURUSELAMAT ini. Dalam ertikata lain, bahawa ISLAM MENYELAMATKAN JURUSELAMAT dari difitnah oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. termasuk ISU PENYALIBAN dan KEMATIAN yang tidak pernah berlaku terhadap Nabi isa a.s

      Kamu boleh terima segala mukjizat sejak nabi Isa a.s dilahirkan, mengapa kamu tidak menerima bahawa Allah swt telah menyelamatkannya dari dibunuh dan Allah swt telah mengangkatnya hidup-hidup ke langit? Jika kamu percaya Nabi isa a.s MATI! jangan harap IMAN KAMU BETOL, itu adalah kepercayaan yang salah.

      INAGT! kedatangan Nabi Isa a.s di kali kedua dan terakhir ini adalah sebagai tanda dan bukti kepada kamu bahawa Nabi isa a.s TIDAK PERNAH MATI DITIANG SALIB, dan TIDAK PULA DIBUNUH dan Nabi Isa a.s akan bersaksi bahawa baginda diangkat Allah swt hidup-hidup ke langit sama seperti Allah swt menmgangkat Nabi Muhammad saw hidup-hidup ke langit!

      (4) Saudara Jeff, tanyalah kepada umat Islam, siapakah nabi isa a.s di dalam ISLAM! 1.6 RIBU JUTA UMAT ISLAM beriman kepada Nabi Isa a.s hanya dengan kesaksian dari nabi Muhammad saw dan BUKAN dari tunjuk ajar dari KRISTIAN mahupun golongan anda Jeff. Selawat dan salam ke atas Nabi Isa a.s serta ibunya, begitu sinonim di dalam Islam.

      Perbezaan di antara Nabi-Nabi Allah swt dengan Nabi Muhammad saw adalah NABI-NABI sebelum Era Nabi Muhammad saw hanya diutus UNTUK UMAT MASING-MASING. Manakala Nabi Muhammad saw di utus Allah swt untuk seluruh UMAT PARA NABI iaitu dari nabi Adam a.s sehingga Nabi isa a.s, malah para Nabi juga tidak ingkar menjadi umat Nabi Muhammad saw jika mereka hidup pada zaman nabi Muhammad saw dan Baginda saw adalah Rahmat, Petunjuk, Pedoman bagi sekalian alam.

      Saya harap anda nampak Jeff, benda ni sangat jelas dan tidak bersimpang siur. Kedatangan nabi Isa a.s di akhir zaman ni pun adalah sebagai umat Nabi Muhammad saw, bahawa baginda Almasih Isa Ibn Maryam akan melaksanakan Sistem Pemerintahan islam, melaksanakan Ibdah Haji, dan apabila Nabi Isa a.s WAFAT, baginda akan dikubur disebelah MAKAN NABI MUHAMMAD SAW bersama dengan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalifah umar Al-Khattab di Masjid Nabawi di Madinah.

      Sya harap anda jelas perkara ni Jeff. InsyaAllah, soalan anda selanjutnya saya akan bicarakan dimasa yang lain, saya nak berehat skrg ni.

      By, Penghibur

    • Penghibur berkata:

      @Jeff

      JEFF =====> Seandainya saudara mengatakan bahawa saudara mengikut ajaran dan beriman kepada Nabi Isa Al-Masih, dan Nabi Isa Al-Masih adalah sama taraf dengan nabi saudara, sudah tentu saudara mengucapkan selawat dan salam kepada Nabi Isa Al-Masih. Saudara hanya memberikan salam sahaja kepada Nabi Isa Al-Masih tetapi bukan selawat. Saudaraku, dalam kitab saudara kalau nama Nabi Isa Al-Masih itu disebut hanya 25 kali tetapi nama nabi saudara kurang daripada 10 kali, mengapa satu daripada surah itu dinamakan sebagai “Surah Muhammad”? Tidak terdapat pun “Surah Isa” atau “Surah Al-Masih” atau “Surah Ibn Maryam” kecuali “Surah Maryam”.
      Oleh kerana, Tuhan yang Maha Tinggi memuliakan nabi saudara? Atau apa?

      PENGHIBUR =====> Saya hanya ingin tegaskan beberapa perkara Jeff;

      (1) Sebahagian dari soalan ini telah saya jelaskan, semoga anda faham. Allah swt tidak membezakan Nabi dimana darjat Kenabian mereka sama, tugasan mereka sama, NAMUN PERBEZAAN mereka adalah ujian yang mereka lalui.

      Saya juga telah jelaskan bahawa Nabi-Nabi sebelum nabi Muhammad saw hanya di utus kepada kaum/umat masing-masing dan BUKAN untuk seluruh manusia. Penyatuan semua manusia diperintahkan Allah swt pada Era Nabi Muhammad saw dengan syariat yang terakhir iaitu Al-Quran Al-Karim dan juga DIKENALI Sebagai KITAB PERJANJIAN TERAKHIR dari Allah swt kepada manusia.

      “Al-Quran Adalah Kitab Perjanjian Terakhir Dari Allah swt Kepada Manusia”

      (2) Anda menyatakan kami umat Islam hanya memberi salam kepada Nabi Isa a.s sahaja dan tidak berselawat ke atas bainda. ASpakah PENGERTIAN SALAM Jeff?

      (3) Berkenaan Surah Muhammad saw, sudahkah saudara membaca Surah Muhammad? Ada apa dalam Surah itu? Adakah dalam Surah Muhammad menceritakan tentang Salasilah Keluarga Nabi Muhammad saw? Adakah dalam Surah Muhammad saw menceritakan siapakah nama-nama isteri baginda? Adakah dalam Surah Muhammad menceritakan tentang berapa bnilangan anak baginda, dan siapakah namanya, dan apa yang berlakua kepada mereka? Adakah dalam Surah Muhammad menceritakan tentang Sahabat-Sahabat Nabi Muhammad saw? Adakah dalam Surah Muhammad saw menceritakan apakah makanan dan minuman kegemaran Nabi saw? Adakah Surah Muhammad berkepentingan peribadi semata-mata ATAU Surah Muhammad saw adalah sebuah peringatan dari Allah swt terhadap rasul-Nya serta umat ISLAM?

      Surah Maryam, mengapa Surah Maryam dan BUKAN Srah Isa Al-Masih? Siapa Maryam sebenarnya? Maryam adalah Ibu Nabi Isa a.s, jika Surah Maryam menceritakan tentang Maryam, maka sudah tentu Surah itu menyentuh tentang siapa Anak Maryam! Siapa anak Maryam? Sudah tentu Nabi Isa a.s, apa yang berlaku kepada Maryam? Jawpannya adalah Fitnah, dan apa yang berlaku terhadap Nabi Isa a.s? jawapnnya adalah Fitnah!

      Jadi mengapa adanya Surah Maryam, jelas dan sejelas-jelasnya Allah swt berfirman dan mengisahkan Kisah Nabi Isa a.s dari permulaan iaitu bermula dari Kisah Ibunya, sehinggalah kepada anaknya iaitu Nabi Isa a.s sendiri. Mengapa Allah swt mewahyukan lengkap kisah Maryam dengan Nabi Isa a.s? Jawapnnya adalah membersihkan FITNAH yang ditabur kepada Nabi Isa a.s serta Ibunya Maryam.

      By, Penghibur

    • Penghibur berkata:

      @Jeff

      JEFF =====> Kita sebagai manusia harus adil dan saksama dalam kes ini. Jangan terlalu menuduh orang lain salah tanpa mengetahui perkara yang asas.

      PENGHIBUR =====> Pernyataan anda tentang ini, saya perlu abaikan kerana saya tidak menuduh. Perbincangan kita diperingkat ini BUKANLAH dalam BAB Tuduh Menuduh. Mohon sedia maklum.

      JEFF =====> Saudaraku,
      Saya ada persoalan yang saya minta saudara jawab bagi saya.

      1. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, beriman kepada Nabi Isa Al-Masih?

      PENGHIBUR =====> Tidak berdosa, dan itu baik kerana mengimani Nabi isa a.s, dan UNTUK PENGETAHUAN anda JEFF, sekurang-kurangnya 1.6 RIBU JUTA Umat Islam juga mengimani Nabi Isa a.s.

      Jika anda benar-benar beriman kepada Nabi Isa Al-Masih, maka anda WAJIB mengimani apa yang diimani oleh Nabi Isa a.s iaitu nabi Isa a.s mengimani Kerasulan Nabi Muhammad saw.

      Bagaimana anda boleh mengaku beriman kepada Nabi Isa a.s sedangkan pada masa yang sama anda tidak mengimani apa yang diimani oleh Nabi Isa a.s?

      2. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut ajaranNabi Isa Al-Masih?

      PENGHIBUR =====> Seperti yang saya katakan diatas, tidak berdosa dan kami umat Islam juga beriman kepada nabi Isa a.s, dan kami juga mengikuti ajaran Nabi Isa a.s iaitu dasar utama perjuangan Nabi iaiah meng-Esakan Allah swt dan tidak mempersekutukan Allah swt.

      Jeff, jika anda seorang Islam, BUKAN bermaksud anda tidak mengimani Nabi Isa a.s, mana-mana muslim yang tidak mengimani Nabi isa a.s sebagai utusan Allah swt kepada Bani Israel, boleh membawa kepada Kafir iaitu batal Syahadah (terkeluar dari Islam)

      Namun sekarang anda WAJIB beriman kepada nabi Muhammad saw, dan Allah swt memerintahkan manusia mengikut Nabi Muhammad saw.

      3. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut perbuatan Nabi Isa Al-Masih?

      PENGHIBUR =====> Tidak salah dan tidak berdosa, seperti yang saya tegaskan bahawa umat ISLAM seluruhnya WEAJIB beriman kepada Nabi-nabi Allah swt seperti yang ditetapkan Al-Quran.

      Anda ingin mengikuti perbuatan Nabi Isa a.s? Ini adalah perbuatan yang sangat baik dan muli kerana mencontohi sikap nabi dan mengikut Sunnah Nabi. Jika demikian ikutilah perbuatan Nabi Isa a.s yang mengimani Kerasulan Nabi Muhammad saw. Maka IMAN ANDA sampai ketahap yang lebih tinggi dari sekarang. InsyaAllah, beriman dalam ISLAM, bererti mengimani seluruh Para Nabi, saya dah bahaskan hal ini.

      4. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut pertuturan Nabi Isa Al-Masih?

      PENGHIBUR =====> Tidak salah dan tidak berdosa jika anda mencontohi sunnah Nabi. Saya tegaskan sekali lagi, nabi-nabi sebelum Era Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah kepada kaum masing-masing, kesemua nabi-nabi Allah ini adalh IKON dalam masyarakat dalam segala perbuatan, amalan, pertuturan.

      Namun semua umat Nabi-Nabi ini diatas perintah Allah swt WAJIB beriman kepada nabi Muhammad saw, sudah sampai Qda & Qadar dari Allah untuk menyatukan seluruh manusia dibawah naungan Al-Quran. Lihatlah Kaabah, kamu tentu makum Kaabah itu tempat apa!

      5. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut permikiran Nabi Isa Al-Masih?

      PENGHIBUR =====> Tidak berdosa wahai saudara Jeff, jika anda mengikuti pemikiran Nabi Isa a.s, saya dah jelaskan di poin atas tentang hal ini. semua umat nabi masing-masing sebelum Era Nabi Muhammad saw menjadikan Nabi mereka sebagai IKON dalam semua hal dan juga merupakan sumber rujukan.

      Namun rujukan itu (saya khususkan Nabi Isa a.s) menyatakan kamu WAJIB beriman kepada Nabi Muhammad saw, dan Nabi Isa a.s sendiri adalah umat Muhammad saw di akhir zaman ini pada kedatangnhnya kali kedua dan terakhir ini.

      6. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut amanat dan pesanan Nabi Isa Al-Masih?

      PENGHIBUR =====> Tidak berdosa jika anda mengikut amata Nabi Isa a.s, CUMA dalam SATU HAL INI ANDA BERDOSA iaitu anda TIDAK mengimani apa yang diimani oleh nabi isa a.s iaitu mengimani Kerasulan Nabi Muhammad saw.

      “Meng-Esakan Allah Ada harga disisi-Nya dan Tidak Mengimani Nabi Muhammad saw Juga Ada Harganya”

      By, Penghibur

  18. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Ilham),

    Saudaraku, nampaknya masih kurang faham dan datang dari mana segala tafsiran yang kami gunakan. Semuanya ada dalam Kitab Talmud. Namun begitu, kami tidak seperti Bani Israel yang lebih mementingkan dan mengutamakan Talmud daripada Kitab Taurat. Kami lebih memuliakan Kitab Suci Taurat. Kitab Talmud adalah kitab rujukan semata-mata. Sama juga seperti kuam saudara, pastinya akan menjadikan Al-Quran sebagai sumber pertama dalam membuat rujukan dan diikuti oleh Hadith. Oleh hal yang demikian, sama juga bagi kami, Kitab Suci Taurat yang pertama sebagai rujukan, kemudiannya Kitab Para Nabi. Kitab Talmud adalah rujukan terakhir bagi kami membuat rujukan seandainya ada masalah dan kemusykilan. Harap faham dengan hal ini.

    Sejak dari awal lagi, saya telah menceritakan kepada saudara penghibur bahawa, hanya segelintir sahaja orang yang tahu dan faham secara sepenuhnya akan apa yang dicatatkan dalam Kitab Suci kami. Orang yang mendapat kurnia dan cahaya dari Tuhan yang Maha Tinggi pasti mudah faham akan setiap maksud yang dicatatkan dalam Kitab Suci, maksud saya dalam masyarakat kami. Meskipun Bani Israel telah menukar ayat itu, sama ada tersilap semasa menyalin atau dengan agenda tersembunyi, orang yang bertaqwa dan tawakal kepada Tuhan yang Maha Tinggi pasti tahu dan sedar akan setia butir bicara yang cuba disampaikan. Kalau ditafsir secara harafiah, memang akan memberikan makna yang boleh menyebabkan kita kufur dan murtad (konteks – Tuhan Menyesal). Tetapi, golongan yang mengEsakan Tuhan yang Maha Tinggi, serta mengakui kekuasaan-Nya yang tidak terbatas, maka kami tidak mudah ditipu akan ayat itu. Lantas oleh sebab yang demikian, kami sering kali mengadakan “Syna” atau “Syura” bagi berbincang dan mendalami setiap butir bicara yang ditulis secara terpesong dan muslihat oleh Bani Israel.

    Untuk pengetahuan saudara, saya bukan seperti Nasrani yang saudara cuba bayangkan. Saya tidak seperti mereka yang tidak tahu akan kekuasaan Tuhan yang Maha Tinggi.
    Saya sangat faham akan setiap butir bicara yang cuba disampaikan dalam Kitab Suci kami.

    Harap maklum

    Shallom

  19. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Saudara Penghibur,

    Penghibur ——————- > (2) Sekali lagi saya jelaskan pada anda Jeff, ingat ayat yang menyentuh TUHAN MENYESAL tidak bersangkut paut dengan masalah yang berlaku kepada Bani ISRAEL, ini kerana berdasarkan ayat di dalam Kitab Taurat yang anda miliki dengan jelas menyatakan bahawa PENYESALAN TUHAN adalah terhadap “QADA dan QADAR” yang Dia (Tuhan) sendiri tetapkan, perkara yang berlaku terhadap Bani israel adalah ketetapan dari Tuhan, dan BUKAN rancangan dari bani Israel, tetapi rancangan Tuhan Yang Maha Tinggi. Sila baca ulang ayat tersebut.

    Saudaraku,
    Kamu tidak akan faham mengapa ayat itu ditulis begitu. Kalau saudara ada masa untuk membaca Kitab Talmud, pasti saudara akan tahu akan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Pendeta Bani Israel. Kejadian (Bala dan Malapetaka) yang ditimpakan kepada Bani Israel bagi kamu adalah “Qada dan Qadar” tetapi bagi kami ia adalah “Ketentuan yang Pasti”. Tuhan yang Maha Tinggi tidak pernah menyesal akan apa yang telah ditentukan bagi Bani Israel. Saudara nampaknya membela Bani Israel akan tindakan mereka. Namun begitu saudara berkata juga mereka menghina Tuhan yang Maha Tinggi. Bagi kami yang diberikan pengertian akan kisah itu, sememangnya satu kekufuran dan kejahatan yang dilakukan oleh Bani Israel. Dalam Kitab Talmud lagi terang diceritakan kisah propaganda Bani Israel yang inginkan Tuhan yang Maha Tinggi tunduk kepada mereka. Bagi kami, kami tidak akan mengikuti apa yang dilakukan oleh Bani Israel. Kami mengEsakan Tuhan yang Maha Tinggi. Kami mengakui kekuasaan Tuhan yang Maha Tinggi dan MUSTAHIL Tuhan yang Maha Tinggi tunduk kepada makhluk ciptaan-Nya sendiri.

    Penghibur ———— > (3) Saya faham doa itu Jeff, tapi sekali lagi saya jelaskan anda WAJIB beriman kepada Nabi Muhammad saw, mana mungkin anda menolak ISLAM, sedangkan Nabi Isa a.s pun beriman kepada Nabi Muhammad saw. Jika anda tidak beriman kepada Nabi Muhammad saw sebagaimana Nabi isa a.s, maka dimana tempat anda selepas ini Jeff? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang, Rahmat Allah Maha Luas.

    Saudaraku,
    Carikan dalam nas dalam Kitab Suci Injil yang ada sekarang ini yang memerintahkan kami untuk beriman kepada nabi saudara? Tentu saudara tidak akan mendapatinya. Nyatakan nas mana dalam Kitab Suci Injil yang menyatakan Nabi Isa Al-Masih beriman kepada nabi saudara?

    Saudaraku,
    Kami mengatakan nabi saudara hanyalah orang solleh dalam agama kami. Bagi kami hanya Nabi Isa Al-Masih sahaja “Juruselamat” dan wajib bagi kami beriman kepada beliau. Nyatakan kepada kami, nas mana yang mengatakan nabi saudara adalah “Al-Masih/Juruselamat” yang diutuskan kepada kami. Pastinya hanya Nabi Isa Al-Masih sahaja “Al-Masih” dan nabi saudara mengakui juga bahawa hanya Nabi Isa Al-Masih sahaja yang diberikan gelaran “Al-Masih”.

    Penghibur ————– > Semua para Nabi adalah ISLAM, tetapi bolehkah anda nyatakan pada saya Jeff, apakah AGAMA NABI IBRAHIM (Abraham) serta anak cucunya? Jika anda tidak mampu membuktikan secara Ilmiah, saya akan tolong anda untuk selesaikan apakah pegangan dan AGAMA Para Nabi.

    Saudaraku,
    Dalam iman kami, dan apa yang diajarkan kepada kami, tiada satu terma yang “Khusus” bagi merujuk “kepercayaan” Nabi Ibrahim. Apa yang telah disampaikan kepada kami, seperti yang kami imani, demikian senarai nama para nabi menurut Kitab Suci:

    Pre-Patriarchs
    Adam – Abel – Kenan – Enoch – Noah – Eber

    Patriarchs and Matriarchs
    Abraham – Isaac – Jacob

    Israelite prophets in the Torah
    Moses – Aaron – Miriam – Eldad & Medad – Phinehas

    Prophets mentioned in the First Prophets
    Joshua · Deborah · Eli · Elkanah · Hannah · Abigail · Samuel · Saul · David · Solomon · Gad · Nathan · Jeduthun · Ahiyah · Elijah · Elisha · Shemaiah · Iddo · Azariah · Hanani · Jehu · Micaiah · Jahaziel · Eliezer · Zechariah ben Jehoiada · Oded · Huldah · Uriah · Hilkiah

    Major Prophets
    Isaiah – Jeremiah – Ezekiel – Daniel – Jesus

    Minor Prophets
    Hosea · Joel · Amos · Obadiah · Jonah · Micah · Nahum · Habakkuk · Zephaniah · Haggai · Zechariah · Malachi – John

    Noahide prophets
    Beor · Balaam · Job · Eliphaz · Bildad · Zophar · Elihu

    Other prophets
    Amoz · Beeri · Baruch · Buzi · Mordecai · Esther

    * Setiap nabi yang diutuskan dalam iman kami sering kali mengunakan ungkapan “Kebenaran” dalam ucapan mereka sama ada berdakwah ataupun menyampaikan amanat kepada penduduk mereka serta pengikut mereka.

    Contohnya,
    Nabi Isa Al-Masih seringkali mengunakan ungkapan “Jalan Kebenaran” bagi merujuk “iman/kepercayaan” yang mungkin boleh saudara katakan sebagai kalimah “agama”. Bagi kami dan iman kami, “Iman” yang dianjurkan oleh para nabi bermula dari Nabi Adam sehingga Nabi Isa Al-Masih (tidak termasuk nabi saudara – kerana bagi kami nabi saudara adalah orang salleh – menurut iman kami) adalah “Kebenaran”. Tidak ada satu “terma” khusus bagi merujuk kepada istilah “agama” seperti yang terkandung dalam Kitab Suci kami untuk merujuk kepada “agama”. Terma “Kebenaran” acap kali disebut dalam Kitab Suci kami bagi merujuk kepada “Iman” ataupun “subject yang dipercayai” oleh seseorang individu tersebut.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Jeff

      (1) Anda menyurusa saya membaca KITAB TALMUD! Kitab Talmud BUKANLAH Kitab Allah, itu Kitab Nafsu Serakah Yahudi. banyak benda Fitnah di dalamnya yang menyentuh tentang Maryam dan Nabi Isa a.s termasuk merendahkan Martabat golongan BUKAN Yahudi (Goyim). Para Rabbi Yahudi juga mengeluarkan FATWA membunuh jiwa orang Islam berpahala besar! Talmud Kitab paling berbahaya dimuka bumi ni.

      “SAY NO TALMUD”

      (2) “Qada & Qadar” bagi Iman dalam Islam, dan “Ketentuan Pasti” bagi anda yang mengaku sebagai Nasrani. Apa bezanya diantara Qada & Qadar dan Ketentuan Pasti Jeff?

      Sebenarnya tiada beza, yang membezakan Qada & Qadar dengan Ketentuan Pasti adalah cara kita memahaminya. Allah menciptakan Qada & Qadar, dan ini adalah SUNNAHTULLAH (Ketetapan Allah)

      Anda mentafsirkan TUHAN MENYESAL sebagai TUHAN TIDAK REDHA akan PERBUATAN hamba-hambaNya. Jadi perkara yang saya tekankan berdasarkan ayat pada Taurat tersebut adalah FOKUS kepada Qada & Qadar yang Allah sendiri tetapkan. Pergolakan itu adalah pada Dzat Allah sendiri, merujuk ayat-ayat tersebut TUHAN MENYESAL samalah seperti TUHAN TIDAK REDHA dengan QADA & QADAR yang Dia sendiri tetapkan. Adakah anda faham Jeff apa yang saya tekankan. Maksudnya Tuhan boleh menetapkan suatu yang lebih baik jika Tuhan tidak mentakdirkan MALAPETAKA terhadap Bani Israel dan inilah yang membawa kepada PENYESALAN TUHAN.

      TUHAN sesekali tidak pernah menyesal, keterangan/tafsiran anda dalam bab Sifat TUHAN MENYESAL sangat meragukan dan saya menolak penjelasan anda, anda beriman dengan baik kepada Allah TETAPI KITAB anda masih memiliki perkataan atau ayat-ayat yang mencurigakan lagi menghina Dzat Allah swt.

      “Berdasarkan ayat dari Kitab bible yang menyentuh TUHAN MENYESAL adalah merujuk kepada PERGOLAKAN yang berlaku pada diri Tuhan sendiri. Tidak seorangpun yang mampu masuk campur urusan Allah swt”

      (3) SAYA TEGASKAN SEKALI LAGI, apa yang saya sampaikan dan cuba berkongsi emosi ini adalah BERKISAR KETETAPAN ALLAH iaitu Qada & Qadar (Sunnahtullah) dan saya tidak membicarakan tentang kesalahan Bani Israel. Ini adalah 2 topik yang berbeza, mohon fahami.

      Mohon anda fahami Jeff, setakat ini saya tidak membincangkan masalah atau malapetaka yang berlaku, TAPI saya sedang membicarakan BAB TAUHID yang menyentuh tentang SIFAT-SIFAT yang berdiri pada Dzat Allah swt!

      Saya BUKAN MEMBELA kecurangan yang dilakukan Bani Israel, mereka memang SALAH dan SANGAT BIADAP terhadap Allah swt. Maka kecurangan Bani Israel ini mendatangkan MURKA Allah dan Allah Maha berkuasa diatas segala sesuatu.

      Allah TIDAK PERNAH MENYESAL, saya dah kongsi Jeff, bahawa jika seluruh umat manusia di dunia ini tidak menyembah Allah dan mengikuti langkah syaitan dan kemahuan Iblis, perbuatan dan segala amalan manusia ini TIDAK MEMBERI SEBARANG KESAN kepada Allah swt. Allah tidak rugi walau sesen pun. Malah Allah swt menjanjikan Neraka Jahannam kepada hamba-hambaNya yang derhaka. Mohon fahami apa yang saya sampaikan, dan JANGAN anda pusing (mengalih perhatian) saya kepada perbincangan yang saya sendiri tidak menekankannya.

      (Surah Al-Imran 3:26)
      Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

      bersambung…..

      By, Penghibur

    • Penghibur berkata:

      @Jeff

      (4) Anda suruh saya carikan Nas dalam Kitab Injil yang ada pada hari ini? Mana ada Kitab Injil lagi pada hari ini, namun yang paling akurat adalah merujuk kepada Al-Quran.

      (Surah As-Saff 61:6)
      Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

      PERHATIAN : Ulama menjelaskan bahawa ayat ini adalah ayat asal dari Kitab Injil yang diwahyukan Allah swt kepada Nabi Isa a.s melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

      Namun begitu Kitab Bible yang mengatasnamakan Taurat dan Injil juga masih menyimpan sisa-sisa karakteristik Nabi Muhammad saw dan Jesus (a.s) juga menjanjikan Penghibur iaitu Roh Kebenaran, juga merujuk kepada Nabi Kebenaran, juga dikenali sebagai Al-Amin Yang Terpuji dan sudah semstinya tidak lain dan tidak bukan adalah Nabi Muhammad saw Yang Agung iaitu MUHAMMADIM.

      (Surah Al-Baqarah 2:146)
      Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).

      PERHATIAN : Sisa-sisa karakteristik Nabi Muhammad saw masih ada dalam Kitab anda, jika anda mengatakan ia tidak merujuk kepada Nabi Muhammad saw, maka ramalan kenabian TIDAK PERNAH terpenuh sehingga hari ini. Sila rujuk Kitab Ulangan 18:18, ayat tersebut juga persis merujuk kepada nabi Muhammad saw.

      (5) Dalam BAB yang sangat penting kali ini, mohon perhatian sebaiknya, kerana untuk pengetahuan saudara Jeff, tiada seorangpun yang dapat membuktikan Al-Quran bukan Kitab Allah, tidak seorang pun yang mampu, bahkan Al-Quran mengatasi semua Kitab-Kitab Agama yang ada dimuka bumi ini kerana ia datang dari Allah swt.

      Menyentuh Agama Para Nabi, dibanyak bahagian saya menyatakan agama Para Nabi adalah ISLAM, dan Al-Quran mencatatkan hal ini dengan lengkap.

      (Surah Al-Baqarah 2:130-132)
      (130) Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

      (131) (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

      (132)Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”.

      PERHATIAN : Untuk pengetahuan Jeff, kata arab yang digunakan untuk menjelaskan agama Para Nabi adalah MUSLIMUN, yang sudah pasti merujuk kepada Agama Islam.

      (6) Anda sebenarnya menyembunyikan FAKTA Kerasulan Nabi Muhammad saw, dan ini memang jelas, Al-Quran juga menjelaskan siapa golongan seperti anda.

      Saya tegaskan sekali lagi, anda masih tidak faham beberapa perkara diantaranya adalah:

      (1) PEMBENTUKAN IMAN
      (2) AGAMA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KEPENTINGAN
      (3) SIFAT TUHAN
      (4) KITAB YANG KAMU IMANI

      PERHATIAN : Jika kamu Jeff mengimani Kitab Taurat dan Kitab Injil, maka Kitab Taurat dan Kitab Injil membawamu beriman kepada Nabi Muhammad saw, jika tidak, maka kamu sekalian tahu dimana tempat kamu nanti.

      Saya tidak merendahkan anda Jeff, tapi Kitab Taurat, Kitab Zabur dan Kitab Injil adalah merupakan Kitab ISLAM yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia. Dalam ertikata mudah, ISLAM adalah Penguasa Kitab Samawi.

      (Surah Al-Baqarah 2:76)
      (76) Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman”; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: “Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?”

      (77) (Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?

      (78) Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

      (79) Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

      Bersambung…..

      By, Penghibur

  20. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Penghibur ————- >
    (a) Bagaiman anda boleh beriman kepada Allah?
    (b) Apakah yang membentuk iman anda?
    (c) Darimana anda mendapat tunjuk ajar tentang Iman?

    Saudara Penghibur,

    Persoalan bagaimana kami boleh beriman kepada Tuhan yang Maha Tinggi adalah, kerana kami percaya bahawa telah wujud satu kuasa yang lebih berkuasa daripada kami. Kitab Suci telah menceritakannya dengan teliti bahawa Tuhan yang Maha Tinggi itu wujud. Tidak ada seorangpun yang dapat meniadakan perkara itu.

    Dalam persoalan perkara yang membentuk iman kami adalah, segala ajaran yang telah disampaikan oleh Tuhan yang Maha Tinggi kepada para nabi dan Kitab Suci telah meriwayatkannya kepada kami. Kitab Suci itu menjadi panduan kami dan kami tahu bahawa, Tuhan yang Maha Kuasa yang menjernihkan hati manusia supaya mereka beriman kepada-Nya.

    Kitab Suci dan kejadian alam yang menceritakan kepada kami akan kewujudan Tuhan yang Maha Tinggi. Kami mengakui kehebatan segala kejadian itu dan iman kami terbentuk apabila kita percaya akan satu kuasa yang lebih berkuasa dan abadi telah menjadikan hal itu berlaku. Misalannya, kes kejadian manusia, kita akab berfikir secara luaran terlebih dahulu, iaitu bagaimana manusia diciptakan. Seterusnya kita akan menyelidiki asas kepada kejadian itu dan kita akan mencari dari segala sumber sehinggalah dalam Kitab Suci. Dalam Kitab Suci menceritakan dengan jelas akan kejadian manusia itu, maka kita secara tidak langsung tahu akan kuasa Tuhan yang Maha Tinggi itu wujud dan mengakui kekuasaan-Nya.
    Iman itu terbentuk apabila kita percaya akan benda itu. Nabi Isa Al-Masih pernah menceritakan kisah tentang iman kepada kami.

    Seandainya kamu tidak beriman mustahil kamu akan dapat memerintahkan gunung itu bergerak ke lautan. Tetapi seandainya kamu beriman, meskipun iman kamu sekecil biji sawi pun, maka gunung itu akan bergerak juga apabila kamu perintahkan.

    Itu adalah satu daripada kisah iman yang diceritakan kepada kami. Kami mesti “”Yakin dan Percaya” kepada Tuhan yang Maha Tinggi 100000000000000000% akan kekuasaan Tuhan yang Maha Tinggi itu dan tidak mempersoalkannya. Nabi Isa Al-Masih tidak pernah pun mengatakan kepada kami, iman itu lebih utama daripada agama (Pratikal/amalan). Tetapi Nabi Isa Al-Masih memerintahkan kami agar menjaga iman kami, kerana agama (pratikal/amalan) itu boleh menyebabkan seseorang individu itu munafik.

    Lihatlah dalam kisah Nabi Isa Al-Masih menyelar golongan Pendeta Yahudi – Farisi dan Saduki akan hal mereka yang terlalu menjaga agama mereka iaitu perbuatan yang sering diada-adakan, tetapi iman mereka amatlah kufur dan munafik. Sedarilah wahai saudaraku, itu adalah sati kisah yang amat penting dalam iman kami. Oleh hal yang demikian, kami lebih mementingkan menjaga iman daripada segala sesuatu dalam dunia ini.

    PENGHIBUR =====> Ya, kerana di dalam ISLAM, sebagai contoh IBADAH HAJI, sebahagian dari amalan IBADAH HAJI adalah IBADAH yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dizamannya dalam Ibdah Haji kami lakukan hari ini. Menyentuh dengan amalan-amalan dari nabi lain, kami juga mempraktikkan. Ingat Jeff, umat ISLAM engimani Kitab Taurat, Kitab Zabur dan Kitab Injil serta shuhuf-shuhuf lain yang diberikan kepada Nabi-Nabi lainnya.

    Saudaraku,
    Harus diingatkan, menurut iman kami, dan menurut Kitab Suci kami, Nabi Ibrahim tidak pernah menunaikan haj. Harap maklum akan hal itu. Hanya nabi saudara yang menunaikan haj. Tidak ada dalam satu nas pun yang menceritakan kisah Nabi Ibrahim menunaikan haj. Semua nabi selepas Nabi Ibrahim pun tidak pernah menunaikan haj ke Mekkah, dan semua nabi Bani Israel menunaikan haj mereka ke Jerusalem. Para Nabi sebelum nabi Ibrahim pun tidak pernah diceritakan menunaikan haj. Harap maklum akan kisah itu. Kalau ada pun, itu adalah menurut versi iman saudara dan bukannya menurut apa yang telah dikhabarkan kepada kami.

    Seandainya saudara juga beriman kepada akan wujudnya Kitab Suci (Taurat, Zabur, dan Injil) sudah pasti saudara membaca dan memperlajarinya. Tetapi nampaknya saudara tidak cuba memperlajari akan Kitab Suci itu melainkan hanya menyatakan saudara beriman dan percaya. Tidak habis-habis saudara lebih mengutamakan membuat kajian banding antara Kitab Suci kami dengan kitab saudara.

    (3) Tentang JURUSELAMAT iaitu nabi isa a.s, Kamu umat Nasrani kena faham, bahawa ISLAM Era nabi Muhammad saw membersihkan Fitnah terhadap JURUSELAMAT ini. Dalam ertikata lain, bahawa ISLAM MENYELAMATKAN JURUSELAMAT dari difitnah oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. termasuk ISU PENYALIBAN dan KEMATIAN yang tidak pernah berlaku terhadap Nabi isa a.s

    Kamu boleh terima segala mukjizat sejak nabi Isa a.s dilahirkan, mengapa kamu tidak menerima bahawa Allah swt telah menyelamatkannya dari dibunuh dan Allah swt telah mengangkatnya hidup-hidup ke langit? Jika kamu percaya Nabi isa a.s MATI! jangan harap IMAN KAMU BETOL, itu adalah kepercayaan yang salah.

    Isu ini timbul disebabkan itu adalah iman kami dan tidak sama dengan iman saudara. Kami percaya, bahawa seandainya Tuhan yang Maha Tinggi itu telah merencanakan akan ketentuan akan cara dan gaya akan kisah kematian Nabi Isa Al-Masih itu seperti itu yakni disalibkan dan dihina oleh Bani Israel, maka itu adalah satu kenyataan yang benar dan kami tidak meniadakan akan hal itu. Lihatlah, Tuhan yang Maha Tinggi telah menyatakan akan kisah akan kematian Nabi Isa Al-Masih kepada Nabi Isaiah, Nabi Daniel, Nabi Zakaria, Nabi Malaki, Nabi Musa dan Nabi Ilyas. Mustahil Tuhan yang Maha Tinggi menipu para nabi tersebut. Para nabi tersebut telah menjadi saksi akan segala firman Tuhan yang Maha Tinggi yang mengisahkan akan peristiwa akan kisah kematian Nabi Isa Al-Masih. Hanya nabi saudara sahaja yang meniadakan akan kisah itu, sedangkan para nabi yang lainnya menyatakan akan kisah itu adalah akan berlaku dan telah berlaku.

    Penghibur —————-> Jika kamu percaya Nabi isa a.s MATI! jangan harap IMAN KAMU BETOL, itu adalah kepercayaan yang salah.”

    Nampaknya saudara telah mengangkat diri menjadi Tuhan yang Maha Kuasa dan mengadili iman kami. Hebat!!!!!!!.
    Jangan menjadi hakim saudara. Itu adalah iman kami, dan iman kami tidak akan sama seperti iman saudara. Harap maklum.

    Pengbibur ————- > NAGT! kedatangan Nabi Isa a.s di kali kedua dan terakhir ini adalah sebagai tanda dan bukti kepada kamu bahawa Nabi isa a.s TIDAK PERNAH MATI DITIANG SALIB, dan TIDAK PULA DIBUNUH dan Nabi Isa a.s akan bersaksi bahawa baginda diangkat Allah swt hidup-hidup ke langit sama seperti Allah swt menmgangkat Nabi Muhammad saw hidup-hidup ke langit!

    Harus diingatkan, Kitab Suci kami menceritakan akan kisah kedatangan Nabi Isa Al-Masih yang datang kali kedua ke dunia ini adalah sebagai hakim. Tidak pernah diceritakan akan kisah “kedatangan Nabi Isa a.s di kali kedua dan terakhir ini adalah sebagai tanda dan bukti kepada kamu bahawa Nabi isa a.s TIDAK PERNAH MATI DITIANG SALIB, dan TIDAK PULA DIBUNUH” dalam Kitab Suci kami melainkan kitab saudara sahaja. Bagi kami, seandainya Nabi Isa Al-Masih datang buat kali yang kedua dan mematahkan kayu salib sekali pun, itu bermaksud Nabi Isa Al-Masih membersihkan perbuatan para pendeta “romawi” yang bersembahyang dan menghadapa salib dan bukannya Kiblat “Jerusalem”. Harap maklum akan hal itu. Lihatlah sekarang, dimana sahaja “Balai Ibadat” yang menjadi tempat orang Kristian beribadat pasti ada tanda salib dan mereka menyembah kayu salib itu. Kami tidak seperti mereka. Dalam “Balai Ibadat” kami tiada satu objek dibenarkan dibawa masuk kecuali Kitab Suci sahaja. Ini bagi mengelakkan kisah penyembahan berhala berlaku dalam “Balai Ibadat”.

    P/S
    Gereja adalah “Jemaah yang berkumpul dan beribadat” dan bukannya “bangunan tempat beribadat”. Bangunan tempat beribadat dikenali sebagai “Balai Ibadat” atau “Rumah Tempat Berdoa”.

    Saudaraku,
    Nabi Isa Al-Masih diangkat ke langit oleh Tuhan yang Maha Tinggi dalam dua perkara iaitu jasad dan roh seperti Nabi Ilyas. Tetapi nabi saudara yang di mikraj ke langit dengan buraq adalah roh sahaja dan bukannya jasad. Harap maklum akan hal itu.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Jeff

      (Surah Al-Hajj 22:78) Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. IA MENAMAKAN KAMU: “ORANG-ORANG ISLAM” SEMENJAK DAHULU dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

      (7) Sekali lagi saya TEGASKAN bahawa AGAMA datang dari Allah swt dan AGAMA membawa PAKEJ IMAN yang betol terhadap Allah swt. Bila anda menyatakan pada saya Jeff bahawa anda beriman kepada Allah tanpa agama dan hanya bergantung kepada Kitab, ini adalah permasalahan serius, kerana Kitab Taurat , Kitab Zabur dan Kitab Injil sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw adalah merupakan Kitab yang membawa AGAMA ISLAM sekaligus ajaran ISLAM, syariat dari Allah swt sebelum ISLAM Era Nabi Muhammad saw adalah seperti ketetapan Allah swt.

      (Surah Al-Hajj 22:67-70)
      (67) Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.

      (68) Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

      (69) “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”.

      (70) Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.

      (8) Bab Ibadah Haji, rasanya cukup pada jawapan saya berdasrkan poin ke-7 diatas. Juga SEKALI lagi saya TEGASKAN, pada perbincangan lepas kita telah membincangkan tentang KESAHIHAN Kitab Taurat, Kitab Zabur dan Kitab Injil. Tidak ada lagi Taurat, Tidak ada algi Zabur dan Tidak ada Lagi Injil, JIKA ANDA Jeff inginkan Hakikat Kitab Taurat, Kitab Zabur dan Kitab Injil, maka jawapan pada persoalan ini adlaah Kitab Suci Al-Quran.

      (9) Di dalam Ilmu Islam, Allah swt tidak pernah MENURUNKAN VERSI seperti yang anda katakan pada saya bahawa :

      JEFF =====> Para Nabi sebelum nabi Ibrahim pun tidak pernah diceritakan menunaikan haj. Harap maklum akan kisah itu. Kalau ada pun, itu adalah menurut versi iman saudara dan bukannya menurut apa yang telah dikhabarkan kepada kami.

      PENGHIBUR =====> Tidak ada ISTILAH VERSI dalam beriman kepada Allah, Allah swt hanya menurunkan yang HAQ iaitu Kebenaran Hakiki. Umat Islam mengimani Kitab-Kitab yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi-Nabinya, dan semua Kitab ini (Taurat, Zabur dan Injil) adalah merupakan Kitab ISLAM.

      Allah swt hanya menurunkan ISLAM sebagai agama manusia, dan Allah swt hanya redha kepada ajaran ISLAM, selain dari itu TIDAK akan diterima Allah swt.

      (Surah Ali’Imran 3:19)
      Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

      PERHATIAN : Saudara jeff apakah kamu tidak memperhatikan keterangan dari terjemahan Al-Quran 3:19 diatas? Allah swt sedang mengancam sikap kamu yang mengingkari ayat-ayat Allah swt, dan Allah swt menegaskan bahawa hitungan hisabNya sangat dekat dan segera! Tahukah apakah hitungan itu? Iaitu Allah swt akan menambah kecelakaan tangan-tangan orang yang tidak bertanggungjawab terhadap ucapan dan iman kamu yang tidak benar. Lihatlah apa terjadi kepada Kitab Taurat dan Kitab Injil? kedua-duanya TELAH DIROSAKKAN! Taurat direndahkan digantikan dengan Kitab Talmud! Apakah Rabbi Yahuudi adalah TUHAN sehingga mereka mencapai ke tahap MAKRIFAT Allah? dan siapa pula mengiktiraf Kitab Talmud melebihi Kitab Taurat? Begitu juga Injil, kitab ini tidak terlepas, Umat Nasrani (juga merujuk kepada Kristian) telah mengubah sesuka hati, malah menambah dan menmguranginya. Apakah Kitab 73 seperti yang diimani KHATOLIK atau 66 seperti yang diimani PROTESTANT?

      Dalam ISLAM, baik Kitab Talmud mahupun Kitab Bible yang 73 atau Kitab Bible yang 66, SEMUANYA DITOLAK dari disandarkan kepada Allah swt. Kitab-Kitab yang kamu imani hari ini BUKANLAH Kalamullah, tetapi Kitab yang kamu imani itu bercampuraduk antara Kebenaran dan Kepalsuan yang sangat nyata.

      (Surah Al-Baqarah 2:42)
      Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

      bersambung…..

      By, Penghibur

    • Penghibur berkata:

      @Jeff

      (10) Saudara Jeff, anda tidak sepatutnya mengatakan saya demikian, kerana say dah pun menjelaskan bahawa Kitab Taurat, Zabur dan Injil adalah KITAB ISLAM.

      JEFF =====> Seandainya saudara juga beriman kepada akan wujudnya Kitab Suci (Taurat, Zabur, dan Injil) sudah pasti saudara membaca dan memperlajarinya. Tetapi nampaknya saudara tidak cuba memperlajari akan Kitab Suci itu melainkan hanya menyatakan saudara beriman dan percaya. Tidak habis-habis saudara lebih mengutamakan membuat kajian banding antara Kitab Suci kami dengan kitab saudara.

      PENGHIBUR =====> Saya dah jawap semua soaln ini pada perbincangan kita yang lalu pada TOPIK : KITAB WAHYU & AHLI KITAB. Semoga saudara Jeff lebih jelas. Umat Islam telah mengimani semua kitab Para Nabi, dan semua ajaran Para Nabi adalah AJARAN ISLAM, dan sudah semestinya AJARAN ISLAM datang dari Allah swt.

      Kami juga mempelajari Kitab Taurat, Zabur dan Injil, tetapi Kitab-Kitab itu kami pelajari melalui Al-Quran dan juga berdasarkan Hadith Rasulullah saw. Rasulullah saw dengan izin dan limpah kurnia Allah swt adalah MANUSIA YANG MENGUASAI Kitab Taurat, Zabur dan Injil serta Shuhuf-Shuhuf lain Para Nabi.

      Di dalam Hadith Qudsi, Allah swt berfirman; “Wahai Adam, JIKA TIDAK KERANA MUHAMMAD, tidak-Ku jadikan engkau atau langit dan bumi.”

      (11) Tentang Penyaliban Nabi Isa a.s serta kematiannya, semua itu adalah Kisah BOHONG dan tidak pernah berlaku kepada Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s (semiga rahmat dan kesejahteraan terus dilimpahkan kepada baginda) TELAH diselamatkan oleh Allah swt.

      Sunnahtullah ini tiada sesiapapun yang boleh menentang termasuk anda Jeff. SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN, sehingga hari ini Kitab Suci Al-Quran adalah Kitab Yang Haq dan bebas dari sebrang kerosakan mahupun campurtangan pihak ketiga.

      Semua yang dicatatkan dalam kitab Suci Al-Quran adalah BENAR, sekalipun ujian terhadap Kebenaran Al-Quran masih giat dijalankan, Alhamdulillah tiada satu kitab pun yang dapat menandingi Kesucian Kitab Al-Quran.

      Kisah Penyaliban dan Kematian Nabi Isa a.s yang dicatatkan di dalam Kitab Bible adalah tidak benar 100%, Ini adalah sebuah penghinaan dari Allah swt kepada Bani Israel. Umat Israel cuba melangkah Kekuasaan Tuhan! Namun Allah swt telah menghina pada kali pertamanya iaitu ketika Allah swt mengangkat Nabi Isa a.s HIDUP-HIDUP ke Langit, sama seperti Nabi Muhammad saw Mi’raj ke Langit dalam Keadaan HIDUP-HIDUP. (Berkenaan Miraj Nabi Muhammad saw, nanti saya akan kongsikan pada anda Jeff)

      (Surah An-Nisa’ 4:157)
      (157) Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

      (158) Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

      PERHATIAN : Inilah hakikat kebenarannya, Penghinaan terhadap tipudaya bani israel terus berlangsung, penghinaan ini akan sekali lagi mengena Bani israel pada kedatangan Nabi isa a.s, dimana Nabi isa a.s akan membantah semua ucapan kamu tentang Kisah Penyaliban dan Kisah kematian tersebut, bahkan di antara kamu dan Ahli Kitab akan beriman kepada Nabi Isa a.s dan mengakui kerasulannya serta mengikut petunjuk Kitab Suci Al-Quran.

      (Surah An-Nisa’ 4:159)
      Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.

      PERHATIAN ! Nabi Isa a.s akan sampai kepada akhir ajalnya (wafat) dan Nabi Isa a.s merujuk kepada sumber Hadith nabi Muhammad saw bahawa Nabi Isa a.s akan di makamkan disebelah makam Nabi Muhammad saw beserta dengan Khalifah Abu Bakar serta Khalifah Umar Al-Khattab. Wallahu’alam.

      (12) Amat disayangkan kerana walaupun anda mempelajari Ilmu Kitab dan sekarang di LEVEL Ahli Kitab Nasrani, namun anda tetap dalam kekurangan!

      Saya TIDAK MENGANGKAT DIRI MENJADI TUHAN! Ini kesilapan anda, tetapi maklumat yang saya sampaikan adalah berdasarkan Kitab Suci Al-Quran iaitu Kitab Perjanjian Terakhir. saya maafkan kelemahan serta kekurangan anda Jeff. keterbatasan sumber maklumat anda menyebabkan anda mengeluarkan kata-kata demikian. HEBAT itu MEMANG TEPAT! Tetapi HEBAT itu BUKAN untuk DIRI SAYA Jeff, tetapi HEBAT ITU adalah Allah swt, Allah swt Maha Hebat, kerana menurunkan Al-Quran.

      Saya ucapkan ribuan serta jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada anda Jeff kerana anda menyatakan KEHEBATAN itu, dan saya pulangkan HEBAT itu kepada Al-Quran. Al-Quran Maha Hebat kerana ia datang dari Allah swt. Saya BETUL-BETUL GEMBIRA kerana anda Jeff dapat MERASAKAN KEHEBATAN Al-Quran, walaupun anda menolaknya! Thanks Jeff.

      (Surah Al-Baqarah 2:1-5)

      (1)Alif, Laam, Miim.

      (2) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

      (3) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

      (4) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

      (5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

      bersambung…..

      By, Penghibur

  21. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Penghibur ——————- >Saudara Jeff, tanyalah kepada umat Islam, siapakah nabi isa a.s di dalam ISLAM! 1.6 RIBU JUTA UMAT ISLAM beriman kepada Nabi Isa a.s hanya dengan kesaksian dari nabi Muhammad saw dan BUKAN dari tunjuk ajar dari KRISTIAN mahupun golongan anda Jeff. Selawat dan salam ke atas Nabi Isa a.s serta ibunya, begitu sinonim di dalam Islam.

    Saudaraku,
    Seandainya memang betul kamu pernah berselawat dan memberi salam kepada Nabi Isa Al-Masih, apakah contoh selawat dan salam itu? Sering kali saya mendengar kamu hanya lebih mengutamakan selawat dan salam kepada nabi saudara dan Nabi Ibrahim sahaja. Para nabi yang lainnya seakan-akan dianak tirikan oleh saudara. Kamu hanya beriman tetapi tidak memberikan selawat dan salam kepada para semua nabi melainkan hanya mementingkan nabi saudara sahaja. Inilah kisah yang cuba diceritakan oleh Nabi Isa Al-Masih, disuatu hari seorang hamba yang berkhidmat kepada dua tuan, pasti akan memuliakan tuan yang satu daripada tuan yang satu lagi meskipun tuan itu tinggal dalam satu rumah.

    Seandainya sinonim dalam agama saudara, sudah pasti saudara akan mengucapakan selawat dan salam kepada Nabi Isa Al-Masih juga selepas solat. Tetapi nampaknya tidak. Fikirkanlah.

    Seringkali saya mendengar saudara saya yang sama iman dengan saudara, mengucapakan selawat dan salam kepada nabi saudara, tetapi bila saya bertanya kepada beliau mengapa mengucapkan selawat kepada nabi saudara dan Nabi Ibrahim sahaja, dan jawapan yang diberikan amat menduka citakan, iaitu nabi lain adalah agak kurang penting meskipun Ulul-Azmi, dan hanya dua nabi itu yang lebih utama. Wow!!!!!!!!!!!!!!!! Jawapan yang cukup hebat. Ini adilkan kita mengadili para nabi dengan jawapan itu? Fikirkanlah.

    Meskipun saudara mengatakan para nabi telah diutuskan dalam era yang berbeza dan ujian serta dugaan yang berbeza, kami tahu akan hal itu. Keadaan dan situasi yang berbeza itu tidak menunjukkan akan satu piawai khas yang kita harus mengutamakan nabi yang lain dan memberi kedudukan nabi yang lain agak keterkemudian. Kalaulah hanya nabi berikut sahaja layak dipanggil Ulul-Azmi, bagaimana dengan nabi yang lain? Dugaan dan ujian mereka tidak hebat? Dugaan dan ujian yang mereka hadapi adalah sama hebat. Seandainya kita fahami dalam Kitab Suci, semua para nabi mengalami ancaman untuk dibunuh oleh Bani Israel. Masyarakat yang diceritakan amat teruk dan kejam sekali. Seakan-akan dunia ini akan meletup tidak tahan akan perbuatan maksiat manusia.

    Lihatlah Bani Israel, mereka menolak Nabi Isa Al-Masih meskipun Nabi Isa Al-Masih telah diutuskan kepada mereka. Bani Israel langsung tidak menerima Nabi Isa Al-Masih sehingga kini dan mereka mengatakan Nabi Isa Al-Masih tidak cukup sempurna dan kateria menjadi Al-Masih. Lihatlah kisah itu. Fahamilah saudara.

    Penghibur ——————- > (2) Anda menyatakan kami umat Islam hanya memberi salam kepada Nabi Isa a.s sahaja dan tidak berselawat ke atas bainda. ASpakah PENGERTIAN SALAM Jeff?

    Salam dalam kosa kata Ibrani adalah “Damai Sejahtera”. Dalam iman kami adalah wajib bagi kami mengucapkan salam kepada Nabi Isa Al-Masih seperti mana yang Nabi Isa Al-Masih ajarakan kepada kami. Salam bukan sahaja kami mendoakan agar Nabi Isa Al-Masih itu sejahtera tetapi, kami mohon syafaat daripada baginda seperti mana yang telah baginda katakan bahawa, didalam nama baginda terdapat syafaat, nikmat, dan ihsan dari Tuhan yang Maha Tinggi kerana Nabi Isa Al-Masih adalah satu-satunya manusia yang diciptakan daripada roh dan kalam oleh Tuhan yang Maha Tinggi. Dalam kalimah salam itu juga kami meminta dan memohon daripada Tuhan yang Maha Tinggi agar memberikan Nabi Isa Al-Masih sifat yang terpuji, keadaan yang kudus dan tidak tercela serta ditinggikan darjat dan martabnya disisi Tuhan yang Maha Tinggi sehingga duduk disebelah kanan Tuhan yang Maha Tinggi. Menurut tradisi Bani Israel, kedudukan kanan adalah sati kedudukan yang istimewa disisi Tuhan yang Maha Tinggi dan juga manusia.

    Penghibur ——————–> (3) Berkenaan Surah Muhammad saw, sudahkah saudara membaca Surah Muhammad? Ada apa dalam Surah itu? Adakah dalam Surah Muhammad menceritakan tentang Salasilah Keluarga Nabi Muhammad saw? Adakah dalam Surah Muhammad saw menceritakan siapakah nama-nama isteri baginda? Adakah dalam Surah Muhammad menceritakan tentang berapa bnilangan anak baginda, dan siapakah namanya, dan apa yang berlakua kepada mereka? Adakah dalam Surah Muhammad menceritakan tentang Sahabat-Sahabat Nabi Muhammad saw? Adakah dalam Surah Muhammad saw menceritakan apakah makanan dan minuman kegemaran Nabi saw? Adakah Surah Muhammad berkepentingan peribadi semata-mata ATAU Surah Muhammad saw adalah sebuah peringatan dari Allah swt terhadap rasul-Nya serta umat ISLAM?

    Saudaraku,
    Saya telah membaca surah itu dan isi surah itu kebanyakkannya menceritakan akan kisah yang amat tidak dapat diterima akal iaitu Tuhan yang Maha Tinggi memerintahkan untuk membunuh orang. Dasyat. Carilah dalam Kitab Suci Injil, kalau ada Nabi Isa Al-Masih pernah memerintahkan untuk membunuh orang bagi mencapai tujuan menyebarkan dakwah. Tentu tidak. Dalam surah ini juga menceritakan akan yang Tuhan yang Maha Tinggi seakan-akan tidak puas hati dengan orang yang tidak mengikuti nabi saudara. Hebat sekali cerita ini. Nampaknya kisah dalam surah ini lebih banyak menyeru kepada peperangan daripada menyelamatkan manusia itu sendiri. Meskipun terdapat yang menceritakan balasan yang baik seandainya mengikut nabi saudara, tetapi itu bukanlah perkara yang utama. Dalam surah ini lebih banyak meminta akan berlakunya kekerasan daripada memberikan perlindungan. Orang yang tidak seiman dengan saudara dicadangkan untuk dihapuskan dan bukannya diberi perlindungan. Surah ini tidak ubah seperti Kitab Talmud yang meminta hak mereka sahaja dihormati dan diakui, tetapi hak orang lain haruslah dihapuskan. Surah ini memerintahkan agar komuniti saudara mengadakan jihad (Jihad Nafsu dan Jihad Jasmani). Namun demikian, dewasa ini ramai orang telah lalai dan mengutamakan jihad jasmani iaitu membunuh orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka. Sedangkan jihad nafsu diabaikan. Pahala Jihad nafsu lebih besar jika dibandingkan dengan jihad jasmani.

    Nabi Isa Al-Masih pernah berpesan kepada kami agar mengasihi semua manusia sahaja tanpa mengira jantina, status, dan warna kulit, sama ada orang itu beriman kepada baginda atau tidak, haruslah bagi kami melayani mereka dan mengasihi mereka seadanya kami. Nabi Isa Al-Masih mengatakan bahawa Tuhan yang Maha Tinggi mengasihi semua manusia tanpa melihat siapa mereka sama ada mereka penyembah berhala atau beriman kepada-Nya dan Tuhan yang Maha Tinggi tetap memberikan rahmat, nikmat dan ihsan kepada mereka. Syukur kepada Tuhan yang Maha Tinggi kerana telah memerintahkan kami lebih mengutamakan jihad nafsu dan tiada konsep jihad jasmani dalam iman kami.

    Saudaraku,
    Harus diingatkan, bahawa saya tidak pernah cuba menjadikan saudara munsuh saya bahkan saya melihat saudara ibarat saudara kandung saya sendiri. Kami diperintahkan untuk mengasihi semua manusia dan semua manusia adalah sama disisi kami kecuali yang membezakan mereka adalah iman dan taqwa sahaja.

    Saudaraku,
    Persoalan saya adalah :

    Saudaraku, dalam kitab saudara kalau nama Nabi Isa Al-Masih itu disebut hanya 25 kali tetapi nama nabi saudara kurang daripada 10 kali, mengapa satu daripada surah itu dinamakan sebagai “Surah Muhammad”? Tidak terdapat pun “Surah Isa” atau “Surah Al-Masih” atau “Surah Ibn Maryam” kecuali “Surah Maryam”.

    Mengapa tidak ada satu pun surah yang dinamakan sempena nama Nabi Isa Al-Masih? Mengapa?

    Meskipun “Surah Maryam” itu adalah kisah tentang Nabi Isa Al-Masih dan ibunya, mengapa surah itu tidak dinamakan “Surah Isa” atau “Surah Al-Masih” atau “Surah Ibn Maryam”?

    Kami tahu akan yang Maryam itu ibu Nabi Isa Al-Masih, dan kami tidak meniadakan akan hakikat itu.

    Jawapan saudara amat mudah iaitu FITNAH. Itu adalah jawapan yang amat mudah untuk diucapkan. Saudara sudah pasti akan mengatakan yang kami menyatakan bahawa Nabi Isa Al-Masih itu “Anak Tuhan”, Tiada Kisah Penyaliban dan Penginaan terhadap Maryam.

    Dalam iman kami,
    Maryam mengandung akan kalam yang ditiupkan kedalam rahim beliau dan bukannya melalui zina.

    Nabi Isa Al-Masih adalah Al-Masih, Nabi, Juruselamat, Rasul dan Manusia.

    Kisah Penyaliban itu adalah benar dalam iman kami dan kami tidak meniadakan akan kisah itu.

    Kami tidak pernah menabur fitnah akan kisah itu, kerana kami percaya dan beriman akan kisah itu adalah benar.

    Shallom

  22. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Berkaitan dengan soalan yang saya ajukan:

    1. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, beriman kepada Nabi Isa Al-Masih?

    2. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut ajaran Nabi Isa Al-Masih?

    3. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut perbuatan Nabi Isa Al-Masih?

    4. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut pertuturan Nabi Isa Al-Masih?

    5. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut permikiran Nabi Isa Al-Masih?

    6. Adakah berdosa untuk saya, bagi saya dan demi saya, mengikut amanat dan pesanan Nabi Isa Al-Masih?

    Saudaraku,
    Saudara nampaknya bersetuju bahawa semua soalan yang saya kemukakan itu merujuk kepada tidak berdosa kerana saya beriman, mengikut ajaran, mengikut perbuatan, mengikut pertuturan , mengikut permikiran, mengikut amanat dan pesanan Nabi Isa Al-Masih seperti komuniti saudara yang beriman kepada Nabi Isa Al-Masih. Nampaknya saudara hanya mencedok akan hal yang menjadi persamaan sahaja.

    Kami sememangnya beriman kepada Nabi Isa Al-Masih tanpa was-was serta ragu-ragu. Tidak ada satu pun nas yang terkandung dalam Kitab Suci Injil yang menceritakan akan hal Nabi Isa Al-Masih beriman kepada nabi saudara dan meminta kami beriman seperti saudara. Kalau ada, tunjukkanlah kepada kami.

    Nampaknya iman kita telah berbeza disitu. Bagi kami, nabi saudara adalah orang solleh, dan bukannya “Al-Masih”. Kami beriman kepada Al-Masih yang diutuskan kepada orang yang beriman kepadanya.

    Nampaknya juga saudara juga cuba menjadikan nabi saudara sebagai “Juruselamat” akan kisah fitnah menurut iman saudara. Tidak saudara, nabi saudara bukannya “Juruselamat” dan hanya Nabi Isa Al-Masih sahaja “Juruselamat” yang telah dijanjikan. Kalau saudara tidak percaya yang akan hanya Nabi Isa Al-Masih itu adalah satu-satunya “Juruselamat”, pasti terdapat perkataan “Al-Masih” pada hujung nama nabi saudara. Nampaknya tidak ada pun perkataan itu pada nama nabi saudara.

    Saya harap saudara maklum akan apa yang saya katakan dari awal lagi, bahawa Nabi Isa Al-Masih itu sempurna, kudus, amanah, jujur, tinggi budi perkerti, bijaksana,adil, saksama dan juga seorang yang sangat sabar. Tidak ada satupun manusia dan makhluk ciptaan Tuhan yang Maha Tinggi berani menafikan hal ini. Saudara juga pun sama. Oleh hal yang demikian, kami wajib dan harus beriman kepada Nabi Isa Al-Masih tanpa was-was dan ragu-ragu. Ingat saudaraku, iman Nabi Isa Al-Masih kepada Tuhan yang Maha Tinggi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun lukisan. Sehinggakan Iblis dan Syaitan ketakutan melihat Nabi Isa Al-Masih, belum lagi Nabi Isa Al-Masih menegur mereka. Dalam dunia ini, iman yang sangat sempurna dan ikhlas menurut iman kami adalah iman Nabi Isa Al-Masih. Baginda betul-betul seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhan yang Maha Tinggi. Kami cuba mencontohi baginda sebaik mungkin.

    Sekali lagi saya katakan, dalam Kitab Suci Injil, tidak pernah pun mencatatkan bahawa Nabi Isa Al-Masih beriman kepada nabi saudara kecuali kepada semua para nabi sebelum baginda dan kepada Tuhan yang Maha Tinggi sahaja. Kitab Suci Injil juga tidak pernah menceritakan kepada kami akan kisah itu Nabi Isa Al-Masih memerintahkan kami untuk beriman kepada nabi saudara. Harap maklum. Sekali lagi saya tegaskan nabi saudara bagi kami adalah orang solleh dan bukannya nabi.

    Bacalah wahai saudaraku,
    Dalam Kitab Suci Injil, Nabi Isa Al-Masih kerap kali memerintahkan para pengikutnya beriman kepada baginda dan iman itu harus mutlak serta tanpa was-was serta ragu-ragu. Tidak ada satu nas pun yang meminta kami beriman kepada nabi saudara melainkan HANYA KEPADA AL-MASIH sahaja. Oleh hal yang demikian, maka kami beriman kepada Nabi Isa Al-Masih.

    Shallom

  23. Penghibur berkata:

    @Jeff

    Kali ini ulasan anda agak menggelikan hati saya, mungkin anda mengharapkan saya patut bersedih dibalik LAPTOP saya ni. Sebenarnya SAYA SANGAT GEMBIRA dengan ULASAN SAUDARA, semuanya akan memudahkan ulasan saya selepas ini.

    Anda terlalu memandang rendah pada Al-Quran, padahal Al-Quran datang dari Allah swt.

    Dalam Pengertian IMAN pun setakat ini anda FAILED! Saya tak nak menjatuhkan maruah anda Jeff, tetapi anda tidak kenala IMAN sebenarnya. InsyaAllah jika Allah swt memilihmu untuk menerima hidayah-Nya, anda akan dapat Pengertian Iman itu.

    Anda Jeff menceritakan kepada saya tentang IMAN, sama seperti ORANG DARWINISME (Atheis). Apa bezanya anda dengan mereka. Saya harap anda sabar menanti ulasan saya.

    By, Penghibur

  24. ilham othmany berkata:

    Adakah Allah berkuasa menjadi makhluk?Jawabnya mustahil kerana Allah itu qadim dan Zat Yang Qadim tidak menerima fana(binasa).Termasuk di dalam ertikata fana itu ialah pergantian sifat daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.Sebab bila bertukar sifat dari satu keadaan kepada satu keadaan bererti fanalah wujudnya yang dahulu diganti dengan wujud yang baharu.Contoh,seorang yang duduk kemudian dia berdiri maka fanalah zatnya yang duduk tadi berganti dengan zatnya yang berdiri.Apabila Allah berubah menjadi suatu yang lain,bererti fanalah zatnya yang dahulu berganti kepada zat yang lain.Ini adalah mustahil dikatakan bagi Allah.Wujud Allah itu wujud yang sempurna tidak bertambah lagi kesempurnaanNya dan tidak akan berkurang.Oleh itu perubahan adalah mustahil bagi ZatNya yang suci.Sebab perubahan itu tidak lari daripada dua perkara.Samada kepada yang lebih sempurna atau kepada yang kurang sempurna.Jika Allah itu berubah kepada yang lebih sempurna bererti wujudnya yang dahulu itu kurang sempurna.Jika Dia berubah kepada yang kurang sempurna bererti wujudnya ketika itu bertaraf mumkin(boleh bertambah dan boleh berkurang,boleh ada dan boleh tiada).Sedangkan Allah itu bersifat qadim dan zat yang bersifat qadim itu adalah wujudnya wujud yang wajib (pasti).Keristian mendakwa apabila kita berkata bahawa Allah tidak boleh berubah,maka disangkanya itu adalah ‘mengarang Allah sendiri’.Maka kami selaku muslim ingin menegaskan di sini bahawa Allah sebelum memerintahkan manusia tunduk kepada wahyuNya ,maka Dia telah menjadikan kita akal untuk memudahklan manusia menilai,menapis dan memilih mana-mana yang dikatakan wahyu yang benar-benar dari Allah dan mana-mana wahyu yang terhasil dari rekaan manusia.Ini adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah ke atas hamba-hambanya.Mana-mana wahyu yang menyalahi akal,maka itulah dalil kepalsuannya.Sebab itu di dalam Islam Rasulullah saw bersabda, “addiinu hual ‘aqlu laa diina liman laa ‘aqla lahuu” yang ertinya agama itu adalah ‘aqal,tida ada agama bagi orang yang tidak berakal.Di dalam Islam sendiri telah ada petunjuk tentang kesempurnaan zat Allah yang suci daripada sebarang perubahan seperti hadis rasulullah saw yang berbunyi “Allaahul aana kamaa ‘alaihi kaana” yang ertinya Allah sekarang adalah seperti Allah dahulu jua.Oleh itu apa jua agama,mahupun yang didakwa sebagai wahyu menyatakan bahawa zat Tuhan itu boleh menerima perubahan maka itulah dalil kepalsuan agama dan wahyu tersebut.

  25. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Ilham),

    Wahai orang yang tidak sedar,
    Saya tidak pernah menyamatarakan Tuhan yang Maha Tinggi dengan segala ciptaan. Bahkan kami mengatakan bahawa tiada satu pun yang sama tanding dan taraf dengan Tuhan yang Maha Tinggi. Sedarilah apa yang saya katakan. Fahamilah salah satu daripada doa yang kami sering ucapkan semasa Amidot yang menceritakan akan hak dan kekuasaan Tuhan yang Maha Tinggi,

    ” Mulialah Engkau wahai Tuhan yang Maha Tinggi,
    Tiada satu pun yang sama tara dengan-Mu,
    Kekuasaan Mu meliputi langit dan bumi,
    Tiada berkesudahan,
    Sentiasa berkekalan,
    Tiada satu pun yang memberikan pertolongan dan bantuan-Mu,
    Bahkan Kamulah yang memberikan pertolongan dan bantuan,
    Sekalian ciptaan-Mu, tunduk hormat kepada-Mu,
    Keagungan-Mu tiada taranya,
    Tiada kata-kata yang dapat menceritakan keagungan dan kemuliaan serta kebesaran-Mu,
    Tiada satu lukisan yang dapat menandingi akan keindahan ciptaan-Mu,
    Segala sesuatu itu pasti akan hancur dan musnah,
    Tetapi Engkau abadi, suci dan murni,
    Hanya Engkaulah yang layak menerima segala
    pujian, hormat, kuasa dan mulia,
    Dahulu, kini dan sepanjang segala masa.

    Amen.”

    Sedarilah dan fahamilah akan doa yang kami ucapkan itu. Dalam doa itu telah diceritakan akan kehebatan dan kekuasaan Tuhan yang Maha Tinggi.

    Shallom

  26. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Saudaraku,
    Terpulanglah kepada pentakrifan tentang Iman bagi kamu. Itu adalah iman kamu, dan tidak akan sama dengan Iman kami. Fahamilah.

    Kami tidak sama seperti segala apa pun yang kamu sangkakan. Kami bukan Yahudi, kami bukan Islam, kami bukan Atheis, kami bukan Buddhism, kami bukan Hinduism dan kami bukan seperti semua agama yang kamu sangkakan. Iman kami adalah bagi kami dan untuk kami. Jangan cuba samakan kami dengan Athies. Sama juga kalau saya katakan iman saudara dengan golongan penyembah berhala. Pasti saudara akan membantah kerana iman saudara dengan mereka tidak sama. Fahamilah.

    Saya tidak meminta saudara untuk “Bersedih disebalik notebook”. Itu terpulanglah kepada saudara sama ada ingin bersedih atau tidak. Itu hak saudara. Siapalah saya untuk meminta saudara sedih?

    Saya tidak pernah memandang rendah kitab saudara. Itu adalah kitab bagi agama saudara. Kitab Suci kami bukannya kitab suci saudara kerana saudara hanya mengatakan diri beriman tetapi tidak melaksanakan dan mempercayai Kitab Suci kami. Oleh itu, Kitab Suci kami adalah untuk kami, kitab suci saudara adalah untuk agama saudara, bukan kami.

    Saudaraku,
    Seandainya seseorang itu tidak tahu akan iman yang dipercayainya, bagaimana seorang itu dikatakan orang yang beriman? Saya tahu akan iman saya. Tetapi saudara sahaja yang tidak dapat menerima iman kami. Itu adalah hak saudara, dan iman kami adalah hak kami bukannya saudara. Mustahil jiran akan masuk ke dalam rumah jirannya yang lain tanpa meminta izin dan mengambil tahu akan kesenangan dan kesusahan jirannya. Jiran yang demikianlah yang dikatakan oleh masyarakat kita sebagai “menjaga tepi kain orang lain”.

    Bagaimana seorang yang matanya penuh dengan habuk dan debu boleh mengeluarkan selumbar dari mata kawannya sedangkan matanya sendiri tidak dibersihkan terlebih dahulu? Fahamilah.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Jeff

      Salam Sejahtera wahai saudara Jeff

      Saya mengharapkan kesabaran anda terlebih dahulu, saya dah pun bersedia untuk menjawab beberapa BAHAGIAN TERPENTING dalam ulasan anda, namun anda juga perlu sedia maklum, bahawa saya kerja bidang Penguatkuasaan dan tak tentu masa. Ni pun saya barulah buka INTERNET.

      (1) Anda ingin menyatakan ISLAM adalah sama dengan Penyembah BERHALA? Jika begitu mengapa nabi Muhammad saw MENENTANG PENYEMBAH BERHALA? Baik kita kaji tulisan Saudara Ahmad Nizam berkenaan Kitab Bible dan PERKAITANNYA dengan PENYEMBAH Berhala! Saudara setuju?

      (2) Anda MRNYATAKAN dan MENJELASKAN tentang IMAN tetapi anda tahukah anda Jeff, apakah knsep IMAN yang anda jelaskan pada saya? IMAN yang anda jelaskan adalah umpama SEBUAH LINGKARAN (BULATAN) mempunyai 4 SUDUT! Dalam erti kata lain, anda menyatakan pada saya BULATAN seperti SEGIEMPAT TEPAT.

      “Iman Yang Anda Ketengahkan Umpama Satu Bulatan Yang Mempunyai (Memiliki) Empat Sudut, Padahal Lingkaran Pada Bulatan, Tidak Mempunyai Sebarang Sudut”

      PERHATIAN : Beginilah yang saya rasa dan faham tentang Iman anda.

      By, Penghibur

  27. Penghibur berkata:

    @Jeff

    Salam Sejahtera pada saudara,

    Saya mohon maaf atas kelewatan, saya tak dapat mengelak dari kelewatan, bukan kerana saya tiada jawapan, saya ada jawapan yang baik untuk kita sama-sama renungkan.

    Namun saya agak sibuk menguruskan beberapa hal, dan saya tidak mempunyai masa dihadapan komputer mahupun laptop sehingga jumaat ini. Maklum.

    By, Penghibur

  28. Jeff@Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Salam Damai untuk saudara,

    Saya ingin memaklumkan kepada saudara bahawa saya akan ke luar negara iaitu bagi menunaikan ibadah (Shlosha Regalim) yang jatuh pada Hari Rabu depan. Saya akan berangkat ke Baitulmaqdis bagi menunaikan rukun ibadat yang wajib bagi kami tunaikan. Saya akan berada disana selama 120 hari. Saya akan berangkat ke Tanah Suci Jerusalem petang ini jam 10.00mlm dari Brunei.

    Harap saudara dapat hidup dalam aman dan tenteram. Sepanjang saya disana nanti, tiada masa untuk saya menghadap notebook kerana dipenuhi dengan aktiviti ibadah yang harus dan wajib. Bukannya senang dan mudah dapat menunaikan rukun ibadat yang boleh dikatakan sekali seumur hidup ini.

    Shallom

  29. koring berkata:

    Assalamualaikum….Saudara Penghibur..Ini kali pertama saya memasuki Laman anda yang saya perolehi link nya dari Saudara Ahmad Nizam..Sedikit latarbelakang saya : Saya seorang guru,memegang Ijazah dlm Music in Education, membesar dalam keluarga yg berpegang dgn agama..Namun saya mengambil masa agak yg lama utk mengikut jejak kedua ibu bapa sehingga ALLAH membuka pintu hidayah kpd saya..Kini saya mengikuti kelas Tajwid dan kelas tafsir Al-Quran..
    Namun saya bukanlah ahli dlm membicarakan persoalan2 dlm agama krn masih dlm peringkat belajar ,cuma saya berminat mengikuti perbincangan2 ilmiah dlm internet dimana saya dapat menambahkan pengetahuan untuk lebih tunduk dan membesarkan ALLAH S.W.T..Saya menyokong usaha2 yg saudara lakukan dan saya berharap tugasan yg mulia ini diteruskan sehingga dapat menarik seberapa ramai pembaca dan menyampaikan dakwah dan risalah2 ALLAH pada pengunjung2 laman ini..

  30. Penghibur berkata:

    @Koring

    Assalamualaikum wbt kepada saudara Koring, semoga anda terus dilimpahi rahmat Allah swt yang tidak pernah putus-putus dan kebahagian dunia akhirat.

    Terima Kasih kerana mengunjungi ruangan saya, apa pun saya nak jelaskan sedikit disini, kerana blog saya ni saya tak komersialkan, tetapi jika anda nak membaca tak salah, jika saya salah atau berbeza pendapat boleh tegur kerana saya tetap insan biasa dan lemah dan perlukan bantuan dan sokongan.

    Tentang Ilmu Islam, saya rasa saudara Koring patut mengimkuti atau berbincang dengan saudara Ahmad Nizam, dia mempunyai Ilmu yang luas, dan sangat sesuai untuk kita bertanya.

    Hal lain, saya juga mengalu-alukan kepada saudara Koring untuk mendapatkan CD / VCD Ceramah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz. Ceramah Ustaz kita ni sangat Ilmiah, jelas, menjawab semua persoalan, memberi penyelesaian. Sekarang ni Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz sedang memberi ceramah dan tunjuk ajar Kitab Bahru Al-Madzi (Jilid 15).

    Kita umat islam patut mempelajari Kitab Bahru Al-Madzi yang mana pelajar-pelajar di Mesir juga mempelajari Kitab ni. Mungkin saudara Koring juga biasa mendengar ceramah Ustaz Kazim.

    Jujurnya saya semakin kagum dengan Ilmu Islam, saya sentiasa mengikuti perkembangan Islam, tetapi dinegara kita, Perundangan Islam hanya sekadar di atas kertas, perpecahan umat Islam juga semakin ketara. Syukur kepada Allah swt kerana ada juga pihak yang berusaha ke arah Mendaulatkan Al-Quran sebagai Perlembagaan Negara.

    Allah swt telah mentakdirkan ISLAM sebagai Pemerintah Dunia, maka UMAT ISLAM perlu sehebat Kitab Allah swt iaitu Al-Quran, mendirikan KEKHILAFAHAN JUGA adalah WAJIB bagi Umat Islam, dan tiada sebab umat Islam memilih pemimpin yang bukan Islam menjadi pemimpin kepada umat Islam.

    Akhirkata, saudara boleh mendapatkan buku-buku tulisan Harun Yahya (Adnan Oktar) yang menulis sekurang-kurangnya 250 buah buku, juga merupakan Muslim No.1 Paling BERPENGARUH DI DUNIA. InsyaAllah.

    Semoga Allah swt memberkati kita semua.

    By, Penghibur

  31. Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Salam Damai untuk saudara,

    Selamat bertemu kembali.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Pace

      Salam sejahtera juga saya ucapkan pada saudara.

      Tak sangka anda datang kembali ke ruangan saya ni, bukan kebetulan 3 hari lepas saya teringat anda. namun tidak bermaksud apa, cuma saya mendoakan anda supaya menerima cahaya dari Allah swt.

      Sebaik-baik jalan adalah jalan yang diredhai Allah dan sebaik-baik yang diredhai Allah adalah orang yang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah swt dsan Nabi muhammad saw dan mentaati, menjiwai, memahami dan melaksanakan segala yang diperintahkan di dalam Al-Quran iaitu Cahaya di atas Cahaya.

      Semoga Allah swt memberkati kita. Amin

  32. Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Salam Damai untuk saudara,

    Saudaraku,
    Saya berharap perbincangan kita dapat diteruskan kembali. Seandainya saya tidak mampu untuk memberi balasan dalam kadar yang segera, itu bukan bermaksud saya tidak ingin berbincangan dengan saudara. Almaklumlah kesihatan saya pada masa ini pada tahap yang tidak berapa elok dan agak membimbangkan. Mungkin ini adalah takdir dan dugaan dari Yang Maha Tinggi, dan saya redha dengan keadaan ini.

    Saya berharap saudara dapat mengemukakan soalan yang baharu dalam lembaran yang baharu untuk membincangkan persamaan dan perbezaan tentang konsep iman masing-masing secara terbuka dan bukannya menghina dan memandang rendah akan akidah dan ibadah yang dilaksanakan oleh seseorang insan itu. Perbincangan secara intelektual amatlah saya alu-alukan selagi kita tidak menghina dan mengatakan akidah dan ibadah seseorang itu adalah salah dan bida’ah kerana sesuatu ibadah yang dilakukan itu ada sebab dan musababnya dilakukan berdasarkan hukum dan dalil yang diimani. Saya berharap agar kita dapat saling hormat dan menghormati antara satu sama lain.

    Shallom

  33. Penghibur berkata:

    @Pace

    Salam Sejahtera kepada kamu, semoga Allah swt memberi cahaya kepada kamu sebagaimana Allah swt memberi kepadaku.

    (1) Sila beri cadangan Tajuk Perbincangan kita yang seterusnya.

    (2) Bolehkah tuan memberikan nama tuan kepada saya, janganlah risau kerana saya hanya ingin tahu dengan siapa saya berbual dan itu adil dan baik bagi kita. jika tuan keberatan maka emailkan kepada saya di Kuda_emaS@yahoo.com. Semoga tuan berlapang dada.

    (3) Tuan ni sakit apa sebenarnya?

    By, Penghibur

  34. Pace berkata:

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Malkhuto Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku yang tercinta (Penghibur),

    Salam Damai untuk saudara,

    Saudaraku,

    1) Tajuk perbincangan adalah terbuka dan tidak boleh menyentuh sensitiviti ibadat dan iman masing. Selagi ada saling hormat-menghormati dan ketatasusilaan maka saya sanggup meneruskan perbincangan.

    2) Nama sebenar saya Michael Nathaniel Geoffery Ngu.

    3) Tentang penyakit saya tidaklah usah dirisaukan. Itu adalah dugaan daripada Yang Maha Tinggi terhadap hamba-Nya. Barangsiapa yang panjang sabar dan redha dengan dugaan ini maka ia akan beroleh keuntungan dan pahala yang berkekalan.

    Shallom

    • Penghibur berkata:

      @Pace

      Terima Kasih atas tindak balas anda.

      Saya akan buka satu lagi topik baru untuk kita berbincang, saya namakan topik tersebut dengan nama “CAHAYA DI ATAS CAHAYA”.

      Saya akan tulis seketika nanti.

  35. How act i place melody singing on top of my wordpress homepage?

  36. Meanwhile the description given by sites providing backlinks known as anchor text, can also optimize your site. For instance, instead of the phrase click here the website provided a more descriptive anchor text will encourage readers to click the link to your site since they know where the link would take them. To be successful in this task, you need to coordinate with the websites providing backlinks to ensure that they use appropriate words for your anchor text.| Search Engine Optimization Prices. http://prweb.com/releases/orange-county-seo/affordable-seo-services/prweb10545984.htm/ Search Engine Optimization And Seo Service. Off-page optimization on the other hand deals with factors outside your website. In essence, off-page optimization is all about link building and creating traffic in order to get high rankings in major search engines. The idea here is search engines such as Google, pay attention to sites that gained quality links from other sites. For instance, if a blogger happens to review one of your products and provided your sites URL in its review, this will have a positive effect on your website.These are some of the common services provided by SEO specialists. Clients and SEO specialists need to discuss first which services must be put to use. This is to ensure that the SEO services employed are the right techniques.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s