AGAMA PARA NABI ADALAH ISLAM

Posted: Jun 30, 2010 in Agama-Agama Dunia

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera kepada semua, sudah terlalu lama saya tidak menulis sebarang artikel, terdetik pula saya kali ini untuk menulis sebuah artikel yang dikira penting untuk saya kongsi bersama iaitu “Agama Para Nabi”. Terlalu ramai orang yang membuat penilaian salah dalam hal ini, dan perlu diambil tahu dan fahamPengiktirafan ISLAM kepada suluruh para Nabi dari Nabi Adam a.s sehingga Nabi Isa a.s TIDAK MENGIKUT PANDANGAN ORANG atau KAJIAN MANUSIA.

Tetapi ISLAMnya Para Nabi itu kerana Allah swt MENYATAKAN dalam banyak Firman-Nya di dalam Al-Quran bahawa Nabi Adam a.s adalah seorang Islam, Nabi Nuh a.s adalah seorang Islam, Nabi Ibrahim a.s adalah seorang Islam, Nabi Ismail, Nabi Ishaq adalah Islam, Nabi Yaakub sehingga kepada Nabi Isa a.s semuanya adalah ISLAM. Kemudian Allah swt menyempurnakan Ilmu Islam sebagai Fitrah seluruh alam pada Era nabi Muhammad saw.

(Surah Al-Hajj 22:67-70)

(67) Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.

(68) Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat” mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

(69) “Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”.

(70) Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.

Iman Para Nabi, dari Nabi Adam a.s Sehingga Nabi Isa a.s adalah IMAN ISLAM. Al-Quran mengiktiraf Nabi-Nabi adalah ISLAM dan mengikut syariat yang ditetapkan Allah swt kepada mereka dizamannya.

(1) NABI-NABI ALLAH SWT TIDAK PERNAH MINTA DISEMBAH SEPERTI TUHAN

(Surah Ali’Imran 3:79-80)

Tidak patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam? 

(2) PERJANJIAN PARA NABI

(Surah Ali’Imran 3:81)

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang MENGESAHKAN apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.” 

(3) UMAT ISLAM BERIMAN KEPADA AJARAN NABI-NABI SEBELUMNYA

(Surah Ali’Imran 3:83-85)

 sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, DAN SEKALIAN NABI-NABI DARI Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)”. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. 

PERHATIAN : Perkataan ARAB yang digunakan untuk menjelaskan Agama Para nabi adalah “MUSLIMUN”. Sila rujuk TEKS Quran.

(4) AGAMA NABI IBRAHIM A.S

(Surah Al-Baqarah 2:130-140)

(130) Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

(131) (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

PERHATIAN : ISLAM bermaksud “Tunduk”, “Patuh”, “Berserah Diri” HANYA KEPADA Allah swt SAHAJA. Untuk lebih maklum rujuk TEKS Quran. Untuk menjelaskan maksud Berserah Diri di dalam ayat tersebut Allah swt menggunakan perkataan “ASLIM”, ASLAMTU”.

(132) Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka JANGANLAH KAMU MATI MELAINKAN KAMU DALAM AGAMA ISLAM”.

PERHATIAN : Dalam ayat ini perkataan yang kita dapat baca adalah “WA ANTUM MUSLIMUN”. Nabi Ibrahim berpesan kepada anak cucunya supaya JANGN MATI KECUALI DALAM MEMELUK AGAMA ISLAM. Ayat yang sangat jelas.

(133) (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”.

PERHATIAN : Dalam ayat ini perkataan yang kita dapat baca adalah “WA NAHNU LAHU MUSLIMUN”.

(134) Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.

(135) Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: “Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk”. Katakanlah (wahai Muhammad: “Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah dia (Ibrahim) dari orang-orang musyrik”.

PERHATIAN : Ayat ini menjelaskan bahawa umat ISLAM mengikuti AGAMA NABI IBRAHIM yang lurus, menTAUHIDkan Allah swt.

(136) Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”.

PERHATIAN : Perkataan yang kita dapat baca dalam ayat ini adalah “WA NAHNU LAHU MUSLIMUN” Semuanya jelas menunjukkan agama Para Nabi adalah ISLAM.

(137) Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(138) (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

(139) Katakanlah (wahai Muhammad): “Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

(140) “Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

PERHATIAN : Allah swt MENEGASKAN bahawa apakah kamu menyatakan bahawa para Nabi itu adalah Penganut Agama Yahudi atau Nasrani? Tidak sekali-kali, Allah swt menjelakan dengan sempurna hakikat ini. Bahawa Allah swt MENGIKTIRAF bahawa Nabi-Nabi Allah swt sebelum kedatangan nabi Muhammad saw adalah ISLAM!

(5) ISLAM SEJAK DAHULU

(Surah Al-Hajj 22:78)

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, UGAMA BAPA KAMU IBRAHIM. Ia menamakan kamu: “ORANG-ORANG ISLAM” SEMENJAK DAHULU dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. 

PERHATIAN : Perkataan yang kita dapat baca di dalam TEKS Quran adalah “..HUWA SAMMAKUMUL MUSLIMINA..”.

KESIMPULAN : Setakat ini, TEKS Al-Quran menjelaskan dan menyatakan bahawa Nabi-Nabi Allah swt sebelum nabi Muhammad saw adalah ISLAM dan perjuangan mereka adalah ISLAM. Hidup mati perjuangan Nabi-Nabi Allah swt sebelum Nabi Muhammad saw adalah ISLAM.

By, Penghibur

Komen-komen
  1. prokatolik berkata:

    Ia bukan seperti itu.

    • Penghibur berkata:

      @prokhatolik/Stephen

      Kepada anda, semoga boleh menerima hakikat dan inilah yang sebenarnya dari Tuhanmu dan Tuhanku dan Tuhan kepada seluruh makhluk iaitu Allah swt. Maha Suci Allah.

      By, Penghibur

  2. HAMBA si PENGABDI berkata:

    Istilah agama sebenarnya dapat dipandang dari berbagai sudut pemahaman dan kepentingan. Tetapi agama dalam pengertian institusi/kelembagaan haruslah memiliki beberapa syarat untuk dapat dikatakan sebagai agama. antara lain :
    1. Adanya nabi/rasul sebagai penyampai risalah.
    2. Adanya kitab suci sebagai pokok-pokok ajaran/risalah tersebut.
    3. Adanya umat sebagai pengikut ajaran dimaksud.
    Yang menjadi kebingungan saya sebagai umat dan sebagai seseorang yang mencari pemahaman dan kebenaran dalam pengetahuan beragama adalah seringnya para pengajar agama mengajarkan bahwa agama semua para nabi adala Islam. Padahal tentunya sebelum zaman nabi Muhammad SAW belumlah ada kitab suci Al-Quran, belumlah ada sang Nabi penyampai risalah, belumlah ada umat Islam seperti sekarang ini, karena tidaklah mungkin kalau orang beragama sendirian. Sepengetahuan saya yang masih dangkal ini Al-Quran adalah kitab suci yang berisi firman2 ALLAH SAW yang diwahyukan oleh Malaikat Jibril AS hanya kepada nabi Muhammad SAW pada kurang lebih pertengahan abad ke-7 masehi, jauh-jauh masa dari zaman para nabi sebelum nabi Muhammad SAW. Apakah sikap pasrah dan berserah diri kepada ALLAH SAW seperti yang dimiliki oleh para nabi pendahulu sudah bisa dikatakan beragama ? Apakah para nabi terdahulu juga melaksanakan syari’at Islam seperti umat sekarang ini ? Seperti misalnya mengucap 2 kalimat syahadat atau sembahyang menghadap kiblat kepada Ka’bah dan menunaikan ibadah haji ?. Mohon penjelasan para pengajar dan cerdik pandai yang memahami pokok-pokok agama Islam agar dapat menambah pengetahuan saya yang bodoh ini.

  3. Penghibur berkata:

    @HAMBA si PENGABDI

    Assalamualaikum wbt dan salam hormat pada saudara yang dikasihi. Tidak ada persoalan dalam Islam yang tidak boleh dijelaskan, apa pun kategori soalan insyaAllah ada jawapannya, saya juga macam saudara seketika saya mempersoalkan Islam seperti yang saudara kemukakan, tapi pernahkah kita sejenak berfikir bahawa Allah swt MENJELASKAN DENGAN LENGKAP berkenaan agama Para Nabi.

    Apapun yang difahami manusia selalunya diruang lingkup yang sangat terbatas dan tidak mampu melangkaui suatu yang telah ditetapkan Allah swt. Dari sini kita faham ada dua jenis Ilmu Dalil, iaitu Ilmu Dalil Aqli dan Ilmu Dalil Naqli.

    Sebijak mana manusia dalam membahaskan sesuatu yang berkaitan dengan keseluruhan alam ini, sekali-kali ia tidak melebihi diruanglingkup yang terbatas. Ini adalah hakikat, sama seperti bila kata nyatakan kepada Saintis bahawa TONGKAT Nabi Musa a.s boleh bertukar menjadi Ular, sebenar-benar Ular dan bukan permainan ahli sihir atau silap mata! Sehingga berdiri kiamat ahli saintis TIDAK akan dapat mengkaji bagaimana TONGKAT Nabi Musa a.s dapat bertukar menjadi ular.

    Saudara yang dihormati, saya masih tidak menjawab soalan anda kerana saya ingin bercerita sesuatu terlebih dahulu pada anda. Apabila anda ingin minum air dengan menggunakan gelas, adakah anda akan mengambil gelasyang tersimpan tanpa membasuh lalu mengisi air dan minum? SUDAH TENTU TIDAK, normal bagi setiap insan terlebih dahulu akn membasuh gelas tersebut kemudian barulah diisi air, lalu meminum air tersebut. Pengajarannya adalah, kita perlu hilangkan karat yang ada di dalam otak kita mahupun di dalam hati kita, apabila karat ni bersih, barulah kita isi Ilmu dan ini adalah baik bagi setiap orang.

    InsyaAllah saya cuba jawab di lain masa, kerana sekarang saya nak menyiapkan beberapa kerja yang dipperlukan segera. AQkhir sekali terima kasih kerana berkunjung disini dengan penuh adab kerana itu adalah sekecil-kecil kemuliaan dan mungkin sebesar-besar kemuliaan disisi Allah swt. Amin

  4. CosmicBoy berkata:

    Katanya agama Islam dibawa sang Muhammad saja, kalu para nabi bawa Islam, ngapain ikut Muhammad, mending ikut para nabi aja. Haiyo, dongeng AQ kok dibawa2 ke sini. Sila buktikan dari sumber2 sejarah bahwa para nabi beragama islam. Yahudi dan Kristen pun tidak pernah bilang para nabi bergama Yahudi atau Kristen, mana mungkin, para nabi ada sebelum agama Yahudi & Kristen. Nah dalam hal ini Yahudi & Kristen lebih logis ketimbang Islam. Yah, udah lah kawan, 1500 tahun sudah berlalu, kok masih belum sadar2 ditipuin lelaki Arabia itu.

    • Penghibur berkata:

      @CosmicBoy

      Para Nabi umpama batang-batang sungai yang mengalir menuju samudera, disitulah Nabi Muhammad saw yang diutus untuk seluruh umat Para Nabi dan Penutup segala nabi. Ajaran nabi Muhammad saw adalah merupakan titik tolak dan intipati dari ajaran Nabi-Nabi sebelumnya terutama dalam bab AKIDAH iaitu Allah swt Maha Esa.

      By, Penghibur

  5. Penghibur berkata:

    @CosmicBoy

    Al-Quran adalah perintah dari Allah swt, didalamnya adalah kenyataan dari Allah swt dan BUKAN kenyataan mana-mana Ahli kitab, jauh sekali adalah kenyataan dari mana-mana Perdana Menteri, mahpun Presiden yang ada didunia ini.

    Al-Quran adalah fakta kebenaran, penjelasannya sesuai dengan peredaran zaman sehingga berdiri kiamat. Semoga bermanfaat.

    • CosmicBoy berkata:

      @ Penghibur,

      Sudah dua kali ngirim postingan kok belum dijawab2 lagi pertanyaan saya? Yah spt biasa anda cuma bisa ‘menghiburkan’. Baca lagi sana, mana bukti2 sejarah para nabi beragama Islam, apa ada tercatat di prasasti???? Monggo…

      • Penghibur berkata:

        @CosmicBoy

        Sejarah kemanusian yang ditulis manusia bukanlah bukti konkrit, saya yakin kamu faham, bukan semua hal manusia mampu untuk menjelaskan atau menghuraikan yang berkaitan dengan alam mahupun sejarah kemanusian. Akal manusia sangat terhad, bila kemampuan akal terhad…disinilah pentingnya wahyu.

        Wahyu adalah kata -kata Allah swt iaitu Sang Pencipta Seluruh isi alam. Dengan bimbingan serta petunjuk dari Allah swt, maka perkara-perkara yang sulit mampu dijelaskan. Berkenaan bukti-bukti sejarah yang kamu maksudkan bahawasanya Al-Quran mencatatkannya dan sehingga ini kandungan Quran tidak bercanggah dengan bukti sejarah.

        Jika sejarah yang dicatat manusia bercanggah dengan Quran, apakah Quran yang salah? TIDAK SAMASEKALI, saya katakan pada kamu bahawasanya Quran tidak salah, yang salah adalah catatan manusia. Wahyu Quran adalah pembimbing ke jalan yang lurus, dengannya Quran manusia dapat menilai semua perkara dengan bantuan dari Allah swt dan tidak semata-mata akal.

        Saya yakin Cosmic, kamu faham apa yang saya cuba share pada kamu. Ia tidak sulit utk difahami tetapi ia menjadi sulit apabila kamu tidak mahu berfikir dengan jernih dan rasional. Ini cukup membantu insyaAllah.

        Jika kamu menolak agama para Nabi sebelum Nabi Muhammad saw BUKAN ISLAM, maka buktikanlah kepada dunia, apakah agama para Nabi? Apakah ajaran para Nabi? Apakah misi para Nabi? Bolehkah kamu buktikan pertanyaan ini dengan akal yang sihat? Saya harap kamu berusaha utk mencuba dan saya ucap selamat mencuba…

        Bagi umat Islam cukup Quran itu sebagai bukti, dan setakat ini dan sehingga berdiri kiamat Quran tetap tidak memiliki sebarang kesalahan, bahkan Quran mencabar kepada dunia untuk mencari kesalahannya (jika ada), yang pasti Quran tiada sebarang kesalahan, yang salah selalunya manusia…sahutlah cabaran ini Cosmic..

        By, Penghibur

        • imankristen berkata:

          Salam saudaraku…

          Apakah anda mau berdiskusi berdasarkan akal sehat / logika, atau berdasarkan iman?

          Kalau berdasarkan iman, semua orang itu benar.
          Contoh:
          1. Anda beriman si M adalah nabi…. ==> itu benar (terbukti di Q).
          2. Saya beriman si M adalah nabi palsu pantas masuk neraka … ==> itu benar (terbukti di alkitab).
          Kalau bicara iman,semuanya benar, tergantung iman masing-masing.

          Kalau begitu, iman mana yang benar?

          Disinilah logika berperan.

          Sekali lagi saya mau tanya:
          Apakah anda mau berdiskusi berdasarkan akal sehat / logika, atau berdasarkan iman?

          Kalau bedasarkan logika, maka pembuktian harus diberikan dengan logis juga.
          Tidak boleh berlogika: Karena demikian tertulis di Q.
          Itu bukanlah logika, tapi iman. Karena Iman itu tidak bisa dibuktikan secara empiris.

          Anda sulit berlogika dengan agama kristen, karena logika anda itu berbentuk iman, yaitu:

          1. Semua kitab salah.
          2. Yang benar hanya Quran.
          3. Karena itu semua kebenaran logika hanya berdasarkan Q.
          4. SAYA TANTANG KRISTEN BERDISKUSI DENGAN SYARAT 3 NOMOR DIATAS.

          He he he…., itu sih bukan logika, itu bukan diskusi namanya. Itu bodoh.

          Salam.

          • imankristen berkata:

            SURAT TANTANGAN BUAT PENGHIBUR !!!

            Saya menantang anda berdiskusi di blog jelasnggak dengan syarat tertera di blog tersebut.

            ht*p://jelasnggak.wordpress.com/debat/#comment-9007

            Salam.

        • CosmicBoy berkata:

          @ penghibur,

          Anda menulis,

          Jika sejarah yang dicatat manusia bercanggah dengan Quran, apakah Quran yang salah? TIDAK SAMASEKALI, saya katakan pada kamu bahawasanya Quran tidak salah, yang salah adalah catatan manusia. Wahyu Quran adalah pembimbing ke jalan yang lurus, dengannya Quran manusia dapat menilai semua perkara dengan bantuan dari Allah swt dan tidak semata-mata akal.

          Anda tidak membuktikan apa2, anda tidak membawa sebarang arguments sebaliknya membalasnya dengan tinju yg bagi saya cuma tinju angin/tidak pada sasaran!

          Sila berikan saya bukti/fakta historis bahwa para Nabi sebelum M beragama Islam. Yang kamu tulis bukan bukti melainkan circular arguments/hujah puter2 yg tidak membuktikan apa2. Tau apa itu circular arguments? Sila baca links ini.http://en.wikipedia.org/wiki/Circular_reasoning

          Wasalam

  6. Penghibur berkata:

    @CosmicBoy

    Siapa yang membalas dengan TINJU PALSU? atau TINJU ANGIN? atau omong-omongan KOSONG?

    Cosmic, sama ada umat Islam mahupun umat Kristian WAJIB mengimani bahawa BUKAN SEMUA perkara boleh dijelaskan oleh bukti sejarah yang dijkaji manusia. Boleh jadi kajian manusia menepati intipati sebenarnya tetapi ia tetap diruanglingkup yang terbatas sebagaimana kemampuan akal yang sangat terbatas atau istilah lainnya manusia memilki kemampuan akal yang terhad.

    Perhatikan, kedua-dua agama ini Islam dan Kristian beriman akan Kisah Nabi Adam a.s dan Hawa, bahawa mereka pernah tinggal di Syurga dan mereka berkahwin di Syurga. Jika saya menggunakan pendekatan persetujuan kamu bahawa kita perlukan pembuktian sejarah oleh manusia dengan membawa maksud adanya argumentasi atau bukti sejarah, bolehkah ahli atau pakar sejarah membuktikan kepada kita bahawa sejarah nabi Adam a.s dan Hawa bermula dari Syurga hingga ke dunia BUKANLAH Kisah Dongeng?

    Bawakan pada saya siapakah ahli sejarah yang dapat mengkaji sampai ke Syurga? Sila sebut nama-nama pengkaji sejarah berkenaan…

    Berbalik dengan Islamnya Para nabi, ia tidak bergantung kepada kajian manusia semata-mata TETAPI ia balik kepada sandaran WAHYU ILAHI. islam mengimani Quran, bahkan Quran adalah satu-satunya bukti kepada manusia dan sebagai tungku pemikiran dalam memperhalusi segala maklumat dan kebenaran. Jawapn keapda persoalan anda Cosmic adalah terletak pada DALIL NAQLI (sandaran Wahyu) dan BUKAN semata-mata DALIL AQLI (sandaran Akal manusia)

    Semoga anda mampu memahami alasan saya ni, kerana jika kamu berfikir dengan jernih InsyaAllah, kamu takkan menolak pengertiannya.

    By, Penghibur

    • CosmicBoy berkata:

      @ Penghibur,

      Bukankah anda selalu bangga dengan fakta2 sejarah/logika? Dimana logika anda apabila diajukan tantangan mengapa anda percaya para nabi beragama Islam sebelum Muhammad? Jadi jelas dan anda pada ngaku bahwa pernyataan anda cuma iman/wahyu ilahi dan tidak berdasarkan pembuktian2 alamiah! Jadi semuanya berbalik ke anda bukan ke saya, oke?

      • Penghibur berkata:

        @CosmicBoy

        Saya yakin kamu faham apa yang sy bicarakan pd kamu dengan jelas, terang dan nyata. Umat islam juga beriman kepada perkara ghaib iaitu seperti ada hari akhirat (hari perhitungan di padang Masyar), adanya Syurga dan Neraka. Lebih jauh uamt Islam beriman kepada wujudnya Allah swt iaitu pentadbir sekalian alam, pemilik alam semesta.

        Saya juga yakin umat Kristian Khatolik beriman akan hal ini, dan untuk mempercayai dan beriman perkara sebegini, ia tidak perlu kepada pembuktian ahli sejarah atau argumentasi atau artifak sebagai tanda semua ini wujud. Bahkan ahli Pakar sejarah takkan dapat merungkai atau mengupas sebegitu dalam sehingga berdiri kiamat. Untuk memahami semua ini perlu kembali kepada Dalil Naqli.

        Tahap tingkatan pembuktian di dalam islam sangat tinggi, dimana islam menggunakan 2 pendekatan iaitu Dalil Aqli dan Dalil Naqli. Apabila sesuatu perkara tidak mampu dikupas oleh akal maka umat islam akan merujuk kepada Dalil Naqli, kerana dalil Naqli adalah kenyataan dari Allah swt dan tiada manipulasi.

        So, Cosmic, kamu seharusnya lebih ikhlas untuk memahami agama dan Ilmu agama serta adab2 dalam agama. Adakah saya berbohong pada kamu? kamu setuju kan kisah nabi Adam a.s dengan Hawa? Saya yakin 100% kamu setuju dan begitu juga kami umat Islam.

        Cosmic, belajarlah untuk lebih rasional, ikhlas dan bijak dalam memahami agama. insyaAllah hidayah akan datang padamu.

        By, Penghibur

  7. Penghibur berkata:

    @ImanKristian

    Persoalan dan cadangan kamu, boleh dipertimbangkan, namun kunci jawapan keinginan mu adalah kita kembalikan kepada Kesahihan Kitab. Suatu yang dikatakan Kitab Tuhan mestilah bebas dari sebarang kesalahan, menambah atau mengurangi isi kandungan, lebih jauh juga patut dibincangkan bahawa Kitab Tuhan memiliki Versi yang berbeza-beza.

    Kamu rasa apa jawapan bagi semua persoalan ni? Dari semua soalan ni, berti cumaan ada 1 Kitab saja yang benar-benar sahih dari Allah swt dan bebas dari kerosakan. Perkara ni masih boleh dibincangkan dan jika kamu mahu kita bincangkan bermula dari Kitab Tuhan “Apakah Quran atau Bible Firman Tuhan?”

    Akhirnya kita akan sampai kepada satu bukti yang nyata di akhir pembicaraan topik ini, bahawa hanya ada 1 kitab sahaja yang benar-benar bersih dan murni dan terpelihara dari sebarang kerosakan. barulah kita boleh teruskan perbincangan diperingkat seterusnya….

    By, Penghibur

  8. Penghibur berkata:

    @CosmicBoy

    Perkara-perkara ghaib boleh dijelaskan dengan menggunakan pendekatan logik, kenapa tidak? Saya ambil contoh, kebanyakan orang bertanya apkah bukti kewujudan Allah, jika dia benar wujud, kenapa kita manusia tidak bisa melihatnya? Ini diantara soalan lazim yang sering dikemukan kepada umat Islam.

    (a) ALLAH SWT MEMANG BENAR-BENAR WUJUD

    Cosmic, katakanlah kamu memiliki 2 buah kereta Mercedez yang kamu beli sejak 5 tahun lalui, salah satu dari 2 buah kereta Mercedez tersebut kamu gunakan, manakala sebuah lagi kamu simpan di Garage kws rumah kamu dan kamu langsung tidak menggunakan dan tidak peduli pada kereta Mercedez tersebut dalam tempoh 5 tahun.

    Apakah perbezaan antara 2 buah kereta tersebut? Kereta Mercedez yang kamu gunakan setiap hari selama 5 tahun dengan kereta Mercedez yang kamu tidak peduli selama 5 tahun. Sudah pasti Kereta Mercedez yang kamu gunakan sentiasa dalam keadaan cantik kerana kamu selalu bersihkannya, kamu jaga servis kereta tersebut, pendek kata kereta tersebut sentiasa dalam kondisi yang baik, kerana ada yang menjaganya.

    Bagaimana kereta yang di parking di garage tadi yang tidak kamu jaga? Sudah pasti, kereta tersebut berhabuk, xboleh start enjin, tayar pancit, kereta tersebut nampak buruk.

    Nah begitu juga alam raya ini, mana mungkin alam semesta ini tiada yang menjaga, kalau alam ni tiada yang menjaga, sudah pasti sistem alam ini tidak teratur, mana mungkin matahari beredar di garis edarnya, mana mungkin bumi beredar mengikut garis edarnya selama 365 hari mengelilingi matahari, juga tidak mungkin bumi boleh berputar pada paksinya setiap hari 24 jam, lebih jauh kita akan lihat kuasa graviti tidak menentu, pasti banyak planet yang saling berlanggar kerana tiada yang menjaga dan bebas dari sebarang kawalan… dan banyak lagi masalah.

    Ini membuktikan bahawa Allah swt adalah pencipta dan Dia Wujud untuk mentadbir jagat raya ini. Mungkin ada yang bertanya jika benar Allah itu yang mengurus jagat raya ini, mengapa kita manusia tidak melihat-Nya?

    Saya hanya nak bagitau, diantara ciptaan Allah swt ada juga perkara yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar, tetapi ia benar-benar wujud dan sangat diperlukan. Antaranya adalah Oksigen, Angin, Akal dan lain-lain yang saya tak sebut.

    Semua ini adalah pendekatan logik.

    By, Penghibur

    • CosmicBoy berkata:

      Bagus, untuk membuktikan Allah wujud/ada anda analogikan dengan mobil, yah udah lah, bikin capek aja! Sebaiknya IMANI SAJA bahwa Allah itu wujid/ada, gituh aja kok repot2.

      • Penghibur berkata:

        @CosmicBoy

        Tiada apa yang repot-repot kok, cuma sekadar membuka minda supaya kita mampu melihat lebih luas. InsyaAllah sedikit Ilmu mungkin Allah swt memberi hidayah padamu.

        Allah swt bukannya kereta, itu konsep untuk memberi kefahaman kepada orang disekeliling. bukan kereta itu yang menjadi ukuran adanya Tuhan, tapi ia merujuk, segala sesuatu yang dijaga/dipelihara sudah semestinya dalam keadaan yang baik, bersih dan segala-galanya. Beginilah alam ini, alam semesta yang luas ini TIDAK BERFUNGSI DENGAN SENDIRI melainkan ada pemeliharanya, pemeliharanya adalah Allah swt.

        Untuk menggunakan logika begi memberi kefahaman tentang yang ghaib boleh digunakan.

  9. Ahmad Nizam berkata:

    Salaam. Hhhmmm 17 MAc. Rupa2nya masih ada Cosmic boy sekarang ya, ingatkan sudah masuk Islam 😀

    • CosmicBoy berkata:

      Kalu nyuruh mengaku Allah itu esa, saya sih ngaku tapi kalu nyuruh masuk Islam mending kalian ajak Pak Lurah (tukang satay) aja, hahaha…

      • Penghibur berkata:

        Baguslah CosmicBoy, kamu mengaku Allah swt itu Esa, sememangnya Allah swt itu Esa. namun WAJIB kamu memahami erti Esa Allah swt. Allah swt mahu kita mnyembah dan mengaku keESAannya seperti yang Allah swt sendiri tetapkan dan BUKAN berdasarkan kehendak kita tetapi kehendak Allah swt.

        • CosmicBoy berkata:

          Jadi soalnya bukan seputar keesaan Allah melainkan kenabian Muhammad, apa benar dia seorang nabi? Kalu saya baca2 kisah hidup dan ajaran para nabi PL makin jelas Muhammad tidak memenuhi kriteria seorang nabi. Tapi jujur gw respect sama beberapa ajaran Muhammad antara lain mengtauhidkan Allah.

          Salam.

  10. Penghibur berkata:

    @CosmicBoy

    Nabi Muhammad saw adalah memang benar-benar Nabi dan Rasul Allah. Baginda Nabi saw adalah Khatam An-Nubuwwah iaitu Penutup segala Nabi. Perkara ni boleh dibuktikan dengan ilmiah dan saya yakin kamu juga boleh memahami dengan baik jika kamu sudi untuk mendengar dengan baik.

  11. eveline aman berkata:

    seperti biasa si cosmicboy terus berputar belit tanpa ada bukti kukuh…lucu..

    • fikir fikir kanlah berkata:

      haha penghibur ini sptnya fanatik tentang agama arabnya,,,cuba fikir sikit dahulu kelemahan islam ini dan coba sikit fahami apa yg sd d terangkan oleh cosmic boy tu..biarkan roh cuci berkata2 dalam hatimu penghibur utk menerima kebenaran alkitab tentang kristus sebelum hidupmu berakhir,sbb keselamatan selepas kematian ada pd kitab itu.sbb yesus tuhan pernah menjadi manusia spt kita dan telah bangkit dr kematian supaya umat manusia yg mematuhi perintah tuhan di dlm kitab itu bisa kembali hidup spt adam dan hawa d taman eden sblum dosa menodaihkan mereka.pelajarilah alkitab itu penghibur dan carila gereja yg serasi dgn ajaran alkitab itu.ingat penghibur bahawa pintu keselamatan ini masih terbuka selagi penghibur mc hidup dan jgn la kesalahan agama mu skrg ini menjadi sesalanmu kelak bila bangkit nnti hanya utk menyertai para iblis ke api nerakah nnti.tq

      • Penghibur berkata:

        @fikir fikirkanlah

        Jika saudara rasa ada perkara yang perlu dibincangkan…saya tidak keberatan, tapi biarlah berhemah dan menjaga akhlak….tujuan kita disini jelas…kita mencari redha Allah swt…InsyaAllah.

        By, Penghibur

  12. My brother recommended I might like this blog.
    He was entirely right. This post truly made my day. You
    can not imagine simply how much time I had spent for this information!

    Thanks!

  13. Have you ever thought about adding a little bit more than
    just your articles? I mean, what you say is fundamental and all.
    However imagine if you added some great photos or videos
    to give your posts more, “pop”! Your content is excellent but with images and clips,
    this blog could undeniably be one of the best in its field.
    Wonderful blog!

  14. Benito berkata:

    At this time it sounds like Drupal is the best blogging platform out there right now.
    (from what I’ve read) Is that what you are using on your blog?

  15. Rafal berkata:

    Thanks, I have recently been searching for info about this subject for ages and yours is the greatest I have found out so far. However, what concerning the conclusion? Are you certain concerning the supply?

  16. Bethany berkata:

    Warfarin: The effect of warfarin may be enhanced. Chicken broth
    is also soothing and a healthy source of protein and carbohydrates.
    I got both the Polio shots and the sugar cubes and the whole mess again when I joined him, leaving my book
    abandoned on the desk in front of you. A treating chickenpox in children good herb
    to use is dill, which is called Carbuncle.

  17. I appreciate, cause I found just what I was looking for. You’ve ended my four day long hunt! God Bless you man. Have a great day. Bye

  18. juri. berkata:

    Muhammad dari Arab yang hidup Tahun 570-632 M. dan ISLAM di plokamirkan nabi (??) ini tahun 620 M.

    Bagaimana kamu mengatakan bahwa Nabi2 dari umat Israel mereka beragama Islam?

    Sungguh merupakan Agama yang umatnya:
    1. Tidak mengerti sejarah umat manusia.
    2. Senang dibohongi nabi (??) nya minta didoain terus.
    3. Sadarlah Umat Nya, setelah nyawa lepas dari Tubuh, dan Badan menjadi kembali ke tanah. Hubungan manusia Hidup, Tidak ada lagi dengan manusia yang sudah mati.

    Makanya manusia yang hidup mau berhubungan dengan Tuhan yang hidup selama lamanya. Yesus Kristus namanya, dan dia berani mengatakan .

    Yohanes 13:13 Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuhan.

    dan inilah dasarnya pengikut Yesus, memanggil Dia Tuhan dan juru slamat.

Tinggalkan Jawapan kepada Penghibur Batal balasan