ADAKAH NASRANI SAMA DENGAN KRISTIAN?

Posted: Disember 23, 2009 in Agama-Agama Dunia

Assalamualaikum wbt, kali ini saya ingin berkongsi sewdikit berkenaan Akidah Nasrani dan Akidah Kristian, tulisan ini adalah berdasarkan persoalanm dari saudara Adam yang tidak mempunyai pegangan Agama, dan lebih tepat jika saya mengatakan bahawa saudara Adam masih tercari-cari. Sama ada benar atau tidak pengakuan saudara Adam ini, saya serahkan kepada Allah swt yang memberi kita kehidupan dan dapat kita sama-sama berkumpul disini. Saya tidak akan membuang masa anda lagi, sila baca sebaik-baiknya.

(1) Anda seorang yang tidak mempunyai sebarang pegangan kepercayaan, ini sungguh berbahaya, walaubagaimanapun sebagai insan anda wajib mengambil tahu kerana ini soal kehidupan anda selepas ini (kehidupan akhirat). Dimanapun anda berada tanda-tanda kebesaran Allah swt tetap ada, bahkan pada diri saudara Adam sendiri.

Perhatikan, sekarang saudara Adam sekarang sedang membaca tulisan saya, anda memerlukan mata untuk melihat, anda memerlukan hati untuk merasai dan anda juga memerlukan akal untuk memahami, tetapi tahukah saudara Adam, bahawa kita melihat, kita merasa, kita faham BUKAN KERANA kita mempunyai mata, hati atau akal tetapi kerana Allah swt memberi penglihatan, pendengaran, dan memberi kebolehan untuk memahami dengan akal.

Jika kita memahami suatu yang fizik semata-mata, maka terdapat insan yang mempunyai mata tapi tidak melihat, mempunyai telinga tetapi tidak mendengar, mempunyai hati tetapi tiada perasaan atau belas kasihan, mempunyai akal tetapi tidak dapat berfikir atau gila.

Semua ini adalah kerana Allah swt, iaitu Tuhan yang memberi saya dan anda Nafas, memberi saya dan anda Kesihatan, memberi saya dan anda Kudrat, dan memberi saya dan anda ujian kesenangan dan kesusahan, supaya kita sentiasa menginagt dan memohon rahmat Kebesaran Allah swt.

Didunia ini Allah swt mengizinkan baik dan buruk berlaku, dan pada masa yang sama Allah swt membekalkan kita Kitab Wahyu sebagai petunjuk dan pedoman di dalam kehidupan kita sekaligus segala perbuatan dan amal kita mendapat redha dari Allah dan terus dilimpahi rahmat Allah swt.

Namun begitu, sebagai manusia kita berhak menilai dengan baik berkenaan hakikat Allah swt dan kitab-kitab-Nya. Disini terlalu banyk perbezaan diantara orang yang memahami Agama, sama ada Islam, Kristian, hindu, Buddha dan apa sahaja kepercayaan yang wujud didunia ini.

(2) Saudara Adam menjadi keliru apabila membaca Al-Quran dan Bible, itu tidak mengapa, anda keliru kerana 2 Kitab ini berbeza samasekali.

a. KITAB SUCI AL-QURAN – Adalah Al-Kitab dari Allah swt yang diwahyukan kepada nabi Muhammad saw dan membenarkan kitab-kitab terdahulu (Taurat, Zabur, Injil) iaitu memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh Ahli Kitab dari Yahudi dan Nasrani. Memperbetulkan AKIDAH Manusia supaya beriman hanya kepada Allah swt dibawah Kalimah Tauhid iaitu “La ilaha Illallah”.

Perkataan “ALLAH” adalah Nama Khas dan tidak boleh diterjemahkan kepada bentuk lain. Apabila kita menyebut nama “ALLAH” dengan sendirinya perkataan “ALLAH” membawa maksud ESA iaitu 1. Apabila kita katakan 1, mengapa sudah semestinya BUKAN 2 apatah lagi 3.

Perkataan “ALLAH” ini tidak mempunyai sebarang OKNUM, sama ada TRINITI ataupun TRIDEWA atau apa saja. Bila sebut nama “ALLAH” maka ia membawa maksud Esa iaitu 1 yang tidak mempunyai sebarang sekutu.

b. BIBLE – Bible terpecah kepada 2 bahagian iaitu kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru. Mengikut kepercayaan Kristian bahawa Bible adalah Al-Kitab. Saya tegaskan sekali lagi bahwa jika kita meneliti sejarah kepenulisan Bible bahwa ia BUKANLAH Al-Kitab, tetapi Bible adalah sebuah Kitab yang mengatasnama Nabi Musa untuk Perjanjian Lama dan Nabi Isa (Jesus a.s) untuk Kitab Perjanjian Baru.

“Kitab Taurat dan Kitab Injil BUKANLAH Bible Yang Diimani Kristian mahupun Nasrani pada hari ini. Bahkan Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s Tidak bertanggungjawab mahupun beriman kepada Bible hari ini”

(3) GOSPEL BUKAN INJIL ?

Perkara ni boleh difahami dengan merungkai sejarah awal berkenaan wujudnya Gospel yang diwarnai Injil.

a. KITAB SUCI INJIL – Terlalu ramai yang menganggap Gospel adalah Injil, padahal Gospel yang dipegang serta diimani oleh umat Kristian bukanlah Injil, tetapi Gospel diwarnai dengan Injil dan mengatasnama/ disandarkan kepada riwayat hidup Nabi Isa a.s.

Kitab Suci Injil adalah merupakan Kitab Allah yang diwahyukan kepada Nabi Isa a.s, namun Kitab Injil ini tidak pernah wujud dalam bentuk tulisan. Kitab Suci Injil berbeza dengan Gospel, dimana Kitab Injil tidak berkaitan dengan Gospel. Walaupun ia mempunyai makna yang sama iaitu “Berita Baik” tetapi Akidah dari Kitab Injil dan Gospel BERLAWANAN.

“Injil Membawa Ajaran Tauhid, Manakala Gospel membawa Ajaran Triniti”

Kitab Suci injil dikategorikan sebagai “The Sayaings Gospel”

b. GOSPEL – Kitab perjanjian baru seperti Matius, Lukas, John, Markus dikenali sebagai “Narrative Gospel”. Narrative Gospel SANGAT BERBEZA dengan The Saying Gospel yang akhirnya hilang dan dimusnahkan oleh pengaruh Paulus yang terpaksa bersaing.

Kesemua Narrative Gospel adalah tulisan yang kebanyakannya tidak diketahui asal usulnya dan pengaruh Paulus sangat meluas di dalamnya. Pendek kata, Gospel yang ada ditangan Umat Kristian dan BUKANLAH Injil yang diterima Nabi Isa a.s.

Kitab Perjanjian Baru pada hari ini tiada perkaitan dengan ajaran Nabi Isa a.s, dan semuanya BUKAN Kitab Wahyu dan Bukan Kitab Injil.

(4) NASRANI ADALAH KRISTIAN ?

Pada mulanya Nasrani BUKANLAH Kristian, tetapi pada hari ini baik nasrani mahupun Kristian, kedua-duanya sukar untuk dibezakan dan dipisahkan, kedua-duanya sangat sinonim.

Kemunculan Narrative Gospel yang diwar-warkan oleh Paulus akhirnya membawa kekeliruan kepada pengikut Nabi Isa a.s, yang bergelar Puak Nasrani, yang pada mulanya berpegang kepada The Sayings Gospel yang membawa AKIDAH TAUHID sama dan persis seperti Agama Islam.

Namun Akidah Tauhid Nasrani akhirnya pudar dan punah disebabkan pengaruh dari Narrative Gospel (AKIDAH TRINITI) yang banyak MENCEDOK kata-kata dan ajaran Nabi Isa a.s daripada the Sayings Gospel. Kebanyakan sumber kitab ini bercampur baur antara KEBENARAN dan KEBATHILAN sehingga memperlihatkan Narrative Gospel seolah-olah adalah Kitab Injil, atau bersumberkan Kitab Injil.

“Paulus Mengasaskan Kristian Dengan Menggunakan Narrative Gospel (Akidah Triniti) Atasnama/Disandarkan kepada Nabi Isa a.s sangat BERLAWANAN Dengan Nabi Isa a.s Yang Membawa Akidah Tauhid Yang Akhirnya Musnah”

Puak Nasrani menjadi mangsa kepada pembohonghan agama ini termasuk mereka yang yang bergelar “EKONITE CHRISTIANS”, iaitu mereka yang dianggap sebagai FIRST FOLLOWERS OF JESUS, yang bermula dengan The Sayings Gospel yang membawa Akidah Tauhid, akhirnya bertukar kepada Narrative Gospel iaitu Akidah Triniti.

Kesan dari Penubuhan Agama Kristian oleh Paulus adalah, perkara yang benar dicampur dengan yang bathikl, maka yang bathil juga kelihatan menjadi benar. hakikat daripada ini menjelaskan kepada kita bahawa Ahli Kitab dari Kristian BUKANLAH Ahli Kitab yang disebut di dalam Al-Quran, tetapi Ahli Kitab dari Kristian itu sama taraf dengan orang MUSYRIK iaitu Penyembah Berhala, bahkan Kristian TIDAK PERNAH menerima sebarang wahyu dari Allah swt, tetapi wahyu itu diberikan kepada umat Nasrani.

(4) PENDIRIAN ISLAM TERHADAP AGAMA KRISTIAN

Kitab Bible yang diimani oleh Umat Kristian BUKANLAH Kitab yang diimani oleh Umat Islam, bahkan para Nabi dari Nabi Adam a.s sehingga Nabi Isa a.s. Namun begitu, didalamnya masih terdapat perkara-perkara yang benar dan selari dengan Al-Quran, maka fakta itu boleh diterima. Tetapi Bible mempunyai ribuan permasalahan di dalamnya, pertentangan bukan pada skala kecil tetapi terlalu besar untuk diukur, baik dari segi ramalan, sumber sejarah, saintifik, jumlah dan banyak lagi permasalahn yang dihadapi Bible, dan seharusnya ia tidak boleh disandarkan kepada Allah swt.

Setelah kedatangan Nabi Muhammad saw yang merupakan utusan seluruh alam juga merupakan Nabi yang diutus untuk seluruh umat para Nabi, satu-satunya petunjuk dan berita gembira yang masih kekal dimuka bumi ini. Allah swt menjanjikan Ajaran Islam akan kekal sehingga ke hari Kiamat dan tiada seorangpun dapat merosakkannya.

Berbalik kepada Kitab Bible yang ada pada hari ini, berdasarkan penerangan dari saudara Ahmad Nizam, bahawa Bible sangat dipengaruhi oleh fahaman Penyembah Berhala seperti Mithra, Osiris & Baachus.

Kisah Mithra, Osiris dan Baachus sangat persis seperti Kisah Jesus berdasarkan Bible. Mlah Kisah Jesus berdasarkan Bible pada hari ini juga dipengaruhi oleh Tamadun Hindu, seperti Dewa Krishna Juga Mempunyai Kisah Yang Sama Dengan Jesus.

Kisah Penyembahan Matahari juga sangat berkait dengan Kristian. Anda pasti akan faham jika anda menelusuri hakikat Disebalik Iluminati – Organisasi Dajjal Di Muka Bumi

Komen-komen
  1. CosmicBoy berkata:

    @ penghibur,

    Nasrani ==> (1) Kelompok ajaran sesat pada zaman Muhammad. Salah seorg pendetanya ialah Waraqah ibn Naufal, sepupu Khadijah, istri ‘nabi’. Pdt Waraqah banyak mengajar Muhammad tentang agama Masehiyyah/Kristen menurut versinya.

    (2) Nasrani mungkin nama utk kota dimana Yesus dibesarkan iaitu An-Nasirah/Nazaret. Jadi, Yesus biasa dipanggil Yesus dari An-Nasirah/Jesus of Nazareth. Kata ini ialah kata negatif dan sering bermotip politik. Pada zaman Yesus, para pemimpin pemberontak kepada pemeritah Rom iaitu org Yahudi sering dipangggil dengan nama kota. Jadi, memanggil para pengikut Yesus dengan kota Yesus dibesarkan seolah2 mau menuduh para pengikut Yesus sebagai pemberotak Rom!

    (3) Nasrani ialah salah sebuah mazhab kecil Kristen dari kalangan org Yahudi yg memisahkan diri dari para hawariyyun dan para tabiun karena berkeras mau mengamalkan syariat Kitab Taurat. Mungkin golongan ini berpindah ke tanah Arab sejak tentara Rom memusnahkan kota Yerusalem pada 70M. Disana, golongan ini berhasil memenang petobat baru.

    Kristen ==> (1) Dari kata “Christioanoi” iaitu gelaran Yesus, “Kristus”, yg bermaksud “yang dipilih/diurapi/diminyaki/dikhususkan”, jadi para pengikut Yesus disebut ‘orang2 yg dipilih/diurapi/dikhususkan. Di Arab, org Kristen disebut “Masehiyyah”, arti yg sama dari bahasa Yunani kuno, iaitu “dipilih/dikhususkan”. Org Kristen Arab tidak pernah dipanggil dengan nama Nasrani melainkan Masehiyyah sebelum Islam lagi, pada zaman Muhammad mahupun sekarang! Jadi, ungkapan Nasrani dalam Al-Quran ngga lain ngga bukan kekeliruan Muhammad sendiri yg menganggap kelompok sesat Nasrani yg diketuai oleh Pdt Waraqah sebagai umat sebenar Yesus.

    Semoga memberi pencerahan.

  2. With the rising cost of getting an education it just makes sense to explore your options BEFORE you sign up for student loans !http://www.thelittleblackbookofafinancialaidofficer.com/

  3. poji berkata:

    Islam mengikhtiraf Injil dan pengikut Islam perlu beriman dengan Injil dan org islam boleh makan dan boleh berkahwin dgn perempuan injil.. (Al Maidah :ayat 5).
    Masalahnya penganut injil tidak percaya Quran.. Malah dalam Quran mempunyai kandungan dalam Injil.
    Orang Islam tidak perlu baca Injil sbb semua ada dalam Quran.. Tapi penganut Injil perlu baca Quran sbb dalam Injil tiada apa yang ada dalam Quran. Wsslm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s