1 ALLAH 3 AKIDAH

Assalamualaikum wbt kepada saudara serta saudari yang saya hormati sekalian, semoga Allah swt memberi kekuatan kepada kita dalam kehidupan yang singkat ini, semoga kehidupan ini semakin mendekatkan kita kepada Allah swt dan bertambahlah iman kita kepada Allah iaitu satu-satunya Tuhan yang patut disembah.

Terlalu banyak isu jika nak diperkatan tentang akidah Islam, Kristian dan Yahudi, ketiga-tiga agama ini mempercayai akan wujudnya Tuhan Yang Maha Kuasa, namun begitu terdapat perbezaan yang sangat meluas di antara ketiga-tiga agama ini. Setelah kita menelaah dan sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras, kita mempunyai satu jawapan bagi terhadap permasalahan yang timbul iaitu TUHAN.

Bagi Umat Islam selaku agama yang diredhai Allah dan melengkapkan akidah manusia, terlalu luas jika dibentangkan satu persatu tentang akidah ini iaitu mentauhidkan Allah. Umat Kristian dan yahudi juga mengaku dan beriman kepada Allah, tetapi terlalu banyak permasalahan, seperti Iman dalam Yahudi, bahawa Agama mereka adalah EXCLUSIVE untuk bangsa mereka dan tidak mengiktiraf bangsa lain. Sangat menghairankan, apakah umat Yahudi tidak berfikir dengan waras, bahawa hikmah kejadian pelbagai bangsa adalah warna warni yang datang dari Allah swt.

Begitu pula umat Kristian, secara simboliknya, umat Kristian lebih berpegang kepada akidah Tauhid Rububiyyah iaitu, mengimani bahawa Alam Semesta ini benar-benar diciptakan oleh Allah. Islam juga mengimani demikian, namun sebagai pelengkap kepada akidah manusia, Islam juga mengimani Tauhid Uluhiyyah iaitu mengimani hanya Allah swt satu-satunya yang patut disembah dan TIDAK WUJUD sebrang OKNUM mahupun sebarang PERSONA disampingnya.

Ini sesuai dengan sifat yang berdiri pada Dzat Allah swt, Allah swt berdiri dengan sendiri tanpa sebarang oknum atau persona, malah Allah swt adalah Tuhan yang TIDAK MENYERUPAI sebranag objek yang dikenali hamba-hamba-Nya, apatah lah hamba-hambaNya ingin menyerupai-Nya. Maha Suci Allah, dari tuduhan-tuduhan yang tidak sepatut bagi Allah swt yang memberi kita kehidupan hari ini dan akan datang.

Perlu dijelaskan disini bahawa nama “ALLAH” ini, sudah cukup menjelaskan kepada kita bahawa perkataan “ALLAH” membawa maksud ESA iaitu SATU. SATUNYA Allah swt ini TANPA WUJUD SEBARANG OKNUM! Haram bagi manusia menggunakan nama “ALLAH” ini untuk menerangkan bahawa perkataan “ALLAH” ini membawa maksud TRINITI atau TRIDEWA atau apa sahaja yang membawa maksud OKNUM atau PERSONA yang wujud diantara puluhan, ratusan, ribuan amhupun jutaan TUHAN!

Perkataan “ALLAH” ini adalah Maha Suci, dan merupakan NAMA KHAS yang tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa apapun. ALLAH tetaplah ALLAH, dan ALLAH tidak boleh diterjemahkan kepada perkataan GOD. Jika ada mereka yang CLAIM bahawa terjemahan bagi perkataan “GOD” adalah “ALLAH”,  terjemahan itu sangat tidak tepat.

Inilah yang dilakukan umat Kristian, sepatutnya dan sejujurnya Cendekiawan Kristian menggunakan perkataan ”TUHAN” sebagai kata ganti perkataan “GOD”. Tak perlu susah-susah nak menterjemahkan kepada perkataan “ALLAH”.

Nama Allah swt sangat Suci, Maha Suci Allah swt dari ucapan dan perbuatan manusia yang tidak layak menempatkanNya ditempat yang tidak sepatutnya. Dengan ini sangat jelas bahawa nama ”ALLAH” itu membawa maksud “ESA” iaitu “SATU” yang berdiri TANPA sebarang OKNUM atau PERSONA disisinya. berhentilah memfitnah Allah swt, kerana dosa memfitnah Allah swt itu sangat berat, Allah swt Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

By, Penghibur

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.