NABI MUHAMMAD SAW MANUSIA AGUNG

Posted: November 2, 2009 in Agama-Agama Dunia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk semua, kali ini saya buka satu lagi thread baru berkenaan Nabi Muhammad saw. Terlalu ramai yang berprasangka kepada kepada kemulian nabi Muhammad saw, bagaimanakah kita hendak merubah persepsi negatif ini, segala-galanya terlah terbukti pada masa kini. Bahawa Al-Quran BUKANLAH karangan nabi Muhammad saw melainkan wahyu yang diwahyukan kepada beliau.

 (Surah An-Nisaa’ 4:82)

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

 PEMBUKA KATA

 Al-Quran adalah Kitab Teragung yang terakhir diturunkan kepada Nabi Terakhir iaitu Nabi Muhammad saw. Kitab apa pun yang diakui berasal dari Tuhan Yang Maha Esa akan teruji dalam masa. Sebelumnya di masa lalu adalah Masa Keajaiban, Alhamdulillah Al-Quran merupakan Keajaiban dari Keajaiban.

 Kemudian datang Masa Sastera dan Puisi, sama ada Umat Islam mahupun Umat Bukan Islam mengakui bahawa Al-Quran adalah Kitab Sastera Arab yang terbaik ada di bumi. Sekarang tibalah Masa Ilmu Pengetahuan (Teknologi dan Sains)

 Perlu ditegaskan, Al-Quran Bukanlah Kitab Sains, tetapi Al-Quran adalah tentang Tanda, tentang Ayat-Ayat, didalamnya terdapat lebih dari 6,000 Tanda, juga terdapat lebih dari 1,000 huraian berkenaan Ilmu Pengetahuan!

Perlu difahami dengan sebaiknya, bahawa keterangan berkenaan Al-Quran dan Sains tidak didasarkan pada Teori atau Hipotesis tanpa sebarang bukti Ilmiah. Kita sedia maklum, bahawa Teori dan Hipotesis BUKANLAH FAKTA jika tidak dibuktikan dengan Ilmiah,  dan semua Teori dan Hipotesis akan berpatah balik seperti awalnya. Ringkasnya berbentuk ‘O’.

Apa yang cuba diketengahkan berdasarkan Al-Quran dan Sains adalah bersandarkan Kajian Ilmiah dengan bukti yang kukuh dan bukti yang tidak boleh diputar balik. Sebagai contoh Bumi Bulat Sfera, kenyataan ini adalah fakta yang tidak boleh di sangkal sama sekali setelah kemajuan Teknologi di abad ke-20 ini.

 Di dalam menyampaikan suatu perkara yang berkaitan dengan Kitab Suci dan Sains, seringkali pihak yang ingin membuktikan kebenaran atau kepalsuan menggunakan 2 jenis pendekatan iaitu

 (a) Pendekatan Kesesuaian (Concordist Approach)

  • Dimana seseorang akan berusaha membuktikan serta mendapatkan KESESUAIAN diantara Kitab Suci dengan Sains.

 (b) Pendekatan Konflik (Conflict Approach)

  • Dimana seseorang akan berusaha membuktikan serta mendapatkan PERTENTANGAN diantara Kitab Suci dengan Sains.

 Namun Al-Quran tidak peduli sama ada seseorang menggunakan Pendekatan Kesesuaian mahupun Pendekatan Konflik. Sepanjang kita berfikir logik dan penjelasan logik diberikan, tiada seorangpun yang dapat membuktikan satu ayat dari Al-Quran dapat dipertentangkan dengan Ilmu Pengetahuan Moden.

 

Kitab Suci Al-Quran Adalah Kitab Teragung

Kitab Suci Al-Quran

 

BAHAGIAN (1) SAINTIFIK QURAN

 (A) PENCIPTAAN ALAM SEMESTA

 1. PERMULAAN ALAM

 (Surah Al-Anbiyaa’ 21:30)

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

 2. PENGEMBANGAN ALAM

 (Surah Adz-Dzariat 51:47)

Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.

 3. TINGGI LANGIT TIDAK BERTIANG

 (Surah Ar-Ra’d 13:2)

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

 4. TERBENTUKNYA GALAKSI DAN BINTANG-BINTANG DI ALAM

 (Surah Fushillat 41:11)

Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!” Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela”

Galaksi Bimasakti salah satu dari sekurang-kurangnya 200 Ribu Juta (Billion) Galaksi yang terdapat di Kosmos yang luas ini

Galaksi Bimasakti salah satu dari sekurang-kurangnya 200 Ribu Juta (Billion) Galaksi yang terdapat di Kosmos yang luas ini

 

5. ORBIT DI ALAM

(Surah Adz-Dzariat 51:7)

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.

6. PEREDARAN MATAHARI, BUMI DAN BULAN

 (Surah Al-Anbiyaa’ 21:33)

Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).

 7. MAKHLUK MELATA DI LANGIT DAN BUMI

 (Surah Asy-Syuura 42:29)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

 8. KESEIMBANGAN DI ALAM

 (Surah Al-Mulk 67:3-4)

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

 9. PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI LEBIH DASYHAT DARI PENCIPTAAN MANUSIA

 (Surah Ghafir 40:57)

Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.

 10. HIKMAH PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI

 (Surah Ali’Imran 3:190-191)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

 (B) KITARAN AIR DARI LANGIT DAN BUMI

1. PROSES PENGEWAPAN

 (Surah At-Taariq 86:11)

Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran.

 2. KITARAN AIR YANG LENGKAP

 (Surah An-Nuur 24:43)

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

 (Surah Ar-Rum 30:48)

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;

 (Surah Az-Zumar 39:21)  

Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.

 (Surah Al-Mu’minuun 23:18)

Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.

 (Surah Ar-Rum 30:24)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

(Surah Al-Hijr 15:22)

Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.

(Surah Al-A’raaf 7:57)

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

(Surah Ar-Ra’d 13:17)

Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Surah Al-Furqan 25:48-49)

Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci, Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.

(Surah Faatir 35:9)

Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati).

(Surah Yaasin 36:34)

Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,

(Surah Al-Jhaatiyah 45:5)

Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

(Surah Qaaf 50:9)

Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai;

(Surah Al-Waaqi’ah 56:68-70)

Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

(Surah Al-Mulk 67:30)

Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

(C) BIDANG GEOLOGI

(Surah An-Naba’ 78:6-7)

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

(Surah Al-Ghaasyiyah 88:19)

Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

(Surah An-Naazi’aat 79:32)

Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);

(Surah Al-Anbiyaa’ 21:31)

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.

(Surah Luqman 31:10)

Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

(Surah An-Nahl 16:15)

Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.

 (D) BIDANG KELAUTAN

 (Surah Al-Furqan 25:53)

Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.

(Surah Ar-Rahman 55:19-20)

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

 bersambung…

Rujukan ;

Dr.Zakir Naik

 

 

Komen-komen
  1. Penghibur berkata:

    @All

    Apa lagi yang manusia ingin buktikan, tiada suatupun yang dapat melangkaui Al-Quran kerana Al-Quran datang dari Allah Tuhan Seluruh Alam.

    Kita perlu cermin diri jika menganggap kita manusia ni terlalu besar.

    By, Penghibur

    • CosmicBoy berkata:

      @ Penghibur,

      D) BIDANG KELAUTAN

      (Surah Al-Furqan 25:53)

      Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.

      (Surah Ar-Rahman 55:19-20)

      Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

      Ini ngga perlu Tuhan yg kasi tahu. Itukan sudah diketahui umum, jauh2 sebelum Islam, para nelayan udah pada tahu bahwa air tawar tidak bercampur dengan air masin. Masak Tuhan memberi informasi yg sudah diketahui umum?

      Nih, di Teluk Aqabah, terjadi pertemuan antara air masin dan tawar, masing2 tidak bercampur baur. Jadi, para nelayan Arab sudah membuat observasi itu, jadi ngga ada yg istimewa, biasa2 aje. Satu lagi bukti kitab kamu karangan manusia.

      • CosmicBoy berkata:

        @ Penghibur,

        (Surah Luqman 31:10)

        Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

        Aapa yg hebat tentang pengetahuan ini? Saya kurang tahu. Emang langit bertiang? Itukan bisa diliat dengan mata kepala sendiri, jadi ngga perlu tuhan yg singkapkan, itukan pengetahuan umum, jadi ngga ada yg hebat.

        Lagian, binatang biak, hujan turun membasahi tanah dan menumbuhkan tumbuh2an, ada yg bisa dimakan, itukan pengetahuan umum, apa yg hebat, semua orang pada tahu itu, org yg buta hurup pun tahu, jadi apa yg hebat.??

        Ada ada saja kamu ini.

      • Penghibur berkata:

        @CosmicBoy

        Hehe bagus sambutan saudara dalam Topik saintifik ni, apa pun kita buat perbandingan dengan Bible, baru seronok berbincang.

        Apakah hikmah Allah swt menyatakan ini di dalam Al-Quran, sebenarnya semua ini sebagai peringatan bahawa semua itu adalah ciptaan Allah swt, seluruh Alam ini termasuk Para Malaikat, Iblis, Jin, Syaitan, semuanya makhluk Allah.

        Jika hal ini tidak dinyatakan didalam Kitab, tiada siapa yang tahu dan tiada yang mengenal Pencipta iaitu Allah swt.

        COSMICBOY =====> Nih, di Teluk Aqabah, terjadi pertemuan antara air masin dan tawar, masing2 tidak bercampur baur. Jadi, para nelayan Arab sudah membuat observasi itu, jadi ngga ada yg istimewa, biasa2 aje. Satu lagi bukti kitab kamu karangan manusia.

        PENGHIBUR =====> Saya tidak menolak dan umat Islam umumnya memang tidak menolak jika air tawar dan air masin yang bertemu akan menyebabkan ia tidak bercampur. Fenomena ini memang boleh diamati.

        Tapi Poin Ilmiah disini adalah RINTANGAN YANG TIDAK TERLIHAT iatu BARZAKH diantara air masin dan air tawar.

        By, Penghibur

      • Penghibur berkata:

        @CosmicBoy

        (Surah Luqman 31:10)
        Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

        PENGHIBUR =====> Allah swt menjadikan hidupan tidak hanya dibuni, Allah swt menjelaskan bahawa Allah membiakkan makhluk-makhluk yang melata di langit dan di bumi.

        Jika anda CosmicBoy tidak percaya , tak mengapa, itu tidak menghairankan saya. Allah swt berfirman yang bermaksud;

        (Surah Asy-Syuura 42:29)
        Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

        HAL LAIN : CosmicBoy, saya yakin anda mempercayai wujudnya PLANET MARIKH! Tapi pernahkah anda melihat PLANET MARIKH DEPAN mata anda?

        Jika tidak pernah mengapa anda percaya pada wujudnya PLANET MARIKH? Anda mungkin mengatakan pada saya, Saintis telah menghantar Teleskop yang boleh mengamati langit, itulah buktinya. Nah jika ada ayat di dalam Al-Quran yang masih tidak dapat diungkapkan, mengapa tidak, anda tahu Teknologi Manusia beserta AKAL Manusia sangat terhad, TETAPI TIDAK pada wahyu Al-Quran.

        Haha CosmicBoy, nanti kita kaitkan dengan penciptaan Langit dan Bumi berdasarkan Bible.

        By, Penghibur

  2. Penghibur, komentar anda di blog saya baru saya baca hari ini

    Orang kafir itu sama saja bagi mereka.
    mau kamu beri mereka peringatan atau tidak; mereka tidak akan beriman.

  3. CosmicBoy berkata:

    @ Budi,

    Ngga bisa jawab, segala sumpah serapah (makian2) dikeluarkan, kapir segala.

    Tipikal muslim karakter.

    Jangan pikir pada pembaca kalian bodoh, ngerti?

  4. Thank you for another fantastic article. Where else could anybody get
    that kind of information in such an ideal method of writing?

    I have a presentation subsequent week, and I’m at the search for such information.

  5. Spot on with this write-up, I really think this website needs much more consideration. I’ll in all probability be again to learn much more, thanks for that info.

  6. Ludwika berkata:

    you will have an amazing weblog here! would you wish to make some invite posts on my weblog?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s