ISLAM PINTU HIDAYAH
November 11, 2009 Tinggalkan komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada saudara serta saudari sekalian, Semoga hari ini adalah lebih baik dari hari semalam dan hari ini sebagai pencetus kepada kejayaan dihari mendatang. Saya ingin berkongsi sedikit tentang Islam selaku Agama terbaik untuk seluruh umat manusia dan merupakan fitrah manusia yang lengkap dalam semua aspek.
Bagi pembawa panji-panji islam hendaklah memiliki dan menyedari idea-idea islam yang bersifat sejagat ini, hingga selanjutnya mampu menjaga keindahan ajarannya dan menampilkannya kepada dunia dengan sebaik-baik bentuk. Dengan demikian, Islam dapat dicintai dan diterima.
Islam berpenampilan buruk sebagaimana yang telah dipamerkan oleh sesetangah kelompok, bukanlah islam yang indah seperti yang pernah disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. Islam adalah agama perdamaian, adil dan penuh dengan sikap toleransi, tanpa wujud kezaliman, paksaan dan sikap permusuhan. Allah swt berfirman yang bermaksud;
(Surah Al-Baqarah 2:190) “Dan janganlah kalian semua saling bermusuhan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang saling bermusuhan.”
Mungkinkah kita mampu meyakinkan kepada dunia dengan keadilan hukum-hukum dan prinsip toleransi dakwah kita selagi kita menampilkan sikap buruk terhadap golongan bukan muslim? Dunia hendaklah menyedari bahawa Islam adalah agama rahmat bagi umat manusia seluruhnya. Islam mengajak kepada suatu kehidupan yang aman sejagat yang didalamnya terdapat prinsip-prinsip sikap saling mengenali, saling berkomunikasi dan prinsip kekeluargaan. Oleh yang demikian, sejak awalnya lagi ramai orang diserata dunia ini tertarik dengan Islam dan mereka pun memeluk Islam secara beramai-ramai.
Ini kerana mereka menjumpai kedamaian untuk diri mereka, kehidupan yang aman dan mampu membina masa hadapan mereka. Antara yang tertarik dengan Islam adalah Bilal al-Habsyi, Salman al-Farisi, Suhaib al-Rumi, Muhammad al-Fatih al-Turki, Nuruddin al-Turkamani, Salahuddin al-Ayubi al-Kurdi, Muhammad Iqbal al-Hindi, Muhammad Ali Kilal al-Amriki dan ramai lagi.
Sesiapa yang ingin memelihara keindahan Islam hendaklah memelihara nilai-nilainya seperti yang telah disampaikan oleh nabi Muhammad saw, seperti sikap saling kenal-mengenali dan prinsip silaturrahim. Allah swt berfirman;
(Surah Al-Hujurat 49:13) “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu semua daripada kamu jenis lelaki dan perempuan dan kemudian Kami menjadikan kamu berbilang bangsa dan kaum supaya kalian dapat saling mengenal sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah di antara kamu adalah yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Mewaspadai.”
Demikian pula hendaklah sikap keterbukaan berdialog dan berjiwa besar mesti diamalkan sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud;
(Surah Al-Ankabut 29:46) “Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka.”
Selain itu, prisip tidak ada paksaan dalam memeluk sesebuah agama mesti dikembangkan, sebaliknya setiap perkataan hendaklah disertai dengan hujah dan dalil. Allah swt berfirman yang bermaksud:
(Surah Al-Baqarah 2:256) “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.”
Disamping itu, sikap mengakui kemanusiaan dan hak asasi dalam kehidupan. Allah swt berfirman yang bermaksud;
(Surah Al-Isra’ 17:70) “Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam.
bersambung….
Rujukan : Dr.’Aid Abdullah Al-Qarni
By, Penghibur
KOMEN TERKINI